Wednesday, March 7, 2012

Bukti rasuah Pengerusi NFC diserah pada SPRM



PUTRAJAYA 7 Mac: Saksi penting dalam kes skandal National feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerahkan telefon bimbit dan transkrip Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), mengandungi bukti rasuah individu penting NFC.


Shamsubahrin, ditemani peguam, N Surendran, Afifuddin Mohd Hafifi, Siti Maspuah Maulan dan Latheefa Koya hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 12.15 tengahari tadi.

Bagaimanapun, Latheefa ketika ditemui wartawan berkata, pihak SPRM tidak membenarkan peguam hadir semasa saksi memberi keterangan.

“Peguam boleh bersama di dalam bilik siasatan, tetapi mesti berada di luar jarak pendengaran,” kata Latheefa.

Beliau berkata, bukti berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa itu, selepas diminta untuk berbuat demikian.

“Jika mereka telus dalam siasatan kes ini, mereka hanya perlu memeriksa semua bahan bukti yang diserahkan, di samping mengambil kenyataan saksi sebagai sokongan.

“(Jika tidak) jelas mereka tidak mempunyai keazaman politik untuk menyelesaikan kes berprofil tinggi ini,” kata beliau.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan bukti bahawa Pengerusi NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail, mengarahkan Shamsubahrin supaya merasuah pihak polis bagi menutup kes penyelewengan RM250 juta dana NFC.

Laporan polis turut dibuat oleh Shamsubahri ketika beliau dimasukkan ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang pada 27 Januari lalu.

Dalam laporan polis berkenaan, Shamsubahrin mendakwa beliau dilantik NFC sebagai Perunding dan penasihat Korporat bagi membersihkan masalah dalam NFC.

Beliau juga mendakwa Salleh memberi arahan supaya berhubung dengan polis mengenai kes siasatan terhadap NFC dan diarahkan untuk memperjelaskan serta menerangkan proses perniagaan NFC kepada polis.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin juga mendakwa menerima tekanan daripada Salleh menerusi SMS, yang memintanya membayar rasuah kepada polis berkenaan.

Shamsubahrin ialah individu yang didakwa atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat berjumlah RM1.755 juta, hujung Disember lalu.

Sebelum ini, KEADILAN mendakwa wang berkenaan sebenarnya digunakan Salleh untuk menyogok Polis menerusi Shamsubahrin.


http://www.keadilandaily.com/?p=27925

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails