Thursday, February 16, 2012

Papagomo disaman Husam Musa pula kerana Fitnah lagi!!

16 Februari 2012



Blogger Pro Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.


Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.


Photobucket

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.


Harakahdaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails