Monday, February 20, 2012

Di mana pemimpin kami disaat kami amat memerlukan? Sedang terlena atau sudah buta?



Puluhan buah rumah yang terletak di perkampungan Melayu di Pulau Pinang bakal dirobohkan, ini kerana tanah milik mereka telah dijual kepada pemaju.


Kesalahan memang terletak dibahu mereka kerana telah menjual tanah tersebut..

Kini tanah yang dijual hendak dibangunkan oleh pihak pemaju.. dan mereka perlu mengosongkan tanah yang telah dijual itu..

Maka akan ada Melayu terpinggir lagi di Pulau Mutiara ini..

Meskipun begitu dalam menuntut pampasan yang setimpal mereka dibiar terkial-kial memperjuangkan nasib mereka tanpa dipedulikan pemimpin yang telah dipilih mereka.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Binjai, Pondok Upeh dan juga Permatang Damar Laut.

Perkara ini menurut penduduk kampung telah berlarutan agak lama dan mereka terpaksa menggunakan saluran undang-undang.

Pampasan yang dijanjikan buat mereka oleh pemaju hanyalah RM10,000, apa yang boleh dilakukan dengan jumlah sebanyak itu dimasakini?

Mereka juga telah menyuarakan perkara tersebut kepada pemimpin yang sedang bekuasa, tapi hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan.. mereka menanti jawapan umpama pungguk rindukan bulan..

Janji yang diberi hanya tinggal janji, yang dikata tidak dikota meskipun yang berjanji itu pemimpin yang berugama Islam, ugama yang melarang pengikutnya mungkir bila berjanji..

Hingga diriwayatkan oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr..

“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.”

Kenapa mereka tidak dipedulikan? Adakah kerana mereka bukan pengundi di kawasan pemimpin yang berkuasa sekarang maka mereka tidak perlu dibantu?

Apa guna menjadi pemimpin yang punya kuasa di dalam pentadbiran negeri.. jika perkara yang melibatkan kepentingan rakyat tidak dipeduli?

Wakil Rakyat yang dipilih rakyat adalah dipilih untuk membantu rakyat bukannya sebagai Tuan kepada rakyat jika mereka sudah lupa..

Sungguh mengecewakan!! Di mana pemimpin kami disaat kami amat memerlukan? Sedang terlena atau sudah buta? Mahu kekal berada di Komtar atau sudah mahu bersara selepas PRU13 ini??

Perlukah aku meletakkan gambar dan nama mereka disini??

Hingga kini hanya seorang yang bersuara...

***********************************************

MP Balik Pulau tak tanding PRU jika rumah diroboh

Anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff hari ini berjanji tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya akan datang sekiranya terdapat rumah menjadi korban pembangunan di kawasannya.

yusmadi yusoff wangsa maju pkr pc on wee choo keong resignationAnggota parlimen PKR itu berkata, tidak ada gunanya beliau menganggotai Dewan Rakyat sekiranya penduduk kawasan itu, terutamanya yang miskin hanya beratap langit.

Yusmadi berkata, masalah pengusiran dan perobohan rumah di Balik Pulau kini sudah berada pada "tahap kritikal".

Sambil meluahkan kekecewaan terhadap rakan-rakannya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang gagal hadir mendengar keluhan penduduk, Yusmadi berkata masih banyak kes melibatkan projek pembangunan di kawasan itu masih didengar mahkamah.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails