Wednesday, February 15, 2012

Sayangilah UMNO, Letaklah jawatan pesan Mahathir buat Sharizat..



Satu pesanan yang dikira lembut.. tapi akan membuatkan Sharizat tiada pilihan kecuali meletakkan jawatan.. itupun kalau Sharizat dengarlah...


Kerana jika tidak diletakkan jawatan Sharizat akan dianggap tidak menyayangi UMNO tetapi lebih menyayangi jawatan yang disandang dalam UMNO dan juga kabinet..

Jangan terlalu sayangkan jawatan, kata Dr M

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran supaya lebih menyayangi Umno dengan meletakkan jawatan daripada menyayangi jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang disandang kerana masalah peribadinya boleh menjejaskan parti.

"(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak,” kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang hari ini.

Seorang pemimpin, kata Mahathir, perlu tahu apabila sudah tiba waktunya untuk berundur, sambil memberi contoh, dirinya sendiri yang rela berundur secara sukarela selepas 22 tahun berkuasa.

"Malah saya, apabila sudah terlalu lama (berkuasa) dan rakyat mulai bosan, saya pergi," sindirnya.

"Terpulanglah kepada beliau," katanya lagi.

Mahathir mengulas komennya sebelum ini yang mahu Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, supaya berundur.

Ini berikutan skandal yang melibatkan keluarganya dengan dakwaan penyelewengan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan kepada syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) itu.

Jutaan ringgit wang NFC didakwa dibelanjakan oleh ahli keluarganya bagi pembelian kondominium mewah, tanah, kereta serta juga percutian.

Walau bagaimanapun, Shahrizat dan keluarganya menafikan sebarang salah laku.

Segala dakwaan itu kini dalam sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Suruhanjaya dan Unit Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails