Thursday, January 26, 2012

Utusan menipu lagi..


Apa nak jadi dengan Lidah Rasmi UMNO ini?? biarpun pernah diperintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membayar denda RM200,000 kepada Guan Eng kerana menyebar fitnah kononnya Kerajaan DAP Anti-Melayu..


Kalau tak pernah baca laporan tu sila baca di SINI.

Kemudiannya disaman pula oleh DS Anwar Ibrahim sebanyak RM150Juta juga kerana fitnah (baca di SINI)

Mereka masih memutarbelitkan berita hanya untuk memperbodohkan pembaca mereka yang sememangnya kelihatan mula bodoh kerana diperbodohkan Utusan.

Kali ini Kenyataan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras)pula menjadi mangsa..

Laporan Utusan tidak benar dan tersasar - Teras

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menafikan laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia 25 Januri lepas dan menyifatkan ianya sebagai tidak benar dan tersasar.

Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataannya hari ini berkata, "Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali."

Teras merujuk laporan akhbar dalam Utusan Malaysia bertarikh 25 Januari 2012 yang bertajuk 'Bersih 3 berniat kelirukan rakyat'.

"Laporan itu yang kononnya memetik kenyataan saya adalah tidak benar dan tersasar sepertimana yang saya nyatakan.

"Kenyataan itu sangat menyimpang daripada kenyataan asal saya dan ianya sungguh dikesali," kata Azmi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Azmi menjelaskan, dalam kenyataannya kepada utusan Malaysia, beliau berkata pihak Bersih 3 berhak untuk memilih saluran samada melalui perundingan dengan pihak yang berkaitan atau melalui demontrasi aman yang di benarkan oleh undang-undang untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

"Saya juga menyatakan bahawa adalah tidak salah salah bagi mana-mana pihak samada pihak kerajaan atau pembangkang untuk melakukan sesuatu tindakan dalam menghasilkan momentum berterusan untuk memenangi hati rakyat bagi memghadapi pilihhanraya umum ke 13 ini," katanya.

Bagi beliau, tindakan menghasilkan momentum sokongan rakyat adalah lumrah dalam demokrasi di mana-mana negara.

"Saya menegaskan bahawa sesuatu perhimpunan awam yang aman dan mengikut saluran undang-undang adalah sesuatu yang sah dan pihak kerajaan tidak boleh menghalangnya kerana ianya adalah hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan negara serta tidak bertentangan dengan syariat Islam," katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa perhimpunan aman yang bertujuan baik untuk menuntut sesuatu hak oleh rakyat akan diterima oleh rakyat Malaysia sebagai suatu proses pembinaan negara yang akan menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbirannya yang lebih adil, saksama dan bebas dari pengelewengan serta rasuah yang sangat dibenci oleh rakyat.

Berbeza dengan laporan akhbar Umno itu, Azmi berkata, tindakan sebegini tidak 'mengelirukan rakyat' bahkan akan mematangkan lagi mana-mana kerajaan dan rakyat untuk terus membangunkan negara ini dengan penuh amanah dan tidak mengkhianatinya dengan amalan politik yang korup dan zalim kepada rakyat - Harakahdaily

Dibawah ialah apa yang Utusan laporkan..

Bersih 3 berniat kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) buat kali ketiga tidak relevan kepada kepentingan rakyat dan hanya akan menimbulkan keadaan huru-hara kepada negara.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak melayan kerenah Pengerusi perhimpunan, Datuk S. Ambiga kerana individu itu hanya mahu menimbulkan kekeliruan kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan.

"Saya bimbang sekiranya perhimpunan Bersih diadakan lagi, ia akan bertembung pula dengan pihak yang anti-Bersih kerana kita nampak begitu banyak laporan polis dikemukakan terhadap demonstrasi itu sebelum ini.

"Apa pun, saya yakin penganjur Bersih hanya mahu mencari momentum politik dan saya tidak akan terkejut sekiranya mereka terlibat dalam perhimpunan ini akan menjadi calon pilihan raya di atas tiket parti pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mempersoalkan hasrat Bersih untuk sekali lagi turun ke jalanan, sedangkan banyak tuntutan pihak tersebut dipersetujui untuk dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang.

Ambiga sebelum ini tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi turun ke jalanan sekiranya cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, penganjur Bersih sewajarnya menggunakan saluran yang ada dan tidak sewenang-wenangnya membuat demonstrasi sehingga menganggu kehidupan masyarakat seharian.

"Dengan pilihan raya yang semakin dekat, mereka berharap untuk membuat tekanan lagi dan menggunakan sepenuhnya ruang demokrasi agar tuntutan mereka dilayan.

"Memang semua pihak hendak mendapatkan momentum politik tetapi mereka sepatutnya menggunakan kaedah yang wajar dan bukannya menimbulkan kekacauan dan kesusahan kepada rakyat," katanya.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails