Sunday, February 26, 2012

Pemimpin PKR ditangkap khalwat.. Ustaz Badrol Amin kata bukan dia..



KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Selangor ditangkap kerana dipercayai berdua-duaan bersama seorang wanita, isteri orang di sebuah hotel di Balok dekat sini, awal pagi tadi.


Pasangan itu diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira jam 3 pagi.

Pemimpin berkenaan dikatakan berada di hotel itu untuk satu pertemuan bersama pemimpin PKR yang lain selama tiga hari sehingga hari ini.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz mengesahkan mengenai kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

Usaha Sinar Harian untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PKR berhubung kes tangkapan itu bagaimanapun gagal - Sinar Harian

Berikut pula adalah laporan dari Bernama..

Seorang pemimpin PKR ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di Kuantan awal pagi ini.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata pemimpin PKR bersama wanita itu ditangkap oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Mohd Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut penangkapan pemimpin PKR itu, yang pernah menggelarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi - Bernama

***********************************************

Hmmm.. ditangkap jam 3.00 pagi di bilik hotel bersama Isteri orang...

Berat tu....

Depa ni pi untuk pemukiman atau pemukahan?

Ada sumber mengatakan pemimpin PKR berkenaan ialah Ustaz Badrul Amin Baharom dan perempuan yang dimaksudkan ialah seorang kakitangan Kolej Komuniti yang ada masalah rumahtangga dengan suaminya.

Tetapi Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi:

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails