Monday, March 12, 2012

MB Pahang jelaskan sebab beliau gelar 'Wartawan Bodoh'.. (Video Inside)



Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) semalam mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh" ekoran laporan tentang isu Lynas Advanced Materials Plant (Lamp).


Presiden NUJ Chin Sung Chew berkata, pihaknya amat terkejut dengan reaksi Adnan itu kerana sebagai menteri besar dan ahli politik, beliau patut memahami bahawa wartawan hanya menjalankan tugas.

"Tindakan menteri besar Pahang itu menghina maruah wartawan.

"Kami tidak sekali-kali bersetuju kerana ia biadap dan turut mencampuri kebebasan media," katanya.

Adnan semalam naik angin terhadap wartawan akhbar Cina dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan akhbar Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar dan mencabar aksi itu disiarkan. Tiga wartawan akhirnya meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.

Dalam kenyataannya semalam, NUJ juga menuntut Adnan meminta maaf dalam masa 24 jam atau mereka tidak mempunyai pilihan kecuali membuat aduan rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Malaysiakini

Berikut pula adalah penjelasan oleh MB Pahang, Adnan Yaakob mengapa beliau memarahi wartawan..

Menurutnya beliau marah dan menuduh blogger serta akhbar berbahasa Cina menfitnahnya tentang isu hendak membuang sisa Lynas ke Sungai Tembeling.

Susulan dari kekecewaan itulah yang menyebabkan insiden beliau halau wartawan akhbar terbabit semasa dia hadir ke majlis perasmian Pesta Buku, di Hotel Zenith baru-baru ini.



Walaubagaimanapun.. Adakah wajar seorang pemimpin mempamirkan sikap biadabnya kepada rakyat?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails