Saturday, February 25, 2012

Memo Pemuda UMNO kepada DSAI dibakar?.. sepatutnya diguna untuk sapu Najis saja..



Memorandum yang mahu diserahkan oleh Pemuda UMNO kepada DS Anwar Ibrahim semalam telah hangus dibakar..


Bagaimanapun tiada saksi yang menyaksikan kejadian Memo Pemuda UMNO itu dibakar, hanya abu memo tersebut yang kelihatan di hadapan Ibu Pejabat PKR.

Pengawal Keselamatan yang bertugas di Ibu Pejabat gagal mengenali identiti individu yang membakar memo tersebut.

Juzarim dari AMK Subang berkata mereka diarahkan supaya tidak menyentuh memo tersebut, tetapi seseorang telah mengambil dan membakarnya.. sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Memo tersebut telah dihantar oleh Anak Megat Junid yang juga Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid yang mengetuai sekumpulan 50 Pemuda BN yang hadir di Tropicana kira-kira jam 4.00 petang semalam - baca di ( SINI )

Kena bakar?? Kurang sesuai tu…..

Sepatutnya memo dari Pemuda UMNO yang munafik itu diserahkan kepada Ahli PKR yang bukan Melayu untuk dijadikan ‘Toilet Tissue’.. untuk digunakan menyapu najis itu lebih sesuai..

Munafik punya manusia!! UMNO sendiri yang menjalinkan hubungan dengan Israel dia orang buat tak nampak!

Ini kandungan memo daru puak munafik itu!

MEMORANDUM PEMUDA BARISAN NASIONAL
DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu, serta seluruh umat Islam danrakyat Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengiktiraf negara haram Israel serta menghalalkan apa jua kezaliman dan keganasan rejim Israel ke atas rakyat Palestin atas alasan keselamatan, sebagaimana kenyataannya kepada akhbar The Wall Street Journal.

Kami berasa amat marah dengan tindak tanduk beliau yang penuh bermuka-muka dengan melabel diri sendiri sebagai pemimpin Islam yang memperjuangkan keadilan tetapi pada masa yang sama bersekongkol dan menyokong rejim Israel laknatullah yang membunuh dan menindas rakyat Palestin.

Sedarkah Anwar bahawa ribuan nyawa Palestin telah terkorban semenjak puluhan tahun penjajahan Israel? Sedarkah Anwar bahawa ramai rakyat Palestin terpenjara, tersekat dan terkongkong dek kerana pembinaan tembok tinggi oleh Israel? Sedarkah Anwar akan penderitaan dan kesengsaraan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang kebuluran, miskin melarat akibat sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas mereka oleh Israel? Apakah yang mengaburkan mata Anwar dari menyedari bahawa kesemua itu dilakukan oleh Israel atas alasan keselamatan negara? Apakah yang menjadi percaturan Anwar sehingga tergamak menjadi hero bagi Israel dan menghina perjuangan membela Palestin?

Kami nak tegaskan inilah rupa dan sifat Anwar yang sebenar. Pemimpin munafik lidah bercabang yang hanya bermodalkan lakonan dan tipu daya. Rakyat Malaysia menolak temberang dan auta beliau. Kami yakin rakyat Malaysia sedar bahawa inilah sifat sebenar Anwar yang pro-Israel dan menghalalkan segala kezaliman ke atas rakyat Palestin.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails