Saturday, March 3, 2012

Gaji Minima: Mahathir bidas Najib, sindir Pak Lah?



Apabila dipersalahkan kerana menyebabkan negara kehilangan RM1.8 Billion kerana langkah pentadbiran yang dipimpinnya menyelamatkan MAS, Mahathir berkata jumlah itu adalah kecil..


Ini kerana menurutnya ianya kecil jika dibandingkan dengan kerugian yang ditanggung kerajaan di bawah pentadbiran Pak Lah iaitu RM8Billion kerana membatalkan projek berkembar keretapi elektrik antara Johor Baru dan Padang Besar.

Dalam langkah menyelamatkan MAS, Kerajaan Malaysia telah membeli semula setiap saham dari Tajuddin Ramli pada harga RM8 sesaham sedangkan saham tersebut bernilai RM3.68 sahaja di pasaran.

Kata Mahathir RM1.8 Billion yang digunakan untuk tujuan itu bukanlah satu kerugian yang besar jika dibandingkan dengan tindakan Pak Lah yang membawa kerugian RM8 Billion kepada Malaysia.

“Kerajaan kehilangan kira-kira RM8 Billion apabila membatalkan projek landasan berkembar keretapi elektrik antara Johor Baru dan Padang Besar” katanya baca laporan penuh di SINI

Dalam hal gaji minima ini pula sekali lagi Pak Lah menjadi sasaran sindiran Mahathir…

Selain itu tertanya-tanya juga aku adakah kenyataan dari Mahathir ini adalah serangan balas olehnya terhadap pentadbiran Najib yang telah menyerlahkan sikap sebenar Mahathir dalam hubungan antara Malaysia dan Israel dengan menyarkan 3 pucuk surat yang ditulisnya kepada PM Israel?

***********************************************

Dr M : Kenaikan gaji mungkin mufliskan Malaysia

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar bagi meningkatkan produktiviti.

mahathir ebook launching 091211 02Katanya, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.
jika.

“Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan.

“Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu.

“Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan, walaupun agama itu mempunyai penganut yang kecil.

"Kita sekarang pula menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain,” katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk "Gaji Minimum".

Gaji minimum

Dr Mahathir juga melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.

NONEPada 24 Februari lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia sedang memuktamadkan segala proses sebelum menguymumkan dasar gaji minimum bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.

Menurut menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, tindakan itu akan menyaksikan kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu.

Menurur Dr Mahathir, Malaysia boleh menjadi muflis apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita.

azlan"Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya.

Menurutnya, Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar gaji berlebihan kepada rakyat mereka.

"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan negara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.

"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.

Tidak baik

Dr Mahathir juga membidas pentadbiran selepasnya kerana menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaWalaupun, tidak menamakan perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas kenaikan itu, sasaran Dr Mahathir adalah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang katanya, mengurangkan peruntukan pembangunan bagi menaikkan gaji.

“Pernah seorang perdana menteri, pentadbiran yang lalu, menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus. Namun tidak ada bukti bahawa hasil kerajaan pula meningkat sehingga 25 peratus.

Lazimnya, peningkatan adalah hanya kira-kira 10 peratus. Ini bermakna peningkatan kos operasi 25 peratus itu terpaksa ditampung dengan pemotongan 25 peratus peruntukan pembangunan,” katanya.

Menurut Mahathir, pengurangan peruntukan bagi pembangunan adalah tidak baik bagi negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails