Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, February 2, 2012

Zamil Ibrahim sakit hati Zaid Ibrahim bubar KITA..

Biarpun dalam kenyataan yang disiarkan dalam Website Parti KITA, Zaid Ibrahim telah memohon maaf kepada anggota-anggota parti KITA yang setia yang tidak berpuas hati dengan keputusannya untuk membubarkan KITA namun masih ada yang tidak boleh menerima permohonan maaf dari Zaid itu.


Dalam kenyataan yang disiarkan di Website Parti KITA, Zaid mengumumkan bahawa sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membubarkan KITA.

Menurutnya keputusan ini perlu dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa kami tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.

“Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang” tambah Zaid lagi.

Tambah Zaid Ibrahim lagi “Peribahasa Melayu ada menyebut, “jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ka pangkal jalan”.

“Saya sedar sekarang bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya berhasrat untuk memberi idea-idea alternatif dalam politik dan membawa kepelbagaian bakat yang lebih luas kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum pernah berlaku sebelum ini.”

“Saya telah membuat banyak kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati. Saya tetap yakin bahawa perubahan akan datang untuk kebaikan negara ini dan saya akan terus menjalankan tanggungjawab saya di dalam mencapai tujuan itu.”

“Saya tidak akan menarik balik kenyataan saya sebelum ini yang mempercayai bahawa kenikmatan dalam memberi perkhidmatan kepada awam, dan kita boleh menjalankan perkhidmatan ini dengan kehormatan dan maruah.”

Zaid juga memohon maaf kepada anggota-anggota parti yang setia yang tidak berpuas hati dengan keputusan membubarkan Parti KITA.

“Saya memohon ampun. Saya menghargai sokongan mereka dan saya berharap mereka akan menerima keputusan ini, kerana ia adalah untuk kebaikan yang lebih besar kepada pihak pembangkang. Kemandirian demokrasi bergantung kepada daya maju pembangkang itu sendiri. Sekiranya ia dimusnahkan, seperti yang ingin diperlakukan oleh Barisan Nasional maka tidak akan ada demokrasi, tiada kebebasan dan tiada dasar-dasar yang bersifat sederhana lagi.” Kata Zaid.

Namun begitu… tindakan Zaid Ibrahim yang mahu membubarkan KITA dibantah oleh Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim.


Zamil, berkata tindakan Zaid selaku presiden KITA adalah tidak rasional dan tidak bertanggungjawab.

"Kita bukan sebuah perniagaan yang boleh di buka dan ditutup begitu sahaja," kata Zamil yang menjadi penyokong awal Zaid namun kemudian mengkritik bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat itu.

"Seorang presiden seharusnya memanggil mesyuarat tergempar untuk berunding dengan kami dan bukannya membuat kenyataan kepada media mengenai langkah drastik seperti ini," tambah beliau.

Zamil berkata Zaid tidak berpegang kepada janji untuk menjadikan KITA bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik lain.

Beliau berkata bekas Ahli Parlimen Kota Bahru itu sepatutnya meletak jawatan sebagai Persiden KITA dan bukannya membubarkan parti itu.


Kenyataan skit hati Zamil itu diperolehi dari SINI

7 comments:

Anonymous said...

Dia ni barua Umno...Pasal rasuah tak mahu diuar-uarkan....pasal Anwar Ibrahim aje yang dia heboh...

AnakSelangor said...

Kenapa ramai yang masuk UMNO (hentam dan kutuk PR) akan berubah kehidupannya, dari sengkek kepada kaya raya dan mewah macam Zamil? Apakah UMNO lubuk duit?
Tak heranlah, ramai yang tak tahan dengan dogaan kesusahan di dunia akan melompat masuk dalam UMNO macam Ezam.

Anonymous said...

Pencalunan utk Presiden kita setakat ini ialah Hassan Ali.

Pencadang : Ppas
Penyokong : rakab

Rauna said...

Sepatutnya begitulah.... Zaid kena letak jawatan dan mintak maaf kepada ahli partinya.

Tindakan zaid menampakkan dia akan menyertai semula salah satu parti pembangkang. Dengan sebab itulah dia tak benarkan KITA diterajui oleh orang lain. Sekiranya diambil alih orang lain maka KITA akan jadi parti pro BN.

Aku rasa zaid akan diterima oleh mana2 parti pun tapi mestilah struggle dari bawah, bukan terus dapat jawatan dalam parti. Hehehe sabar jer la dato'.....

Anonymous said...

Aku pun heran budak ni dulu melepek susah terhana, bila masuk tv sokong umnpornoapco pd pru lalu, tetiba dah ada banglow dan keta rollsroyce. dulu waktu dlm keadilan dia dok jaga kedai ubat bapa dia dipekan Bedong. Hai dunia2

Anonymous said...

Langkah yg bijak yg pernah dibuat olih Zaid . KITA dah tak berfungsi padamkan je ...sekurang2nya Zaid ikhlas dia tak akan biarkan parti yg dia tubuhkan diperkudakan olih mana2 pihak...

rauna rakab said...

Zaid kudaa tugangang umno porno kah kah kah tak kosisten nak jadi peminpin konon.

Archive

Related Posts with Thumbnails