Sunday, January 8, 2012

Semalam di An-Nahdoh In.. Ribuan mendoakan kesejahteraan Anwar..(Video)

Semalam sewaktu berada di pelancaran LANG-GAR 901 seorang lelaki telah mendekati aku lalu dia bertanya "Pasai apa tak ada gambar Solat Hajat di An-Nahdoh In?".. dengan jujur aku menjawab "Saya tak pergi kat situ Pak Cik, pasai tertidur semula.." jadi sebagai memenuhi hajat Pak Cik tersebut... aku cari dan siarkan di sini..



Bertempat di Yayasan An-Nahdoh, Permatang Pauh, Pulau Pinang, pagi tadi, telah diadakan solat hajat khusus mendoakan kesejahteraan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang dihadiri ribuan jemaah yang datang memenuhi perkarangan kompleks tersebut.

Seawal jam 7 pagi lagi, kesemua jemaah yang bersolat hajat datang bertali arus memenuhi setiap ruang hingga kesesakan hampir mencecah satu kilometer.

Yayasan tersebut yang terletak di kawasan parlimen Anwar juga menempatkan pelajar tahfiz yang dididik sejak kecil yang sedia dalam keadaan apa saja yang berlaku dan redha ke atas pemimpin kawasan mereka.

Anwar yang berucap ringkas menyatakan rasa terima kasihnya kerana kesudian jemaah awal pagi lagi bersama-sama menunaikan solat hajat yang mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga dari fitnah yang melanda dirinya.



Hadirin yang memenuhi ruang solat juga menyatakan syukur ke hadrat Allah SWT kerana program tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Saksikan video klip yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua.

Semoga kita terus berdoa agar kebenaran dapat ditegakkan dan kebatilan dihancurkan, amin....



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails