Monday, February 13, 2012

Scandal NFC: Muhyidin dalang sebenar dibelakang NFC kata Rafizi



Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyoal siasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yasin berhubung skandal lembu Fidlot (NFC).


Menurut beliau, Muhyiddin seharusnya menjadi orang pertama dipanggil memandangkan beliau merupakan orang yang meluluskan dana RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Isu pokok NFC adalah salahguna kuasa dan pemberian dana sebegitu besar pada keluarga menteri. Ini membenarkan lagi bagaimana amalan rasuah yang begitu menyerlah berlaku dalam kerajaan.

"Keduanya adalah wang negara dan wang rakyat berjumlah RM250 juta diserahkan kepada kroni yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang ternakan lembu.

"Saya rasa orang-orang Umno lebih faham tindakan Muhyiddin tersebut menyerahkan projek mega yang begitu besar kepada keluarga Shahrizat." kata beliau.

Sehubungan itu beliau menyelar tindakan SPRM yang masih tidak memanggil Muhyiddin untuk di soal siasat sedangkan hal tersebut adalah perkara asas siasatan.

"Saya kira sekiranya SPRM mengambil tindakan terhadap Muhyiddin sekarang akan diberi persepsi oleh rakyat sebagai sudah terlambat.

"Saya tidak mahu memperkatakan sesuatu perkara yang tidak berfakta tetapi SPRM perlu bersikap profesional dan tidak memilih bulu.

"Janji BN dan tranformasi Najib akan dianggap sebagai hipokrasi sekiranya masih agensi-agensi kerajaan masih bersikap menjaga kepentingan pemimpin tertenyu." kata beliau ketika di hubungi.

"Muhyiddin berkata bahawa BN tidak tergugat dengan serangan pembangkang kerana isu yang dibangkitkan membabitkan serangan individu. Kenyataan tersebut disebabkan Muhyiddin merasakan diri beliau tidak lagi selamat."

"Muhyiddin telah merasakan diri beliau tidak lagi selamat kerana orang Umno sendiri telah tahu agenda disebalik pemberian projek tersebut kepada keluarga Shahrizat."

"Lagi pun ini bukan isu individu, isu ini libatkan dana rakyat bernilai RM250 juta. Rakyat nak tahu kemana wang tersebut telah disalurkan dan apakah faedah yang dapat dinikmati oleh rakyat hasil dari sumbangan wang mereka keluarga menteri tersebut." kata beliau.

Menurut beliau, gesaan Pakatan Rakyat supaya ditubuhkan suruhanjaya di raja untuk menyiasat isu NFC dianggap jalan terbaik.

"Inilah yang Muhyiddin takutkan kerana beliau bimbang dengan trand sokongan rakyat yang semakin menolak BN disebabkan pelbagai amalan rasuah dan salah guna kuasa amat berleluasa berlaku ketika BN memerintah negara." kata Rafizi lagi.


UtaraNews

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails