Tuesday, February 21, 2012

Chua serang peribadi, The Star bohong - Guan Eng



Sekiranya serangan peribadi adalah kriteria untuk berjaya, maka Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah pemenang dalam debat di antara beliau dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Walau bagaimana pun, Lim menjelaskan, beliau enggan terlibat dalam serangan peribadi kerana debat seharusnya merupakan satu pertandingan yang berlandaskan idea, cita- cita dan prinsip.

“Siapa menang atau kalah seharusnya diadili oleh penonton televisyen dan juga penonton di rumah,” katanya dalam satu kenyataan dan disiarkan di portal Roketkini.

Menurut Lim, contoh pembohongan yang jelas dilakukan oleh MCA selaku pemilik akhbar The Star di mana beliau terpaksa menulis surat kepada Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu kerana mengada-adakan berita secara palsu.

Di bawah artikel “What they said” di muka surat 6 akhbar The Star pada 19 Februari 2012, Lim dilaporkan kononnya berkata:

“We do not agree the Prime Minister must always be Malay because we want the people to decide.”

(“Kami tidak bersetuju bahawa Perdana Menteri mesti sentiasa terdiri daripada orang Melayu kerana kami mahu rakyat yang membuat keputusan.”)

“Disebabkan The Star adalah milik MCA, saya menghormati hak The Star untuk menyiarkan ‘laporan berat sebelah’ mengenai pendebatan tersebut.

NONE“Walau bagaimana pun, petikan yang dikeluarkan itu adalah palsu dan tidak benar kerana tiada sebarang rujukan atau apa juga sekali pun pernah dibuat oleh saya mengenai isu ini ketika perbahasan. Saya kesal bahawa The Star tidak mencetak surat saya dan hanya mengakui kesilapan tersebut dengan berat hati dalam edisinya semalam (Isnin),” katanya.

Sikap The Star yang tidak jujur itu ditambah pula dengan tulisan kolumnis The Star, Baradan Kuppusamy dalam kolumnya semalam di muak surat 24 di bawah tajuk “All hype but no climax?” (Semua gembar-gembur tetapi tiada kemuncak?”) di mana Baradan menulis:

“Furthermore, he (Lim) said the Pakatan did not agree that only a Malay could be the Prime Minister, and that this should be put to the people to decide.”

(Tambahan Lim berkata Pakatan tidak bersetuju bahawa hanya orang Melayu sahaja boleh menjadi Perdana Menteri, dan ini perlu diserahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan”).

“Ini bukan merupakan satu-satunya penipuan oleh Baradan. Satu lagi penipuan oleh Baradan dalam kolumnya ialah saya hanya mahu debat kedua dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu untuk membaiki kerosakan reputasi selepas perdebatan dalam bahasa Mandarin itu.

chua soi lek and lim guan eng debate“Saya telah menulis sebelum debat (pada 18 Februari 2012) pada 15 Februari 2012 meminta perdebatan kedua dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia demi kebaikan orang bukan Cina. Ini telah dipersetujui oleh Chua sebelum membuat keputusan sebelum perdebatan pertama dalam Mandarin ini.

“Atas sebab itu, The Star seharusnya menarik balik dan memohon maaf untuk kolum Baradan yang tidak patuh kepada fakta selaras dengan semangat Comment is free, but facts are sacred!”, katanya.

Lim berkata, beliau tidak membantah pendebatan kedua dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia diadakan di Kuala Lumpur di lokasi yang sama iaitu di Berjaya Times Square atau mana-mana pihak penganjur dengan syarat ia adalah neutral dan memastikan layanan yang adil kepada kedua-dua pendebat.

Menurutnya, tidak seharusnya ada ulangan debat dalam bahasa Mandarin yang dianjurkan bersama oleh MCA di mana parti itu telah menghimpunkan 12 daripada 13 soalan yang ditanya daripada ahli- ahli mereka yang mengecam dirinya.

lim guan eng chua soi lek debate question from audience“Bagaimana saya boleh menjawab 12 daripada 13 soalan dalam tiga minit terutamanya apabila kebanyakan daripada mereka adalah dusta?

“Atas sebab itulah saya memilih untuk tidak menjawab pembohongan kerana debat seharusnya dilakukan demi kebenaran dan polisi-polisi yang Pakatan Rakyat mahu laksanakan untuk mengubah Malaysia.

“Dasar-dasar ini perlu dibentangkan untuk pertimbangan penonton kerana kita mahu sebuah negara polisi, bukan negara polis (policy state, not a police state),” katanya lagi.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails