Tuesday, February 28, 2012

ADUN Lepar kata Asrullah Affendi cuba menyelamatkan Nurul Izzah.. bukannya nak tumbuk dia..



Kurang pasti pulak aku, samada ADUN UMNO Lepar ni buat lawak atau apa.. pasal dia kata PA dia si Asrullah Affendi (gambar atas) cuba melindungi Nurul Izzah..


Wahhhh... beruntungnya Nurul Izzah, pencacai UMNO pun nak lindungi dia, tapi kalau perlindungan tu kena kat mata jadi macam DS Anwar Ibrahim dululah..

Umno dakwa Nurul bukan diserang, tapi dilindungi

ADUN Umno bagi kerusi Lepar Mohd Shohaimi Jusoh hari ini mendakwa bahawa lelaki yang dituduh cuba menyerang Nurul Izzah Anwar sebenarnya cuba "melindungi" naib presiden PKR itu.

NONEKatanya, pembantu beliau Asrullah Effendi Abdullah cuba merampas mikrofon dari Nurul Izzah bagi menghalang ahli parlimen PKR itu daripada terus berucap atas alasan penduduk tempatan yang membantah acara itu semakin tidak dapat dikawal.

"Saya difahamkan beliau mengetuai kumpulan belia yang tidak bersetuju dengan kehadiran pemimpin PKR itu tetapi keadaan keadaan menjadi tegang sehingga tidak terkawal, jadi beliau naik ke pentas untuk melindungi Nurul Izzah.

"Beliau mahu menyelamatkannya sebelum kumpulan belia itu menyerbu ke pentas. Jadi beliau merampas mikrofon supaya Nurul Izzah berhenti daripada bercakap. Beliau takut kerana akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Mohd Shohaimi ketika dihubungi.

Nurul Izzah, semalam membuat laporan polis, mendakwa bahawa seorang lelaki daripada kumpulan samseng Umno cuba untuk mengganggu acara PKR di Felda Lepar Hilir I di Gambang Pahang, dan juga cuba menyerang beliau.

NONEBagaimanapun menurut ADUN Seri Setia yang juga Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang hadir pada malam kejadian itu menafikan bahawa Asrullah cuba mengambil mikrofon dari Nurul Izzah.

"Beliau cuba untuk memukulnya atau merentap tudungnya. Tidak pasti beliau mahu merampas mikrofon," katanya dalam mesej pesanan ringkas kepada Malaysiakini hari ini.

Asrullah tidak memberi membalas sebarang cubaan Malaysiakini untuk menghubunginya bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan serangan berkenaan.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails