Thursday, February 9, 2012

Israel Funding Corp. pengedar Minyak Sawit Malaysia keseluruh dunia?



Jika Chegu Bard kata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel, ini pula pendedahan tentang Israel Funding Corp yang menjadi pengedar minyak kelapa sawit mentah ke seluruh dunia..


Dalam kenyataan medianya yang mendedahkan perkara tersebut Chegu Bard juga mahukan pihak UMNO/BN menjelaskan hubungan dagang tersebut – sila baca di SINI



Dari apa yang tercacat di laman web ‘Israel Funding Corp.’ ini, sebagai pihak yang diberikan mandat. Israel Funding Corp. telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakkan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030.

Israel Funding Corp juga mengesahkan pihak mereka telah diberikan hak untuk menamakan wakil mereka untuk membeli dan menjual komoditi Minyak Kelapa Sawit Mentah keseluruh dunia tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang terdapat dilaman ‘Israel Funding Corp’.

Antara negara yang tersenarai sebagai pembekal untuk pengedaran mereka ialah Malaysia.

Ini kerana seperti yang tercatat dilaman web ‘Israel Funding Corp’, Malaysia adalah penyumbang 51% pengeluaran Minyak Sawit Dunia dan 62% eksport dunia.

Maka dengan itu adalah tidak menghairankan jika ladang-ladang Kelapa Sawit boleh ditemui dimana-mana di dalam Malaysia.




untuk lebih jelas sila klik pada image

Hairan aku.. Pemimpin UMNO kata Malaysia tak punya hubungan diplomatik dengan Israel.. tapi macam mana pulak ‘Israel Funding Corp’ tu boleh jadi agen pengedar minyak kelapa sawit mentah..

Tidakkah hubungan dagang itu menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel?

Ok.. mari kita tengok siapa pula pengeluar kelapa sawti terbesar di Malaysia.. lihat print screen di bawah..


Sumber dari SINI

Nampak apa yang tertulis tu?

Felda adalah pengusaha terbesar kelapa sawit Malaysia..

eh?? Pengerusi Felda tu pemimpin UMNO kan??

Hmmm.. sungguh munafik pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang ni..

Laman Web Israel Funding Corp. sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails