Sunday, February 19, 2012

Banyak Lagi Nama Yang Terbabit dalam Scandal PKFZ akan didedah Kata Tee Keat



KUALA LUMPUR, 19 FEB: Datuk Seri Ong Tee Keat mengancam akan mendedahkan lebih banyak lagi nama yang terbabit dengan dkandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selepas kontroversi terbabit dibicarakan dalam debat antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek, semalam.


Tee Keta, yang juga bekas presiden MCA berkata, tidak satupun nama yang beliau akan dedahkan dibabitkan dalam skandal RM12.5 bilion tersebut berada dalam senarai mereka yang dilaporkan dalam laporan polis telah dikemukakan di dalam perbicaraan di mahkamah yang sedang dibicarakan.

“Apa yang berlaku sekarang (perbicaraan mahkamah) belum lagi sampai ke tahap 'pembuka tirai'...Ia belu bermula lagi!" katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada penduduk di kawasan parlimen beliau ketika menghadiri satu majlis sambutan Tahun Baru Cina, malam tadi.

Guan Eng, dalam debat semalam, telah menyoal saingannya, Dr Chua berhubung dakwaan rasuah di kalangan Barisan Nasional (BN), sambil dengan khususnya menyentuh perbicaraan PKFZ, membabitkan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas Menteri Pengangkutan yang juga Timbalan presiden MCA ketika itu, Tan Sri Chan Kong Choy.

Projek terbabit, dengan kos anggaran awalnya berjumlah RM2 bilion, telah meningkat dua kali kepada RM4.6 bilion menjelang 2007.

Bagaimanapun, Dr Chua menangkis soalan tersebut sambil menyatakan MCA juga 'anti rasuah' dan mempunyai keyakinan terhadap sistem kehakiman negara ini serta tidak pernah menyatakan bahawa pemimpin parti itu tidak bersalah.

Namun, Ong, yang ditewaskan oleh Chua dalam pemiihan presiden parti tersebut selepas hanya 15 bulan menjadi presiden berikrar bahawa beliau akan 'memastikan perkara itu mendapat perhatian...sehingga ke penghujungnya tidak kira berapa lama masa yang diambil untuk menyaksikan ia selesai.

‘“Ini(PKFZ) tidak apa jika dibandingkan dengan apa yang disebut dalam kandungan laporan yang tebal yang dilaporkan kepada polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) dan Jabatan Perdana Menteri dan turut diketahui oleh Lim Chee Wee (Presiden Majlis Peguam Malaysia)

Tidak satupun nama terbabit yang disebut dalam laporan berkenaan telah dibawa dalam perbicaraan di mahkamah. Banyak sangat (senarai nama) dan saya ingin tahu samada ia telah disebutkan atau belum," tambah beliau lagi.

Ketika Beliau menjadi Menteri Pengangkutan, Tee Keat telah mengarahkan beberapa siasatan dan jawatankuasa untuk menyiasat skandal tersebut, tetapi beliau telah digugurkan dari kabinet selepas tewas kepada Dr Chua, dalam pemilihan presiden MCA pada Mac 2010 lalu.


Antarapos

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails