Thursday, February 23, 2012
Aznil bakal dilantik sebagai Senator?
Yahoo! Malaysia melaporkan Pensyarah Kanan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah menyatakan tentang peranan dan pengaruh industri hiburan yang berkembang ke period yang lebih besar di dalam kurun informasi ini.
Bahkan kepentingannya berlebihan berbanding di dalam kurun-kurun sebelumnya yang rata-rata hanya berlegar tentang posisi hiburan khususnya pada media seperti filem, televisyen, dan bahan bercetak misalnya akhbar dan majalah. Kandungan hanya berpusat pada hal ehwal kehiburanan seperti naskah-naskah filem, drama, lagu, artis dan sebagainya.
Sebaliknya sekarang kata Dr Abu Hassan, adalah era ekonomi kreatif dengan industri kreatif sebagai salah satu industri utama, atau industri ketiga dalam KDNK negara bahkan dunia seluruhnya.
Maka tentulah untuk menguruskan industri kreatif memerlukan mereka yang memiliki keupayaan pengetahuan yang mendalam tentang makna, bentuk, kandungan, dasar-dasar, rencana strategi dan masa depan bukan sekadar hanya berasaskan pengalaman dalam industri hiburan semata-mata.
Justeru itu Dr Abu Hassan yang juga juri tetap program Pilih Kasih, semalam mencadang beberapa nama warga seni yang pada perkiraannya mampu mengambil alih suara Jins Samsuddin sebagai Senator di Dewan Negara.
Katanya juga, industri kreatif memerlukan suara untuk pihak penggubal akta atau pelaksana kerja-kerja negara turut mendengar apa yang harus diperkatakan oleh wakil industri kreatif. Aznil Nawawi, Rosyam Nor, Eirma Fatima, Aziz M Osman dan Datuk Faridah Merican antara yang disebut-sebutnya di dalam perkiraannya selaku pemerhati politik dan hiburan Malaysia.
Cadangan itu disambut baik oleh pengacara popular Akademi Fantasia, Aznil Nawawi yang menghargai perkiraan Dr Abu Hassan yang melihatnya sebagai antara yang memiliki kelayakan menjadi wakil suara industri kreatif.
“Saya merasakan amat dihargai apabila disebut sebagai yang layak untuk menjadi Senator di Dewan Negara. Namun begitu kepercayaan ini tentunya datang bersama tanggungjawab yang besar. Setelah berada di dalam dunia penyiaran dan hiburan kurang lebih 22 tahun, saya menjadi saksi kepada kepelbagaian pasang surut industri seni apalagi sepak terajang di dalam gelanggang ini. Pelbagai cerita kekecewaan dan kecapan kejayaan dapat dijadikan pemangkin kepada penggubalan dasar hiburan negara yang lebih terancang, realistik dan komprehensif.
“Bagi saya perlantikan seseorang untuk mewakili bidang hiburan di peringkat tertinggi dan melaporkan diri secara terus kepada pemerintah adalah umpama seorang menteri yang mempunyai KPI nya tersendiri. Bagi saya dia adalah Menteri Hiburan.
“Saya bersedia untuk menjadi perwakilan golongan seni ke Dewan Negara jika diberi peluang dan akan memastikan segala penggubalan undang-undang dan dasar pembangunan negara mengambil kira hak dan suara penggiat seni. Pemahaman mengenai sosio ekonomi dan politik negara amat penting dan bukan sekadar mampu berdebat mengenai isu-isu kecil dunia seni seperti gosip, kontroversi dan skandal,” kata Aznil.
Aznil yang kini sudah menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Era, melihat tanggungjawab ini bukan sahaja untuk golongan seni semasa malah untuk mereka pada masa akan datang. Baginya ia satu tanda aras belum kita nampak dalam pencapaian kemajuan bidang ini sejak negara mensasarkan tahun 2020 sebagai tahun Malaysia Maju.
Bidang hiburan agak ketinggalan jauh berbanding bidang lain yang begitu cepat mengejar kemajuan terutama dari segi digital, informasi dan teknikal.
“Kita ada kurang dari 8 tahun untuk tujuan itu supaya dunia hiburan dapat berdiri sama tinggi dengan bidang lain. Saya sudah melibatkan diri sebagai penggiat seni sejak dari zaman analog (pengurusan secara tradisional, kecil-kecilan dan hardcopy) sehinggalah di zaman digital (serba serbi secara IT) ini amat merasakan kita tidak seharusnya hanyut dalam dunia permodenan. Saya menjadi saksi dan penggiat aktif dalam perubahan infrastrukur pembangunan.
“Jadi kepandaian akademik, pengalaman jatuh bangun dan keupayaan membuat unjuran perniagaan ini di masa akan datang harus digandingkan dalam menyuarakan perjuangan di peringkat yang didengari. Ya, saya bersedia,” katanya bersemangat.
Pada Aznil, seseorang Senator yang mewakili golongan seni di Dewan Negara seharusnya memainkan peranan sebagai perwakilan rakyat dan menteri dunia hiburan. Dia seharusnya berupaya mewakili golongan seni, pertama untuk bercakap mengenai sejarah - kerana hanya mereka yang tahu asal usul bidangnya yang akan memahami situasi semasa.
Menurutnya, dengan mengetahui sejarah, sektor yang diwakili itu juga memperlihatkan tindakannya lebih realistik dalam menyuarakan setiap tuntutan. Pengetahuan latarbelakangnya juga memungkinkan seseorang itu membuat analisa yang lebih mendalam.
Beliau juga akan dilihat sebagai seorang yang memahami perjuangan golongan yang sebelumnya. Senator yang mewakili golongan seni turut harus sekurang-kurangnya memahami sejarah pembangunan dunia seni hiburan negara maju lain sebagai perbandingan.
“Ini penting untuk melihat akan kesesuaian dasar mereka yang boleh digunapakai oleh negara kita. Tiada guna jika kita menjadi perwakilan di Dewan Negara jika kita sendiri tidak tahu dari mana kita bermula dan suara kita dilihat sebagai suara kosong. Jadi di sinilah peranan 'kementerian hiburan' itu memainkan peranannya sebagai penyimpan data dan sejarah jatuh bangun dunia hiburan.
“Kedua, bercakap mengenai masa kini - seseorang Senator yang mewakili dunia hiburan seharusnya seorang yang peka kepada perubahan dan perkembangan dalam dunia hiburan tempatan dan luar negara. Dia seharusnya tidak terperuk dengan kaedah lama yang sudah 'tamat tempoh' tetapi seharusnya lebih terkini.
“Fungsi Senator harus mampu bercakap dan bertindak mengikut formula dan acuan masa kini dan tidak dilihat sebagai terkebelakang. Untuk lebih relevan, fungsi Senator itu juga harus menjadi ejen perubahan kepada industri yang diwakilinya. ‘Mind set’ penggiat seni juga harus diubah dan melalui revolusi untuk bergerak sepantas perubahan IT.
“Tidak segan pada perubahan IT menjadikan beliau sebagai seorang yang kebal diuji arus permodenan. Kita harus didedahkan, dipersiap dan diberi peluang untuk bersaing di peringkat global pada masa kini. Fungsi mewakili masyarakat seni masa kini bukan sahaja dari segi IT tetapi juga dari segi modal insan,” katanya.
Lebih daripada itu kata Aznil, Senator harus boleh bercakap, berbahas dan membuat usul mengenai hak golongan seni mengenai apa sahaja termasuk soal kebajikan, budaya, pendapatan, jati diri, pembangunan diri, penyelidikan, kesihatan, simpanan, perniagaan, moral, persaingan, anjakan diri, kebebasan berkarya, kebebasan bersuara, kebebasan memberi pendapat, kebebasan bertanya, nilai tambah, kepelbagaian berbanding pengkhususan, multi skill dan sebagainya.
Ketiga kata Aznil, harus boleh bercakap mengenai masa hadapan. Ini penting kerana fungsi Senator dilihat sebagai pencipta landasan baru untuk generasi akan datang. Fungsinya juga adalah untuk memastikan keputusan yang dibuat hari ini akan terus relevan untuk masa depan.
“Peranan yang lebih penting adalah untuk mempersiapsediakan penggiat seni kita untuk bersaing di peringkat global dan bukan hanya sebagai pemerhati. Kaedah jaguh kampung sudah tidak sesuai. Fungsi ini harus disulam dalam banyak perancangan masa depan kerajaan terutama dalam bidang pelajaran, latihan, komunikasi, teknologi dan sumber manusia.
“ Wawasan yang jauh harus menjadi agenda yang tidak kurang penting dalam merangkakan pembangunan sektor hiburan di 'kementerian hiburan' ciptaan Senator Hiburan ini. Kerja ini memerlukan sokongan tenaga pakar penyelidik teknikal dan disokong oleh potfolio besar bukan persatuan kecil atau perseorangan.
“Dan keempat, bercakap mengenai sektor lain juga. Walaupun hanya mewakili golongan seni, fungsi Senator seharusnya dilihat sebagai seorang yang tahu perkembangan sektor lain dan tidak syok sendiri. Seharusnya juga dia juga mampu berdebat dan membeti pendapat pada isu negara yang lain dan tidak hanya terhad kepada dunia hiburan.
“Prioriti kepada semua fungsi di atas, bahu Senator sebagai 'menteri hiburan' tentunya bertindak sebagai pemberi maklumat, latar belakang, kajisn terperinci, resolusi dan pengukur keberkesanan kepada penggubal dasar kerajaan. Maknanya, dalam apa sahaja dasar yang ingin dibentuk atau diubah oleh kerajaan seharusnya mengambil kira suara wakil sektor hiburan,” katanya.
Yahoo
Aznil bakal dilantik sebagai Senator?
2012-02-23T20:19:00+08:00
Anak Sungai Derhaka
Barisan Nasional|
Archive
-
▼
2012
(1782)
-
▼
February
(174)
- Laporan Polis yang membuktikan Setiausaha Agung UM...
- Pemimpin UMNO didapati bersalah menipu RM80,000
- Bangkai Ayam Berdarah di pintu pagar Pusat Khidmat...
- Pemuda UMNO Pulau Pinang dakwa Setiausaha Agung UM...
- UMNO nafi terlibat dalam kekecohan Himpunan Hijau ...
- Perkasa tunjuk kasut kerana 'kecewa' dengan Guan E...
- Pemuda UMNO Seremban pengganas sebenar di Himpunan...
- “Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong L...
- ADUN Lepar kata Asrullah Affendi cuba menyelamatka...
- NFC juga punya Pasaraya Mewah di SIngapura..
- Eksklusif! Pengakuan dari wanita yang dituduh Kha...
- Orang Kuat UMNO rupanya 'Samseng' yang nak pukul N...
- Nurul Izzah kata 'Samseng UMNO' inilah yang nak tu...
- PANAS!! Peserta Himpunan Hijau 2.0 dibayar RM500 ...
- Timbalan Ketua Pemuda UMNO dakwa 'wartawan Cina' k...
- Ustaz Badrulamin tidak ditangkap berdua-duaan dala...
- Najib kata dia sudah insaf jadi berilah BN peluang...
- Lupakan kerusi Kuantan jika Lynas terus operasi - ...
- Beruk Upahan UMNO mengganas di Himpunan Hijau Pula...
- Scandal NFC: Dikaitkan dengan Pecah Amanah, NFCorp...
- Surat Dr M kepada Israel didedah minggu depan?.. n...
- Bersamalah kita DDOS website 'Burn The Quran' ini....
- Himpunan Hijau 2.0 : Apa yang Blogger Pro UMNO lap...
- Himpunan Hijau berakhir, kerajaan diberi 24 jam ba...
- Scandal NFC : NFC dah jadi mangsa DAP pula ke?
- Hampir 10 ribu hadir, laman web Lynas digodam
- Tuduhan ditangkap Khalwat : Penjelasan oleh Dr Bad...
- Pemimpin PKR ditangkap khalwat.. Ustaz Badrol Amin...
- Scandal NFC : Perjanjian pinjaman menunjukkan NFC ...
- RM1.8 Billion bailout MAS bukan satu kerugian pali...
- Memo Pemuda UMNO kepada DSAI dibakar?.. sepatutnya...
- Anak Megat Junid ketuai demo depan Ibu Pejabat PKR...
- DAP turut kesal dengan pembakaran Al-Quran di Afgh...
- Ini dia jawapan Pencacai UMNO tentang insiden kere...
- Dr. Mahathir akui balas surat PM Israel.. Balas? d...
- Bila pula Sultan jadi bayangan Allah?
- APA?? Putera UMNO ini terlibat menyerang kereta An...
- Aznil bakal dilantik sebagai Senator?
- Scandal NFC: Kondominium telah dibeli tanpa kelulu...
- Buku yang ditulis Mahathir, tak ada satu pun yang ...
- Lim Guan Eng vs Chua Soi Lek debate Video with BM ...
- Jessie Ooi @ Ms Tow Truck diberi hingga jumaat unt...
- Hubungan Malaysia-Israel: Khairy marah hingga tak ...
- Jurusolek dicabul pemimpin MCA.. Polis kata dah ta...
- Perjuangan bangsa boleh menjadi ‘asabiyah’ yang di...
- Mahathir pula akui Malaysia benarkan Kapal Israel ...
- Khairy sahkan Malaysia berdagang dengan Israel
- Westports sahkan Kapal Israel singgah di Pelabuhan...
- Logo JATI macam logo setan?.. sejak bila pula seta...
- Kenyataan TG Nik Aziz selepas ditemui Anwar.. 'PAS...
- BN Boleh Menang Besar PRU13 ini - racau Pak Lah se...
- Bukti Bayan Mutiara dianugerahkan melalui tender t...
- TG Nik Aziz terima penjelasan Anwar..
- Chua serang peribadi, The Star bohong - Guan Eng
- Hubungan Malaysia Israel: Apa kata Mahfuz Omar (Vi...
- Warga Israel dibenarkan memasuki Malaysia dengan t...
- Bekas imam desak Najib batal hubungan dagang Malay...
- Video : Adakah Anwar yang membenarkan Kapal Israel...
- Debat Anwar-Najib tak perlu kerana boleh undang “...
- Anwar pecahkan sendiri cermin keretanya?
- Di mana pemimpin kami disaat kami amat memerlukan?...
- Banyak Lagi Nama Yang Terbabit dalam Scandal PKFZ ...
- PhD melayakkan Rosmah digelar "Srikandi Negara" - ...
- Ladang Fidlot di Manjung ni keluarga Sharizat puny...
- 'Buku Jingga' palsu diedar pula oleh UMNO?
- Chua Soi Lek puji kehebatan Guan Eng.. tentu penca...
- Selepas Guan Eng vs Soi Lek.. 1Malaysia ingin saks...
- Pemaju sahkan tanah Bayan Mutiara diperolehi melal...
- PAS Permatang Pauh gesa PAS keluar Pakatan?.. TV3 ...
- Ibrahim Ali bertanding di Permatang Pauh?
- Utusan Kantoi lagi!! Mayat Firaun dikatakan Mayat ...
- Datuk MCA turut terima RM500 Bantuan Rakyat 1Malay...
- Adakah Anwar Ibrahim juga yang membenarkan Kapal I...
- Curtin gantung komen tentang PhD Rosmah dari Wall ...
- Berita yang tidak disiarkan oleh Utusan dan TV3..
- Talam dua muka tiada kredibiliti, Mashitah kata ka...
- Rosmah dianugerah Anugerah Wanita Peneraju Kebajik...
- Kerana anugerah PhD buat Rosmah, Wall Facebook Cur...
- Scandal NFC: Muhyiddin minta Najib bersabar?
- Curtin Universiti mohon maaf salah anggap Rosmah s...
- Papagomo disaman Husam Musa pula kerana Fitnah lag...
- Dakwaan Rebet 30%, SPRM Mulakan Siasatan walaupun ...
- Harussani buat 'U' Turn - Najib tidak menggadai ak...
- Kalau dah gambar macam ni.. Anwar Ibrahim jawab se...
- MCA pula desak Shahrizat : Jangan Sampai Kena Paks...
- Hasan Ali ramal JATI akan bawa 'tsunami kecil'.. h...
- Cows and condos scandal (Scandal NFC) Kini melangk...
- Sayangilah UMNO, Letaklah jawatan pesan Mahathir b...
- Khairi Jamaluddin pun nak bercakap soal rasuah? Al...
- Hubungan Malaysia-Israel : Najib "talam dua muka" ...
- Raja Nazrin sindir siapa ni?
- Dr.Mahathir dah nyanyuk - Saifuddin
- NFCorp langgar syarat pinjaman atau dalam lain aya...
- Kerajaan tak sokong sentimen Barat terhadap Iran?....
- Inikah sebabnya Rosmah Mansor diberikan Phd oleh C...
- Polis serbu rumah dan rampas komputer Ketua AMK Re...
- Rosmah kata ada orang kecewa dan cemburu pasal dia...
- Scandal NFC: Mahfuz turut menyalahkan Muhyiddin.
- Jamil Khir mohon RM 1Juta, Jamil Khir lulus RM4 Ju...
- Ahmad Maslan yang bodoh 'bakul sampahkan' Buku Jin...
- Scandal NFC: Muhyidin dalang sebenar dibelakang NF...
- Gambar yang membuktikan hanya Pencacai UMNO percay...
- Scandal NFC: Nazri pula menasihati Shahrizat..
- PANAS!! Demo bantah JKKK UMNO Rampas tanah Sekolah...
- Isu Pasir: Shuhaimi Timbang Saman Raja Petra
- UMNO/BN tidak akan menang jika bergantung kepada p...
- Samseng UMNO mengganas lagi!!
- BBC Minta Maaf dan Mengaku dibayar RM85 Juta untuk...
- Bekas SU Akhbar Menteri di JPM akui Islam lebih te...
- Daim mahu Raja Nong Chik ganti Sharizat di Lembah ...
- Isa Samad seleweng RM353,000 duit rumah terbuka ai...
- Osambie: The Axis of Evil Dead.. Filem yang Biadab...
- Isu Pasir: Operasi KSSB Dipantau Transparency Inte...
- Sharizat tidak perlu letak jawatan kata Ahmad Masl...
- Apa dah jadi dengan UMNO?.. Kadir Sheikh Fadzir de...
- Isu Pasir: Jawapan dari dua YB PKR.. (Video Inside...
- Najib 'gadai akidah' sambil hina penganut Hindu..
- Najib ‘Gadai Akidah’ demi undi masyarakat India..
- Scandal NFC: Pinjaman tidak boleh diguna untuk bel...
- Isu pasir: SPRM sudahpun siasat pada tahun 2010.
- Scandal NFC: Perjanjian pinjaman tak larang pelabu...
- Timbalan Presiden Gerakan pula mahu Sharizat berun...
- Scandal Pasir Selangor: Double Dignity tidak wujud...
- Buktikan jika semua tuduhan PKR itu fitnah - Ketua...
- Kerana Fitnah. Umno Online, Papagomo dan Pisau.net...
- Demi Israel, Malaysia hentikan eksport Minyak Sawi...
- NFC dakwa jadi mangsa PKR?.. bodohnya alasan..
- Israel Funding Corp. pengedar Minyak Sawit Malaysi...
- Malaysia pembekal Minyak Masak kepada Israel.
- Sharizat telah keluar dari Ibu Pejabat SPRM dengan...
- Kenapa perbelanjaan RM800,000 tidak dilapor MAIWP?...
- Reserve Tunai Proton susut sebanyak RM3.4Billion.....
- Wang EPF bukan milik UMNO/BN..
- PANAS!! Dua lagi Kondominium milik keluarga Shariz...
- Tranformasi Jambul Sharizat (Gambar).. selingan se...
- Zamil Ibrahim dan Tan Tee Beng dipecat dari KITA.
- Parlimen bersidang 12 Mac 2012.. jadi tak bubarlah...
- Stadium yang runtuh belum dibaiki, BN tawar litar ...
- Shahrizat kata sudah dapat Hidayah.. tapi ni gamba...
- Ahli PKR ditangkap di Indonesia?.. Ada cerita dise...
- Hassan Ali jual kismis jampi?
- Shahrizat! Jangan jadikan Wanita Umno perisai isu ...
- Siapa dah bagi kat Shahrizat baju Wanita Keadilan ...
- Semalam Shahrizat bidas Rafidah.. hari ini dia kat...
- Utusan kata TG Nik Aziz tak sedar diri?
- Tahniah buat penyokong UMNO/BN Johor!! ini berita ...
- PRU-13 mungkin separuh kedua 2012 untuk pastikan B...
- Kenapa Polis takut bertindak terhadap Keluarga Sha...
- Rosmah hanya mangsa keadaan - Najib
- Scandal NFC: Scandal NFC: Jangan jadi alat pembang...
- Khir Toyo kata Najib dan Muhyiddin akan gagal ramp...
- Video: Shahrizat jawab serangan Rafidah Aziz..
- Video: Khairy Jamaluddin Vs Rafizi Ramli Debate [F...
- Timb. Ketua CID nasihat Guan Eng buat laporan terh...
- Parlimen akan dibubar minggu depan?.. Ini jawapan ...
- Saya Tak Akan UNDUR!! kata Sharizat
- Ang Pow Putih: Najib sudah meludah ke langit.. BN ...
- Demo lagi di Pulau Pinang!! Kali ni bantah Anwar s...
- Contoh Manusia Gila Kuasa..
- Sekali lagi UMNO Bahagian Cheras desak Shahrizat l...
- PANAS!! Rafidah Aziz mahu Shahrizat Letak Jawatan ...
- Gaji hanya RM510 sebulan?.. nak mentekedarah apa A...
- Zamil Ibrahim sakit hati Zaid Ibrahim bubar KITA.....
- Najib kata laporan 'Rosmah belanja sakan' cerita r...
- E-mail 'Belanja Sakan' Rosmah pula didedah..
- 74 maut, lebih 1,000 peminat bola Mesir rusuh (Vid...
- Cina pura-pura sokong PAS kata Ng Yen Yen
- Isu KUIN: Penjelasan dari Menteri Besar Kedah Datu...
- Rumah kedai hangus terbakar, Kitab Tafsir Al-Quran...
- Video: Debat Rafizi vs Khairy di London.. SAKSIKAN...
- UMNO Penang!! RM1.1Juta untuk 22 Keluarga Miskin d...
- The Australian Jewish News pernah lapor Tun Mahath...
- Hassan Ali 'Budak suruhan UMNO' kata Khalid Samad
-
▼
February
(174)

