Thursday, March 1, 2012

MAS rekod kerugian besar RM2.52 bilion, tapi Air Asia pula masih untung.. kenapa agaknya?



Dalam satu kenyataan yang panjang berjela menjelaskan sebab MAS mengalami kerugian RM2.52 Billion Ketua Pegawai Eksekutifnya menyatakan antara sebab MAS rugi adalah peningkatan kos bahan api.


Bacalah laporan dari Sinar Harian ni..

MAS rekod kerugian besar RM2.52 bilion

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) mengalami kerugian bersih RM2.52 bilion bagi tahun kewangan 2011 ekoran kenaikan kos bahan api 25 peratus dan perbelanjaan bukan bahan api sekitar 50 peratus.

Bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, kerugian kumpulan bagi tahun 2011 menunjukkan pentingnya syarikat penerbangan itu segera melaksanakan usaha untuk mengekang "kerugian" itu.

"Ini termasuk penempatan semula petugas, meningkatkan produktiviti, kecekakapan dan kawalan kos dan membuat kajian selanjutnya.

"Kami juga melaksanakan strategi pemasaran dan jualan agresif," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Ahmad Jauhari berkata, prestasi setahun penuh kumpulan itu terjejas teruk akibat peningkatan 21 peratus perbelanjaan berjumlah RM16.2 bilion, berbanding RM13.41 bilion pada 2010.

Beliau berkata, perbelanjaan tinggi itu disebabkan oleh peningkatan 33 peratus kos bahan api sebanyak RM5.85 bilion dan peningkatan 15 peratus perbelanjaan bukan minyak sebanyak RM10.43 bilion.

Peningkatan perbelanjaan bukan bahan api itu sebahagian besarnya disebabkan peruntukan berjumlah RM1.09 bilion yang dibuat pada suku keempat untuk pelupusan saham, penyerahan semula pesawat dan kekurangan pesawat kargo.

Ahmad Jauhari berkata, akaun bagi tahun dalam kajian memperakui peruntukan dan kos operasi yang semakin meningkat, yang walaupun sukar, memberikan pendekatan hoslitik organisasi dan pengetahuan penuh kedudukan sebenar syarikat.

Bagi setahun penuh, MAS menyaksikan peningkatan kapasiti (tempat duduk setiap kilometer) sebanyak tujuh peratus, trafik penumpang meningkat lima peratus, namun faktor kerusi yang rendah berkurangan kepada 75 peratus.

Beliau berkata, perolehan dan purata tambang bagi semua kelas menunjukkan peningkatan sepanjang tahun, terutama kabin depan.

Bagaimanapun terdapat penurunan keseluruhan faktor kerusi memandangkan syarikat penerbangan itu berusaha untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

Mengikut asas prestasi serantau, perkhidmatan domestik dan jarak pendek, perkhidmatan sesama Asean menjadi pasaran utama syarikat itu, dengan segmen berkenaan melaporkan pertumbuhan positif mengikut sukuan selain mengikut asas setahun setakat ini, katanya.

Sementara itu, bahagian kargo mengalami penurunan, selari dengan penurunan industri berkenaan di dunia.

Perolehan susut 14 peratus, kapasiti susut sembilan peratus manakala hasil pulangan dua peratus.

Ahmad Jauhari juga berkata, MASkargo mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM19 juta pada 2011 berbanding keuntungan RM141 juta pada tahun sebelumnya ekoran kos bahan api yang tinggi dan kekurangan barisan pesawat A330.



Berikut pula adalah laporan dari The Sun Daily, yang melaporkan meskipun dibebani oleh peningkatan kos bahanapi, Air Asia masih mampu mencatat keuntungan biarpun ianya berkurangan..

Photobucket



Kenapa agaknya ya?? dulu Mahathir dah bail-out.. takkan sekarang Najib pula nak kena bail-out?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails