Thursday, February 9, 2012

Scandal NFC: Perjanjian pinjaman tak larang pelaburan hartanah.. tapi mengapa melabur atas nama individu?



Jika pagi tadi Malaysiakini melaporkan anak Sharizat cuba meraih simpati dengan menyatakan NFC hanyalah mangsa PKR (baca di SINI).

Malam ini pula seorang lagi anak Sharizat cuba menegakkan benang yang basah, katanya dalam perjanjian NFC tidak terdapat sebarang larangan untuk melabur..


Oleh itu lebih baik dana dari NFC itu dilaburkan daripada hanya meletakkan wang dalam instrumen pasaran wang, maka ia dianggap lebih bijak untuk melabur dalam hartanah dalam jangka pendek.

Tapi timbul pula persoalan disini, jika dana tersebut digunakan untuk melabur mengapa pula ianya didaftarkan atas nama individu bukannya atas nama NFC sendiri?

Contohnya seperti pendedahan Rafizi yang terbaru, dimana dua buah Kondominium mewah di Singapura yang nilainya hampir RM35 Juta.

Dimana dari apa yang tertera dalam sijil hak miliknya ialah nama suami Sharizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak perempuan Sharizat,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh - lihat di SINI

Kenapa tidak boleh digunakan nama NFC?

***********************************************

NFC: Perjanjian pinjaman tak larang pelaburan hartanah

Perjanjian untuk pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan kepada National Feedlot Corporation (NFC) tidak melarang syarikat tersebut daripada menggunakan dana untuk pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri ternakan lembu, kata ketua pegawai eksekutif (CEO), Wan Shahinur Izmir Salleh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wan Shahinur Izmir berkata, oleh itu, syarikat tersebut tidak boleh disalahkan kerana membeli hartanah apabila projek fidlot tersebut dihentikan sementara untuk kajian daya maju.

Menurutnya, perjanjian pinjaman itu tidak menyatakan sebarang larangan untuk membuat pelaburan.

Katanya, daripada hanya meletakkan wang dalam instrumen pasaran wang, maka ia dianggap lebih bijak untuk melabur dalam hartanah dalam jangka pendek.

Adalah difahamkan bahawa pelaburan itu merujuk kepada harta yang dibeli di bawah nama syarikat tersebut, termasuk dua unit kondominium One Menerung di Bangsar, Kuala Lumpur dan sebidang tanah di Putrajaya.

Tiga unit kondominium mewah di Singapura yang didedahkan oleh PKR, telah dibeli di bawah nama pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, yang merupakan suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan anak-anak mereka.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails