Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, February 2, 2012

Najib kata laporan 'Rosmah belanja sakan' cerita rekaan..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datin Seri Mansor Rosmah dengan mendakwa bahawa laporan kononnya isteri beliau berbelanja sakan di Sydney baru-baru ini "sengaja direka" untuk memburukkan imej mereka.



Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pengguna di Twitter yang meminta beliau untuk mengesahkan sama ada tulisan di blog fesyen Australia - Frockwriter yang menganggarkan isterinya membelanjakan sekitar A $100,000 (RM323,000) untuk membeli pakaian oleh pereka terkenal.

"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya di Twitter malam tadi.

Sebelum ini, wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan bahawa Rosmah ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia. Tulisannya kemudian dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Dalam seksyen 'Private Sydney' kolumnis akhbar itu, Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.


Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp (atas), kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana.

Menurut kolum itu lagi, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.


Malaysiakini

17 comments:

Anonymous said...

huarghhh *yawn* tak habes2 iye ASD,PR dah takde modal agaknya...

Anonymous said...

hoi najib,ko bapa munafik 1malaysia larh,elok je ko pergi cerita/buat penafian dengan lembu shahrizat.Lembu punya orang!

Anonymous said...

imej mereka dah reput pun...
kah...kah..kah...

Anonymous said...

Saman lah kalau cerita tak betul......Ke tak berani sbb ianya betul.....???

Anonymous said...

Jawab setakat tu je..

Dia ingat penguna twitter tu tak tahu cerita ke.. jawapan tsbt tentunya mengeciwakan yg bertanya. serupa mcm jawapan yg mampu diberikan oleh rakab@ppas.

sepatutnya jawab lah..

kalau kita beli 3 helai seminggu harga nya mahal sdgkan kalau kita beli sekali sehingga berpuluh puluh helai maka kita akan dpt diskaun.

lagi pun terus terang saya katakan sebenarnya kami ingat kedai yg kami masuk tu kedai bundell !!

p/s anon 2:41 pm betul isu nya boringkan kau.. tapi komen komen dlm ASD ni yg menghiburkan kami..

Anonymous said...

apa faedahnya media australia nak menipu dan pencacai umno tentu bangga kerana ada orang melayu yang mampu berbelanja besar apabila diluar negara.itu pemikiran bagi korang otak
sempit dan senang diperbodohkan

Rauna said...

Patutnya Najib dan Rosmahlah kena saman pereka fesyen dan wartawan Australia sebab buat cerita fitnah. Ada beranika... Najib?

Takkan pembangkang pulak nak saman Rosmah... bangang punya idea....

Anonymous said...

Bosan betul dgn perangai self-proclaimed "FLOM" pakai si Shah Reza org tak percaya skrg pakai laki dia pula utk pertahankan boros dia....Apa kata we vote them out for a better Malaysia....Malaysia could be much better without them in power....
Sedar lah wahai rakyat Malaysia..jgn lah tertipu lagi...Enough is enough

Anonymous said...

Selagi tak saman , tak ada org percaya itu fitnah....Duit byk saman je lah...Maruah tu lagi penting apabila dah byk duit...Skrg nak hampir PKU image tu lagi penting...

Anonymous said...

Tak kan nak masuk masjid bersumpah kot ....

Anonymous said...

Why not dalam definasi Umnooo bersumpah je dalam masjid dah consider "beres"...

Anonymous said...

Hello friend.. Jgn lah main main sumpah dlm mesjid..

Isu mcm ni pun nak libat mesjid ke !!

Tempat yg sepatutnya bersumpah ini ialah di Sogo .. disitu bermulanya Reformasi 1998.

Tak leh lupa Kak Wan tiba tiba datang dgn menaiki kereta ketika itu ..

bakar said...

huarghhh *yawn* tak habes2 iye perempuan puaka ni...selagi x bankrupt bumi malaysia selagi tu ko memboros iye huarghhh *yawn*

Anonymous said...

pendek punya najib...

dari dulu apa orang kata pasal hang, bini hang, anak2 hang tak betui saja... hampa anak bini keturunan malaikat, baik belaka... hak tak elok tu orang lain...

bini hang tak pakai tudung pun, orang lain jahat...

1. kes altantuya orang jahat hampa baik
2. kes kapai selam orang jahat fitnah hampa
3. kes liwat anwar hampa tak kena mengena
4. kes video sex hampa tak tau apa
5. kes hangbag, kes cincin - dak bini hang tak beli, orang fitnah
6. kes bini hang dgn fesyen hina islam, orang lain yang anjur hampa tak tau apa
7. kes buat haji kat mekah, orang lain dengki buat naya kat hampa
8. anak bini hang shopping kat autralia, surathabaq depa buat cerita palsu
9. kes anak bertunang pakai duit negara, fitnah. hampa pakai duit sendiri pasai duit hampa banyak
10. la ni, kes bini hang belanja baju sakan, cerita rekaan....

apa hang ingat ni filem hindustan ka!!!

Anonymous said...

anon 10:31 am

sb hny org umno saja yg nampak ada lampu putih bulat atas kepala Najib!


dlm kemelut isu NFC.. Isu Cincin.. Isu video .. Isu zakat... isu gaji kktgn kjaan... boleh lagi di tambahkan dgn isu baru..

kita tenguk smp mana pencacai boleh pertahan pemimpin mcm ni?

Anonymous said...

Jangan salah faham statement najib.. dia nafi rosmah 'belanja sakan' sbb bagi diorang setakat RM300,000 belum kategori belanja sakan.. itu kira mcm shopping kat mydin je bagi rakyat kebanyakan.. pada keluarga diorang.. belanja juta2 barulah dinamakan 'belanja sakan'... Dak gitu?

Anonymous said...

kes video chinadoll,.nuar repot polis suruh sekat penyebaran,.bukan suh siasat kebenaran

lebih pelik nuar xsaman eskay,.lelaki yg mendakwa anuwar lah empunya belalai bengkok,..

hangpa buat2 lupa kes ni,.kikiki

Archive

Related Posts with Thumbnails