Sunday, March 18, 2012

Demo bantah Loji Gas di Pengerang (Video Inside)



Sebelum itu.. projek Hab Minyak dan Gas (HMG) Pengerang yang bernilai RM60 bilion ini melibatkan 10 buah kampung - dengan jumlah penduduknya lebih kurang 4,000 orang, daripada 1,268 keluarga.


Selain pampasan dalam bentuk wang (yang masih lagi belum diketahui amaunnya), setiap keluarga yang terlibat dan terpaksa dipindahkan akan diberi sebuah rumah kediaman dengan tanah seluas 0.8 hektar (hampir 2 ekar).

Difahamkan bahawa dalam fasa pertama pemindahan, 570 keluarga daripada tiga buah kampung (iaitu Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik) terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada projek HMG ini yang dijangka akan mula beroperasi pada Oktober 2013.

Dalam fasa kedua nanti, operasi pemindahan akan melibatkan penduduk tujuh kampung selebihnya, iaitu Kampung Sungai Buntu, Jawa, Lepau, Bukit Buluh, Batu Mas, Sebong dan Penyerang.

Kesemua penduduk kampung ini akan dipindahkan ke suatu lokasi penempatan baru seluas 474.8 hektar terletak di Teluk Ramunia ke arah sebelah timur dari pusat bandar Johor Bahru.

Ketika mengumumkan kerja pemindahan besar-besaran itu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dipetik berkata bahawa kerajaan negeri "belum dapat menetapkan nilai pampasan yang akan dibayar" kepada setiap keluarga penduduk terjejas kerana "proses penilaian" pampasan tanah masih lagi berjalan.

Ghani bagaimanapun "memberi jaminan" kepentingan penduduk akan terpelihara, memandangkan kerajaan negeri ada "cukup pengalaman menyelesaikan isu sama" membabitkan pengambilan lebih 12,000 hektar tanah bagi projek Nusajaya pada masa dulu.

Ghani juga berjanji dalam tempoh 18 bulan mulai Mac depan ini, rumah penduduk yang dibina di penempatan baru itu akan siap sedia untuk dihuni.

Pendek kata sebelum matahari terbenam di akhir tahun 2013, setiap seorang warga 10 kampung yang dipindahkan itu akan menikmati hidup di rumah baru mereka dengan wang pampasan ratusan ribu ringgit (mungkin ada yang mencecah sejuta ringgit) yang diterima daripada Kerajaan Negeri Johor.

Ghani menyambung " Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, kerajaan bersetuju mengurniakan dua ekar tanah (0.8 hektar) kepada setiap keluarga penduduk terbabit.

Apa yang jelas bagi mereka yang berpandangan jauh, wang ringgit bukanlah segalanya dan bagi mereka yang punya kededaran mereka tidak mahu mewariskan kepada anak cucu mereka bumi yang tercemar hanya kerana imbuhan yang dijanjikan kepada mereka.

Lantaran itu hari ini satu demonstrasi telah diadakan di Pekan Pengerang

***********************************************

Pengerang dikejutkan dengan bantahan loji gas

Pengerang di Johor yang dianggap lesu, hari ini menyaksikan kira-kira 200 orang mengadakan bantahan terhadap rancangan Petronas untuk menubuhkan sebuah kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas penapis gas di pekan itu.

Mereka bimbang bahawa loji penapisan berharga RM20 bilion itu akan mencemarkan alam sekitar.

pengerang protest demo 180312Selain itu, mereka juga kuathir bahawa loji berkenaan akan turut menjejaskan aktiviti penangkapan ikan laut, yang merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk tempatan.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang berlangsung jam 10 pagi.

Peliknya, acara bantah yang menyaksikan penunjuk perasaan membawa sepanduk dan poster selain melaungkan slogan di pantai berhampiran Kampung Sungai Kapal hanya berlangsung kira-kira 20 minit.

Penduduk dan aktivis alam sekitar membawa pelbagai poster dan kain rentang bagi membantah projek berkenaan antaranya tertulis:

"Selamatkan Bumi Pengerang", "Jamgan Cemarkan Bumi Pengerang" dan "Pengerang tanah tumpah darahku".

Manakala kain retang pula tertulis "Kekalkan Alam Semula Jadi Pengerang" dan "Kekalkan Kampung Tradisi Kami".

pengerang protest demo 180312 che mahazan che aikKetua Polis daerah Kota Tinggi Che Mahazan Che Aik memberitahu pemberita kemudiannya bahawa penganjur memaklumkan bahawa mereka cuma mahu berkumpul dengan aman selama 30 minit.

"Polis tidak ada halangan selagi ia dibuat dengan aman, tanpa apa-apa pepecahan dari segi keamanan, tentangan dan sebagainya.

"Ia sudah berjalan dengan aman. Kehadiran polis untuk menjaga keamanan. Tidak ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku," katanya sambil menambah seramai 15 anggota polis yang mengawal keadaan di situ.

Ada racun, toksik

Pengambilan tanah fasa pertama melibatkan 9,500 ekar tanah dalam proses untuk diambil bagi projek berkenaan yang melibatkan tujuh kampung. Manakala bagi fasa kedua melibatkan 22,500 ekar bagi fasa kedua bakal menyusul.

Pada sidang media selepas perhimpunan itu, pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk-penduduk Pengerang Kasran Abdullah berkata pihaknya tidak menolak pembangunan tetapi tidak melibat pengambilan tanah sehingga penduduk akan dipindahkan di tempat yang jauh.

pengerang protest demo 180312 kasran abdullah"Kilang-kilang petrokimia akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.

"Bagaimana dengan pencemaran udara, akan ada racun, toksik. Kehidupan penduduk akan terancam dan boleh membawa maut. Ia termasuk haiwan di laut," kata Kasran yang juga bekas guru besar.

Menurut Kasran lagi, penduduk khususnya petani, peniaga dan nelayan juga bakal berdepan dengan risiko kehilangan pendapatan.

"Tanah empat, lima ekar untuk kelapa sawit yang memberi hasil RM1,000 hingga RM2,000, jika mereka berpindah, mereka mahu makan apa.

"Pendapatan mereka akan hilang jika terlibat dengan pengambilan tanah," katanya.

pengerang protest demo 180312Menurut Kasran lagi, 35 peratus nelayan di situ, turut berdepan dengan situasi demikian dalam tempoh jangka masa panjang.

Ini kerana projek tersebut akan mengganggu dan merosakkan habitat laut seperti ikan, udang galah dan burung-burung yang berhampiran di kawasan itu.

"Jadi identiti Pengerang, apabila orang Singapura datang mahu makan udang galah, (hasilnya) sudah berkurangan.

"Dulu nelayan turun dapat 20 ekor, sekarang turun, dapat satu, dua ekor sahaja," katanya.

Melayu berpecah

Menurut Kasran lagi, kebanyakkan peniaga di sini juga risau dengan masa depan perniagaan mereka jika tanah itu diambil bahkan mereka akan ditempatkan di Kg Baru Teluk Rumania yang terletak dua hingga tiga kilometer dari kawasan projek.

Kasrun juga mendakwa kesan pengambilan tanah telah menyebabkan penduduk dan institusi keluarga berpecah belah khususnya bagi penduduk Melayu.

pengerang protest demo 180312Ini kerana terdapat kelompok di kalangan mereka yang "mengira wang" untuk menjual tanah mereka, dan ada yang membantah pengambilan tanah itu.

"Sudah berpuluh-puluh tahun orang tua-tua buat rumah cantik-cantik. Tapi (hari ini) seperti dalam kena 'bom' , (ada pihak) datang, mahu ambil tanah.

"Kami mahu kekal seperti ini, mahu cari makan cara masing-masing... Perancang projek ini tidak memikirkan faktor kemanusiaan, tetapi hanya keuntungan.

"Penduduk perlu diutamakan, kita rakyat Malaysia," katanya dalam sidang media yang diadakan di bangunan MCA cawangan Kg Sungai Kapal.

Sehubungan itu, jawatankuasanya akan menghantar memorandum rayuan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mempertimbangkan rayuan mereka.

Memorandum itu akan diserahkan melalui MCA.



Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails