Wednesday, February 29, 2012

Laporan Polis yang membuktikan Setiausaha Agung UMNO telah berbohong..



JINGGA 13 menyelar kenyataan bohong Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan Umno dalam kejadian itu tersebut sewaktu Himpunan Aman Hijau 2.0 di Padang Kota Lama , Pulau Pinang .


JINGGA 13 melalui JINGGA 13 Pulau Pinang telah membuat laporan polis pada 28 Februari 2012 bertempat di IPD Bandar Perda . Bukit Mertajam yang turut disertakan rakaman gambar bukti tindakan provokasi dan brutaliti yang dilakukan oleh UMNO yang rata-rata memakai topi berlogokan UMNO dan tertera. "UMNO Seremban" serta termasuk dikenalpasti beberapa orang yang merupakan ahli pemuda UMNO Balik Pulau.

Kesemua rakaman gambar adalah membuktikan bahawa secara nyata penglibatan UMNO dalam insiden yang turut mencederakan wartawan Kwong Yit Poh, Adam Chew yang menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun , dipukul dengan topi keledar oleh kumpulan tersebut .

Beserta ini Jingga 13 sertakan laporan polis serta rakaman gambar bahawa UMNO terlibat dengan rusuhan dan bertindak brutaliti serta provokasi dalam insiden Himpunan Hijau 2.0 di Pulau Pinang .

JINGGA 13 juga yakin bahawa ADUN Telok Bahang yang juga merangkap Ketua UMNO Balik Pulau , Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Yahya mengetahui siapakah dalang sebenar disebalik tindakan liar pemuda UMNO menyerang wartawan dan rakyat yang berhimpun dengan aman tersebut. Ini kerana berdasarkan laporan UMNO Balik Pulau , kira-kira 50 orang pemuda UMNO Seremban bersama Pemuda UMNO Balik Pulau sebelum itu mengadakan Program Gotong Royong Perdana bertempat di Sekolah Agama Rakyat Wungai Pinang , Balik Pulau sebelum pergi ke Padang Kota Lama.

JINGGA 13 menyelar sikap tidak bertamadun dan penafian amalan demokrasi yang dilakukan oleh mereka yang terlibat yang turut bertindak biadap dan kurang ajar serta melanggar tatasusila dan kesopanan kepada rakyat yang berhimpun secara aman serta juga turut bertindak melampau terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang .

Kenyataan Setiausaha Agong UMNO tersebut ternyata bertindak mengiyakan segala tindakan zalim dan brutaliti oleh ahli-ahli mereka tanpa rasa bersalah kepada rakyat . Datuk Seri Tengku Adnan Mansor adalah merupakan bukti bagaimana tidak bertanggungjawab UMNO terhadap segala tindakan brutal yang semakin memuncak dilakukan oleh UMNO dalam siri serangan dan provokasi yang mengugat kestabilan dan kehormanian termasuk mewujudkan sentimen perkauman .

JINGGA 13 mendesak agar UMNO menghentikan segala tindakan yang melampau , zalim dan kejam . Rakyat semakin takut dengan UMNO yang dilihat sebuah parti yang terdiri para samseng yang akan membelasah rakyat bila-bila masa sahaja jika tidak mengikuti telunjuk mereka. Ini amalan 'budaya samseng' yang membuktikan UMNO semakin tersepit dan ditolak oleh rakyat .

JINGGA 13 menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menolak budaya politik sempit , brutal dan zalim yang diamalkan oleh UMNO yang turut dipersetujui oleh Pimpinan Tertinggi UMNO . Presiden UMNO dan seluruh pimpinan UMNO harus dipertanggungjawabkan terhadap segala amalan kotor tersebut .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Photobucket


Kenyataan Media
JINGGA 13

29 Februari 2012

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails