Sunday, January 29, 2012

Video Seks Baru : Dimana Anwar pada 12 dan 13 Jan?.. Dia ada kat sini laa...


Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu, Utusan Malaysia yang juga Lidah Rasmi UMNO jumaat lalu salah seorang anggota Trio ‘Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.


‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami,” katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Mungkin kerana terlalu terdesak untuk memalukan DS Anwar Ibrahim, Video Seks Terbaru yang kononnya bakal didedahkan oleh Trio ‘Datuk T’ berlaku kesilapan lagi..

Shuib Lazim, berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Dan seperti biasa dan bagai dijangka penyiar rasmi Video Lucah keluaran ‘Datuk T’ itu iaitu Papagomo kemudiannya menyambung pendedahan mereka itu dengan menyiarkan satu artikel dengan tajuk Video Siam Doll Ni Ke Yang Dato Shuib Cakap?

Dalam artkel itu disiarkannya introduction video yang kononnya “lebih dahsyat” dari video yang telah disiarkannya dulu dimana ada pihak yang mendakwa dalam video ini lelaki yang di tuduh sebagai Anwar itu bersama dengan dua orang mak nyah dari Thailand.



Jadi.. apa sebenarnya yang tak kena pada Video terbitan 'Datuk T' kali ini?


Menurut rakaman video terbitan 'Datuk T',Anwar dikatakan tiba di Bangkok pada jam 4.20 Petang pada 12 Januari 2011..

Rakaman CCTV atau Hidden Cam telah merakamkan kelibat seorang lelaki yang dituduh sebagai Anwar Ibrahim berada dalam sebuah bilik hotel pada 13 Jan. 2011, perhatikan masa pada printscreen di bawah..


Dari time stamp yang terpapar pada video tersebut, lelaki yang dituduh sebagai Anwar itu telah berkurung di dalam bilik hotel tersebut telah berada dalam bilik tersebut hingga ke jam 8:30



Itu fitnah mereka.. dimanakah sebenarnya Anwar berada pada tarikh 13 Jan. 2011 itu..

Laporan dari Harakahdaily bertarikh 13 Jan 2011 (lihat printscreen di bawah), melaporkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mempengerusikan mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS.

Menurut wartawan yang melaporkan berita itu Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS dekat sini.. dekat sini maknanya Kuala Lumpurlah.. takkan Bangkok kot..





Apa silap lagi ni??

Cadangan aku buat 'Datuk T' atau penyiar rasmi Video Seks keluarannya itu.. korang remove atau tukar date tu dulu sebelum edarkan..

Lagi satu.. kalau boleh lain kali keluarkanlah video color pulak, kalau boleh HDMI.. contohnya maca di bawah ni..



Lagi video sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails