Saturday, March 31, 2012

Jamil Khir beri 14 hari kepada Shamsul Iskandar untuk minta maaf..


YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan Jamil Khir menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke Mahkamah Syariah.


Jamil Khir berkata sekiranya dalam tempoh 14 hari, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada Shamsul seperti yang diminta itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, kenyataan oleh Shamsul itu dikeluarkan secara terbuka menerusi program siaran langsung Bicara Rakyat di TV1 semalam dan ia merupakan fitnah kepadanya di samping membohongi seluruh rakyat Malaysia.

“Ia merupakan satu pembohongan yang amat tidak wajar kepada saya dan bukan sekadar itu…difitnah dan juga dimalukan dengan kenyataan yang telah beliau (Shamsul) keluarkan dan bukan hanya soal saya tetapi pembohongan ini dibuat di dalam tv yang disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia,” katanya.

Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ketujuh Pertubuhan Pergendangan Silat Daerah Yan di Gelanggang Silat Gayung Rumah Shaari Man di Simpang 3 Sungai Daun dekat sini.


- Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails