Thursday, February 2, 2012

Gaji hanya RM510 sebulan?.. nak mentekedarah apa Ali Rustam weii!!!


RM510 sebulan, itu adalah gaji buat Pemandu Bas yang ditawarkan oleh Anak Syarikat Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Panorama Melaka Cultural Tourist Sdn Bhd (PMCT).


Gaji yang ditawarkan oleh syarikat tersebut pada asalnya RM500 sebulan, dan semalam mereka mengadakan rundingan gaji tersebut telah dinaikkan sebanyak RM10 menjadikan gaji RM510.


Pemandu bas yang tidak berpuas hati telah mengadakan piket dengan membawa sepanduk yang tertulis "Kerajaan Kejam", "Gaji Pokok RM500 Mana Cukup, Negeri Maju, Rakyat Miskin", "PMCT Penindas Periuk Nasi Kami, Tak Kotai Janji" dan sebagainya.

Melalui syarikat sebelum ini, pemandu bas yang bekerja hampir 20 tahun mampu memperolehi pendapatan yang mencecah sehingga RM1,900 hingga RM2,100 termasuk komisyen dan elaun.

Apabila syarikat baru mengambil alih, gaji mereka telah turun kepada RM510, jumlah yang tidak munasabah.

Difahamkan, syarikat PMCT Sdn. Bhd merupakan anak syarikat di bawah Perbadanan Ketua Menteri Melaka yang mengambil alih operasi bas henti-henti menggunakan jenama Panorama dengan bas yang disewa daripada syarikat Scomi Special Vehicle Sdn. Bhd. dengan kos antara RM10,000-RM13,000 sebulan.

Di bawah ialah keratan berita tentang MOU yang ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia.

Dalam keratan berita ini dinyatakan gaji yang perlu dibayar kepada Pembatu Rumah dari Sri Lanka ialah RM850 sebulan, dari Filipina RM1000 dan dari Indonesia pula RM600.


Cuba perhatikan pula syarat-syarat yang terdapat pada iklan sebuah Syarikat yang menawarkan perkhidmatan pekerja Asing di bawah ini..

We are a company provides Outsourcing of foreign workers and also legalize your illegal foreign workers .

Our foreign workers are all coming from countries like :

- Indonesia
- Myanmar
- Nepal
- Vietnam
- etc .

They can be employed for sectors like : Service , Construction and Manufacturing .

Terms & Conditions :

1.Worker’s monthly salary shall not less than RM850.
2.Overtime shall be counted based on 1.5 time hourly wages (RM4/hour)
3.Worker shall works for 26 days (rest 4 days) a month,
4.12 working hours a day (including 1 hour meal time)
5.Employer shall provide the accommodation and basic cooking equipments.
6.Worker’s returning flight ticket shall be responsible by employer,
7.which is RM350 per year for 3 years.
8.Employer shall pay RM100 per month to outsourcing company as Management Fees

If you are looking for some foreign workers , please do not hesitate to send me any request or quotation .

Untuk iklan sepenuhnya sila lihat di Forum Lowyat


Pendatang asing yang mencari rezeki di Negara kitapun dikehendaki dibayar gaji asas minima RM850.00 oleh Syarikat itu, tapi Ali Rustam mahu bayar gaji asas RM510 sebulan kepada anak-anak negeri Melaka yang merupakan rakyat Malaysia??

Inilah apa yang dikatakan Kera Di Hutan Disusukan, Anak Sendiri Mati Kelaparan….

RM510 Sebulan nak mentekedarah apa Ali Rustam weii!!!


******************************************

Gaji hanya RM510 sebulan?
NORDIANA JOHARI
2 Februari 2012



PERINGGIT – Hampir 50 pemandu bas henti-henti mogok tidak mahu memandu bas, semalam, kerana tidak berpuas hati dengan gaji ditawarkan PM Cultural & Tourism (PMCT) Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri yang mengambil alih operasi bas di negeri ini bermula, semalam.

Tinjauan Sinar Harian di Terminal Melaka Sentral di sini, seawal jam 6.30 pagi semalam mendapati, kebanyakan mereka hanya duduk beramai-ramai dan tidak mahu memandu bas.

Hanya dilihat beberapa bas membawa penumpang ke terminal, selain membawa pelajar, hasil ihsan pemandu bas selepas ramai ibu bapa merayu meminta tolong menghantar anak mereka ke sekolah.

Rata-rata mereka berkata, selagi tawaran gaji pokok sebanyak RM510 sebulan tidak diteliti semula, mereka berkemungkinan akan meneruskan mogok atau berhenti kerja.

Mereka mendakwa, pendapatan baru itu jauh lebih rendah daripada sebelum ini iaitu sekitar RM2,000 sebulan.

Kaji semula gaji pokok

Pemandu bas, M Selvam, 48, berkata, gaji yang ditawarkan hasil pengambilalihan operasi itu sangat murah dan tidak memadai.

“Kita mahu makan apa dengan wang RM510 sebulan? Sudahlah terpaksa bangun jam 5 pagi dan kerja sampai ke malam, bawa nyawa orang lagi. Ini memang tidak patut.

“Pagi ini (semalam), saya bawa bas pun kerana tidak sampai hati apabila ibu bapa merayu minta tolong bawa anak-anak mereka ke sekolah,” katanya.

Seorang lagi pemandu, Abdul Karim Said, 53, berharap. pihak PMCT akan segera mengkaji semula gaji yang ditawarkan untuk mereka.

“Kena ada keputusan muktamad. Kami diberitahu boleh dapat gaji sehingga RM1,500 selepas campur pelbagai elaun. Tolong kaji semula gaji pokok ini,” katanya.

Pemandu bas, Sabri Mohamad, 40, pula berkata, dia yang sudah hampir 15 tahun memandu bas berasa amat terkilan dengan bayaran gaji baru itu.

“Kita mahu kerja tetapi kaji semula gaji yang diberikan. Dahulu sekitar RM2,000 kami boleh dapat tetapi kali ini memang susah sebab kos hidup terlalu tinggi,” katanya.

Mahu bayaran elaun

Semalam adalah hari pertama operasi bas henti-henti di bawah PMCT selepas Kerajaan Negeri mengambil alih 10 syarikat bas henti-henti yang sebelum ini mengumumkan akan menamatkan perkhidmatan akibat tidak mampu menanggung kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi.

Dalam pada itu, pemandu bas turut mengharapkan bayaran komisen dimansuhkan dan digantikan dengan bayaran elaun berikutan pendapatan antara bas adalah berbeza.

Terdahulu malam kelmarin, perkhidmatan bas turut tidak beroperasi berikutan penyerahan kunci pihak pengusaha kepada PMCT, jam 6 petang menyebabkan pemandu bas tidak bertugas.

Akibatnya, pengguna terpaksa menggunakan alternatif lain, termasuk menaiki teksi untuk ke destinasi ditujui.


Sinar Harian

Gambar-gambar di atas datangnya dari SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails