Sunday, March 11, 2012

Kenyataan Sharizat bukti beliau tidak hormat kepada Najib..



Kalau korang ingat lagi.. semalam Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan mengumumkan kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.


“Saya akan membuat suatu pengumuman pada waktu yang sesuai,” Najib berkata, seperti dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama, dengan Shahrizat turut hadir semasa sidang media tersebut.

Tetapi hari ini, sekitar jam 4 petang Sharizat sendiri telah mengumumkannya.. Sharizat kata beliau akan berundur dari Kabinet pada 8hb April, padahal itu adalah tarikh luput bagi jawatan Senator yang dipegangnya..

Tindakan Sharizat itu menunjukkan kepada kita bahawa Najib bukanlah seorang yang dihormati oleh Sharizat, kerana biarpun beliau tahu Najib telah berkata akan mengumumkan akan kedudukan beliau dalam Kabinet pada watu yang sesuai, Sharizat sendiri telah mengumumkannya.

Sharizat tidak mahu dimalukan oleh Najib yang mungkin akan mengeluarkan kenyataan ‘Jawatan Senator Sharizat tidak akan disambung lagi’ oleh itu bagi mengelakkan dirinya dimalukan adalah lebih baik Najib sendiri dimalukan.

Macam kes dipanggil SPRM hari tu la.. Sharizat kata dia sukarela pergi ke pejabat SPRM tapi sebenarnya menurut SPRM, mereka memanggil Sharizat untuk soal siasat..

Nak cover malu.. Najib kata macam ni.. baca di bawah..

***********************************************

Keputusan Shahrizat betul dan tepat, kata Najib

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.

Datuk Seri Najib Tun razak berkata, tindakan itu adalah pengorbanan demi kepentingan parti dan kerajaan menghargainya.

“Walaupun tiada bukti kukuh beliau terbabit dalam isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang banyak menimbulkan kontroversi tetapi beliau sanggup mengundurkan diri sebelum jawatannya sebagai senator berakhir 8 April depan,” kata beliau kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Najib berharap semua anggota Pergerakan Wanita terus menyokong Shahrizat sebagai pemimpin mereka.

Ketika ditanya mengenai menteri itu yang tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno akan digunakan pembangkang sebagai isu, Najib berkata, ia terpulang kepada pihak terbabit.

“Yang penting jawatan itu dipilih oleh ahli parti dan jawatan dalam kerajaan yang mengundang pertikaian dan kontroversi,” katanya.

Sementara itu, Najib turut memberitahu, pengumuman pengganti Shahrizat akan dilaksanakan kemudian kerana menurutnya masih ada banyak masa untuk membuat keputusan itu.

Shahrizat dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails