Monday, January 30, 2012

Scandal Fidlot : Shamsulbahrin diarah rasuah polis oleh NFC?


Nampaknya Ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang hendak dijadikan sebagai 'Kambing Hitam' dalam skandal NFC ini tidak rela dirinya dikorbankan.. oleh itu beliau mula mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku..


Dalam laporan polis yang dibuatnya beliau mendakwa telah diarah seorang pegawai NFC untuk merasuah pihak polis bagi menutup siasatan terhadap skandal pusat penternakan lembu tersebut.

Alangkah baiknya jika kedua-dua yang disabitkan kesalahan kerana tuduhan membunuh Altantuya juga menerangkan apakah motifnya Altantuya dibunuh oleh mereka kerana hingga ke hari ini kita masih tidak tahu pakah motifnya Altantuya dibunuh..


PKR dakwa NFC arah Shamsulbahrin rasuah polis

PETALING JAYA, 30 Jan — PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berikutan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) dengan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, mendakwa ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail telah diarah seorang pegawai NFC untuk merasuah pihak polis bagi menutup siasatan terhadap skandal pusat penternakan lembu tersebut.

Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini berkata, pihaknya difahamkan bukti tersebut dikirim melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) oleh pegawai tersebut kepada Shamsulbahrin.

"Shamsulbahrin telah membuat satu laporan polis bahawa terdapatnya arahan supaya merasuah pihak polis untuk menutup siasatan terhadap NFC.

Menurut Zuraida, berdasarkan laporan polis yang dibuat Shamsulbahrin pada 27 Januari lalu, ahli perniagaan tersebut mengakui telah menerima tekanan melalui telefon oleh pegawai NFC supaya merasuah pihak polis untuk menutup kes skandal NFC.

Selain itu, pelantikan tersebut jelas Shamsulbahrin bertujuan untuk menjadikannya "kambing hitam" isu skandal NFC.

"Antara perkara yang dipersetujui antara Shamsulbahrin dan (pegawai NFC) adalah memperkemaskan penyata akaun dan kewangan NFC, agar tidak berlaku syak semasa siasatan forensik perakaunan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan pihak polis.

"Shamsulbahrin dibayar RM2.2 juta untuk tujuan itu dan direkodkan sebagai "bayaran kepada perunding dan penasihat media dan komunikasi korporat" dalam rekod akaun NFC.

Berdasarkan perjanjian tersebut jelas Zuraida, antara perkara yang dipersetujui dan diatur adalah pesanan 200 ekor lembu dara dari Afrika, Datuk Salleh dipertemukan dengan pegawai tertinggi Bukit Aman bagi memudahkan siasatan dan "menguruskan" pegawai polis dan SPRM.

"Apabila akaun dan aset NFC dibekukan, Salleh telah menuduh Shamsulbahrin cuba menipu dan kemudian memerangkapnya, disusuli satu siasatan dan pembekuan ke atas akaun syarikat dan isterinya," tambahnya.

"Shamsulbahrin juga menjelaskan, siasatan yang dijalankan ke atasnya berunsurkan politik yang mana, beliau merasakan dirinya telah dianiaya oleh pihak berkuasa bagi menutup skandal NFC," tambah Zuraida, dan menegaskan, walaupun maklumat tersebut sudah berada dalam tangan pihak berkuasa, namun, sehingga kini, tiada tindakan susulan diambil.

Sehubungan itu, Zuraida menegaskan, SMS yang diterima Shamsulbahrin itu menjadi bukti kukuh terdapatnya cubaan merasuah pihak polis oleh Salleh bagi menutup siasatan terhadap NFC.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails