Monday, February 27, 2012

PANAS!! Peserta Himpunan Hijau 2.0 dibayar RM500 seorang?



Berbekalkan sekeping gambar, seseorang memegang lima keping note RM100 yang menjadikan jumlahnya RM500, sebuah blog Pro UMNO mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa setiap peserta Himpunan Hijau 2.0 telah dibayar sebanyak itu untuk menyertai perhimpunan.


Pemilik blog tersebut mendakwa beliau terkejut apabila menerima gambar tersebut dan beliau juga terkejut apabila melihat jumlah yang terpapar dalam gambar itu yang kononnya menunjukkan jumlah yang dibayar kepada peserta himpunan tersebut.

Menurutnya lagi ianya mungkin dibayar oleh pihak yang mempunyai kepentingan dalam Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung di Padang MPK4, Kuantan baru-baru ini.

Jadi tidak hairanlah jika ada peserta yang sanggup datang dari jauh untuk menyertai Himpunan ini..

Wah… ada elaun rupanya kata pencacai UMNO tu..

Seorang peserta dapat RM500.. jumlah peserta yang hadir dikatakan mencecah 20,000 orang.

Oleh itu jumlah yang perlu dilaburkan oleh ‘Orang yang punya kepentingan dalam Himpunan Hijau’ itu ialah RM500 x 20,000 = RM10,000,000

Biar betui mamat ni.. nak fitnah tu agak-agak la… siapa yang sanggup nak invest sampai RM10 Juta untuk mengagalkan Projek Lynas tu?

Kalau betul.. letakkah contact no. ‘Orang yang punya kepentingan dalam Himpunan Hijau’ untuk dihubungi, pasal aku yakin ramai yang menyertai demo tu nak buat tuntutan (claim).



Photobucket

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails