Tuesday, March 13, 2012

Dewan Rakyat tolak usul bincang skandal NFC.. Dah agak dah...



Sebagaimana yang telah dijangkakan Ahad lalu (baca di SINI), hari ini ianya menjadi kenyataan.. kerana ianya telah ditolak oleh di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia..


Dewan Rakyat tolak usul bincang skandal NFC

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul bagi membincangkan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) atas alasan ia kini menjadi kes mahkamah.

Usul itu difailkan oleh Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), di bawah Perintah Tetap 18 (1) Jumaat lalu.

Alasan yang diberikan adalah bahawa pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran mesyuarat agung, tiga tahun lalu.

"Tetapi usul yang saya hendak bentangkan, tidak ada apa-apa kaitan dengan Salleh. Saya hanya ingin tahu mengenai peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.

"Wakil-wakil daripada kementerian berkenaan menduduki lembaga pengarah syarikat (tetapi) hampir semua (wang yang dipnjamkan oleh kerajaan) digunakan untuk kegunaan peribadi. Kita mahu tahu bagaimana ini berlaku," ," kata Zuraida.

Semalam, Mohamad Salleh, 64, didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. Beliau dituduh menggunakan RM9,758,140 dana NFC untuk membeli dua unit Kondominium One Menerung, Bangsar bagi syarikat dimiliki keluarganya, National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) pada 1 dan 4 Dis, 2009.

Beliau juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepada NMLC, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails