Thursday, March 29, 2012

Guan Eng jual tapak Masjid?.. Shaik Hussein!! Bodoh tu jangan tunjuk sangat kat orang ..


Kadang-kadang tertanya-tanya juga aku kenapa pihak UMNO Pulau Pinang sering memainkan isu yang bukan satu isu sebenarnya atau isu yang cuba diketengahkan itu sebenarnya hanya mengketengahkan kebodohan mereka sendiri.

Dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju ini sekali lagi mereka menyerlahkan kebodohan mereka.

Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sendiri iaitu IR Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak tersebut.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Ini sikit penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui..

Bagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1200 atau 1500 buah rumah, pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk Masjid dan juga Sekolah di dalam pelan pembangunan (Master Plan) mereka.

Ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh Pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran.

Namun begitu ‘Master Plan’ tersebut hanya diluluskan kepada Pihak Pemaju yang mencadangkan rancangan pembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, Pihak yang membeli tanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pula kerana Pelan Pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.

Dalam hal ini pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah telah dijual kepada syarikat Ivory Group.

Terpulang kepada Tuan Tanah yang baru bagaimana hendak digunakan tanah tersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang .

Syarat-syarat ini juga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.

Oleh itu tidak timbul soal tapak untuk Masjid atau Sekolah dijual kerana selagi pembangunan belum dilaksanakan tanah untuk dibina Masjid atau Sekolah tidak akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.

Pemindahan milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak menduduki (CF) dikeluarkan..

Dan perlu kita fahami juga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelan pembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkin sama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yang hendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group..

Sekali lagi Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!

Bagaimana beliau boleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak Masjid sedangkan tapak Masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milik pemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambil alih tapak tersebut.

Ianya hanya menjadi milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah Masjid tersebut diserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi..

Itulah… aku kata kat hangpa orang bodoh saja dalam UMNO ni, hangpa tak percaya.. tengok bodoh tak Ketua Pemuda UMNO tu??

Mahathir pun kata dalam UMNO sekarang cuma ada golongan bodoh saja.. tak percaya baca kat SINI

Berkenaan dengan pemilikan tanah oleh Ivory tu pula kalau nak tahu samada ianya diberikan secara rundingan terus (direct nego) atau tender terbuka sila baca di SINI 

Shaik.. takkanlah pasai depa dah scrap pelan Masjid yang hang lukis untuk PDC dulu tu hang nak marah kot.. apa susah hang bawak balik plan tu, hang buatlah Masjid yang dah lukis tu di Bagan..

*****************************************

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 29.3.2012

Tidak Akan Komen Mengenai Fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang Yang Berulang-Ulang Tetapi Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Untuk Mencegah UMNO, Utusan Malaysia Dan Akhbar-Akhbar Lain Daripada Mengapi-Apikan Sentimen Perkauman Dan Agama Untuk Melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang.

Saya tidak akan memberi komen mengenai fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berulang-ulang tetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah UMNO, Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama untuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang. Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.

Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama UMNO membuat dakwaan fitnah terhadap saya. Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa saya tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. Beliau terus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemaju sudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka.

Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.

Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan. Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan? UMNO mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan.

UMNO hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.

Dengan mengulangi fitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, UMNO ingin menimbulkan kebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan juga Kerajaan Negeri PR. Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Lim Guan Eng

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails