Tuesday, January 24, 2012

Tabiat Boros Rosmah disiarkan di Brunei pula..

Di bawah tajuk, "Rosmah's 'Shopping Spree' Hits Aussie Paper", portal berita nombor satu Brunei itu turut menyiarkan laporan yang mendedahkan betapa jijiknya perangai isteri boros seorang Perdana Menteri yang sering menyuruh rakyatnya berjimat cermat.



Sementara itu, Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery, yang menulis artikel itu mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya beberapa jam yang lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.


Ingatlah Rosmah,tak semua penulis kamu boleh suap dengan wang ringgit untuk menggadaikan prinsip penulisan mereka lalu meminta maaf kepada kamu sambil mengaku memfitnah.

Ada penulis yang boleh dibayar untuk meminta maaf kepada kamu, tapi kali ini kamu bertemu buku dengan ruas. Penulis ini tak pandang duit, malah kamu dicabar agar menyamannya untuk membuktikan kebenaran kamu.


Sumber : Milo Suam

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails