Tuesday, February 7, 2012

Zamil Ibrahim dan Tan Tee Beng dipecat dari KITA.

7 Februari 2012


Akibat dari melakukan kerja bodoh iaitu mendesak Presiden parti mereka iaitu Zaid Ibrahim dari KITA keluar dari KITA, dua orang pemimpin KITA Negeri iaitu KITA Kedah Zamil Ibrahim dan KITA Pulau Pinang Tan Tee Beng telah disepak keluar dari KITA oleh Jawatankuasa Disiplin KITA semalam.


Aku kata kerja bodoh.. pasal memang kerja bodohpun pasal tak sedar yang diri itu mentimun yang cuba dilanggar itu durian.. dah nasib mentimun melanggar sakit dilanggarpun sakit..

Bagi Zamil pula ini bolehlah diibaratkan sebagai yang dikejar tak dapat.. yang dikendong berciciran.. nak jadi Presiden tak dapat disepak keluar pula..

Pagi semalam dia cabar Zaid keluar bersama penyokongnya “keluarlah bersama penyokong jika beliau ada penyokong.”

“Saya cabar bawa bersama penyokong setianya keluar dan sertailah mana-mana parti yang pelawa mereka."

Malam semalam juga beliau dipecat.

Nak demand kat Najib macam mana agaknya PRU13 ni??

Dah kena pecat tu eloklah.. Korang tunggulah tawaran dari Hassan Ali pulak untuk menyertai JATI..


*******************************************


Pengerusi Kita Kedah, Pulau Pinang dipecat

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) negeri Kedah dan Pulau Pinang dipecat berkuat kuasa serta-merta atas kesalahan melanggar peraturan-peraturan parti itu.

Setiausaha Pusat Kita, Masrum Dayat berkata, Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim, masing-masing ketua Kita Kedah dan Pulau Pinang telah diputuskan pemecatan mereka dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin, malam tadi.

"Jawatankuasa Disiplin mendapati mereka telah melanggar peraturan-peraturan parti dengan membuat kenyataan secara berterusan mengecam parti dan kepimpinan parti," kata Masrum ketika dihubungi.

Dalam pada itu, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Wan Hasemah @ Wan Norjam Wan Sulaiman berkata, "Jawatankuasa Disiplin Kita dalam mesyuaratnya pada 6.2.2012 (semalam) telah sebulat suara memutuskan memecat keahlian Tan Tee Beng dan Zamil Ibrahim kerana terus-menerus melakukan pelanggaran melampau terhadap disiplin parti, berkuat kuasa serta-merta."

Kata beliau, kedua-dua mereka boleh merayu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat terhadap pemecatan tersebut dalam masa 14 hari.

Tee Beng juga merupakan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Kedua-dua pemimpin itu meruakan antara yang melahirkan pandangan kritis terhadap Datuk Zaid Ibrahim sejak presiden itu melahirkan cadangan mahu membubarkan Kita.

Khamis lalu, Zaid berkata, keputusan membubarkan Kita terpaksa dibuat untuk menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa pihaknya tidak memihak kepada pembangkang, terutama dengan beberapa anggota-anggota parti di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka mengkritik Pakatan Rakyat (PR).

Laporan media semalam menyebut lima pengerusi negeri Kita akan mengadakan usul tergempar bagi mendesak Zaid meletak jawatan sebagai presiden parti.

Tee Beng berkata, Zaid sepatutnya menarik diri dari memimpin Kita, bukannya membubarkan parti berusia setahun itu.

Zamil juga melahirkan pandangan yang serupa minggu lalu.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails