Tuesday, February 21, 2012

Bukti Bayan Mutiara dianugerahkan melalui tender terbuka.. Dua Pemimpin UMNO/BN itu sila letak jawatan!!



Apabila aku menyiarkan satu laporan dari CEO Ivory Properties Group Bhd (IPGB) yang telah menang dalam membida harga tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara di Pulau Pinang dengan harga RM1.1 bilion, ada pencacai UMNO tidak berpuashati dan tidak boleh menerima hakikat.


Hakikatnya kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Ivory Properties Group Bhd itu adalah satu kenyataan yang membuktikan bahawa dua orang pemimpin UMNO/BN iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah berbohong dalam isu ini.

Pencacai UMNO tersebut telah meninggalkan komen seperti berikut..

ASD dengan Tokwan . Korang tahu tak apa isu yang dibangkitkan ni .

Kalau pihak Ivory dah mengaku ada nya tender terbuka maka sekarang ni tugas kerajaan negeri lah pulak keluarkan maklumat keputusan tender tersebut . Berapa pihak yang masuk , tawaran mana tertinggi , tawaran mana terendah , kaedah pembayaran dll. Tender terbuka apa kejadahnya kalau maklumat keputusan tender pun tak di siarkan kepada orang awam ????- komennya di SINI

Hari ini aku terima satu kenyataan Media dari Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang menjelaskan berapakah jumlah pihak yang telah membida tawaran ini, berapakah jumlah yang telah dibida oleh mereka.

Apabila tender dipanggil pada tahun 2010, seramai 37 pihak telah membeli dokumen-dokumen tender pada harga RM3,000 setiap satu. Namun demikian, apabila tender ditutup pada 31 Dis 2010,hanya 4 tawaran tender telah diterima.

Empat syarikat atau pihak itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd,Ivory Properties Group Berhad, AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar “earnest deposit” sebanyak RM1.2 juta dan juga SP Setia Berhad.

Harga yang dibida mereka pula adalah seperti di bawah..



Tak payah banyak cakap… sekarang telah dibuktikan kedua-dua peminpin UMNO/BN itu sememangnya telah berbohong dalam isu ini..

Jadi.. letaklah jawatan!!

Tapi……. Sanggup ke pemimpin UMNO/BN tu nak letak jawatan?

*******************************************

Sudikah Datuk Zainal Abidin Osman Dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Bersara Daripada Politik Dengan Serta Merta Memandangkan Kerajaan Negeri PR P.Pinang Telah Membuktikan Tanpa Sebarang Keraguan Bahawa Penjualan Tanah 102.3 Ekar di Bayan Mutiara Telah Dilakukan Dengan Tender Terbuka Yang Berdaya Saing?

Tidak ada sebarang keraguan bahawa penjualan tanah 102.3 ekar di Bayan Mutiara telah dilakukan melalui “Request For Proposal” yang merupakan:

• Tender terbuka yang berdaya saing
• Dipaparkan dengan jelas di laman-laman web dan suratkhabar; dan
• Diperhatikan oleh Juruukur Bertauliah dan Penilai Berdaftar bebas dan terkemuka iaitu Raine & Horne International semasa sesi taklimat yang telah diadakan di Pulau Pinang, KL dan Singapura.

Tawaran yang tertinggi dalam tender terbuka telah dipilih.

Apabila tender dipanggil pada tahun 2010, seramai 37 pihak telah membeli dokumen-dokumen tender pada harga RM3,000 setiap satu. Namun demikian, apabila tender ditutup pada 31 Dis 2010,hanya 4 tawaran tender telah diterima, iaitu daripada:

1. Chia Tai Xing Ye Industrial Development Ltd
2. Ivory Properties Group Berhad
3. AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidak membayar “earnest deposit” sebanyak RM1.2 juta
4. SP Setia Berhad

Tawaran-tawaran tunai yang diterima:



Oleh kerana Ivory telah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240skp atau jumlah besar RM1.072 bilion, mereka telah dipilih. Kemudian, Kerajaan Negeri telah membuat permintaan lanjutan supaya Ivory mengurangkan tempoh bayaran RM240skp daripada 8 tahun kepada 5 tahun.Ini telah diterima oleh Ivory.

Sudikah Ketua UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan bersara daripada politik dengan serta merta memandangkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa penjualan tanah 102.3 ekar di Bayan Mutiara telah dilakukan dengan tender terbuka yang berdaya saing?

Lim Guan Eng

*Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 21.2.2012*

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails