Monday, February 20, 2012

Bekas imam desak Najib batal hubungan dagang Malaysia-Israel



KUALA LUMPUR: Bekas imam, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatal serta-merta sebarang bentuk hubungan dagang Malaysia dengan Israel.


“Selagi hubungan dagang ini berterusan, selagi itulah nyawa rakyat Palestin terancam. Setiap sen keuntungan syarikat Israel itu akan diguna untuk membeli senjata bagi membunuh rakyat Palestin,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Beliau mengulas pendedahan hubungan dagang syarikat tempatan melibatkan minyak sawit Malaysia dengan Israel. Selain itu, dua kapal Israel – Zim Atlantik dan Zim USA berlabuh di Pelabuhan Klang 16 Februari lalu.

Malaysia menduduki tangga ke-15 sebagai ‘The Major Trade Partner 2010′’ (rakan dagang utama) dengan Israel, mengikut sebuah laman sesawang Kesatuan Eropah (EU).

Shamsul ialah bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara selama 10 tahun sebelum dipecat kerana menyampaikan khutbah mengenai pemerintahan adil.

Beliau menyifatkan, persepsi rakyat betapa Umno menjalin hubungan akrab dengan Israel adalah benar jika pentadbiran Najib enggan membatal hubungan dagang itu.

“Kematian akibat penggunaan senjata hasil hubungan dagang Israel-Malaysia itu, ‘sahamnya’ (dosa) turut ditanggung pentadbiran Najib di akhirat kelak.

Mac tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pentadbiran Najib membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah firma perunding perhubungan pro Zionis-Israel yang mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Sehingga kini, Najib didakwa masih mengupah Pengarah Apco, Paul Stadlen sebagai pegawai media di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini, seorang menteri Kabinet Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi juga dilapor bertemu Menteri Luar Israel.

Tun Dr Mahathir Mohamad – mentor Najib pula membayar jutaan ringgit kepada Jack Abramoff, seorang pelobi Zionis-Israel bagi menemui bekas Presiden Amerika Syarikat, George Bush.


http://www.keadilandaily.com/?p=26851

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails