Friday, February 17, 2012

Berita yang tidak disiarkan oleh Utusan dan TV3..



Tercari-cari aku berita atau laporan tentang perkara ini di dalam Utusan Online, tapi tak aku jumpa.. begitu juga dalam berita Bulletin Utama tak juga disiarkan laporan ini.. mengapa agaknya??


Adakah kerana Najib takut untuk menyahut cabaran debat oleh Anwar Ibrahim maka debat antara Guan Eng dan juga Soi Lek ini perlu disembunyikan dari pengetahuan penyokong tegar UMNO yang membaca Utusan dan menonton TV3??


*******************************************

Debat Hangat Antara CSL dan LGE Disiarkan Secara Langsung Jam 5 Petang Sabtu
Jumaat Februari 17, 2012

PETALING JAYA: Dua tokoh politik dari kalangan masyarakat Cina di negara ini - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng telah bersedia untuk bertemu muka dalam satu debat panas dan sensasi berhubung masa depan politik kaum itu pada Sabtu petang di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Debat yang dijadualkan bermula pada jam 5 petang itu akan turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301) dan akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama.

Rangkaian Astro Awani (501) akan turut menyiarkan debat tersebut dalam bahasa Malaysia melalui alih bahasa. Pihak Astro telah pun mendapatkan khidmat seorang juru alih bahasa profesional untuk tugas tersebut.

Sebanyak 600 kerusi telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Asian Strategy & Leadership Institute (Asli) dan Insap yang mana setiap parti - MCA dan DAP diberikan peruntukkan 200 kerusi.

Selebihnya adalah terbuka kepada orang ramai. Bagaimanapun orang awam yang ingin menyaksikan debat itu di dalam dewan mestilah terlebih dahulu mendaftar sebagai peserta seminar yang berlangsung di sebelah pagi.

Seminar itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif Asli, Datuk Michael Yeoh berkata, debat tersebut akan berlangsung selama sejam.

Moderator debat antara dua tokoh itu ialah Ketua Pegawai Operasi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

mStar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails