Monday, January 16, 2012

Scandal Fidlot : Noh Omar serah kepada Muhyiddin untuk menjawab..


Ketika mengumumkan pembekuan aset NFC, Najib berkata, beliau telah meminta Muhyidin dan Noh Omar untuk mencari jalan menyelesaikan isu ini.


Bagaimanapun hari ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar telah mengalihkan keseluruhan isu ini untuk dijawab oleh Muhyiddin.

Ini adalah kerana Projek dan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC
ini telah diluluskan oleh Muhyiddin Yassin ketika beliau menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani masa itu..

Noh Omar serahkan kepada Muhyiddin untuk jawab isu NFC

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Berdepan dengan kesan kontroversi isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Noh Omar hari ini meletakkan segala tanggungjawab itu kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini menjawab sedemikian apabila ditanya pemberita mengapa operasi NFC tidak dihentikan dan menjawab persoalan itu perlu ditanyakan kepada Muhyiddin.

Beliau juga ditanya mengenai tindakan yang akan diambil terhadap NFC, yang dijalankan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

“Tiada masalah, yang ini, anda tanya TPM,” katanya sebanyak dua kali semasa sidang media di sini sebelum meminta untuk pergi.

Noh sebelum itu memberikan sidang media selama 20 minit mengenai panduan baru kerajaan Malaysia untuk mengawal industri sarang burung.

Pembantunya bagaimanapun mengesahkan bahawa Noh akan menemui Muhyiddin mengenai isu NFC petang ini.

Semasa mengumumkan pembekuan aset-aset NFC pada Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah mengarahkan Muhyiddin dan Noh untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Tetapi disebalik pembekuan aset, Pengarah Eksekutif NFC Wan Shahinur Izmir Salleh berkata “operasi perniagaan syarikat berjalan seperti biasa.”

Bekalan daging lembu akan terus dibekalkan kepada semua pelanggan. Tiada sebarang gangguan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pemimpin pembangkang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan terbaru kerajaan itu sebaliknya berharap tindakan tegas diambil ke atas Shahrizat dan keluarganya.

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang hari ini menegaskan, tindakan kerajaan membekukan aset NFC adalah satu tindakan sia-sia kecuali jika gaji bulanan keluarga Shahrizat dipotong kepada dua pertiga daripada RM215,000 kepada RM71,000.

PAS juga meminta agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kontroversi projek bernilai RM250 juta yang diserahkan kepada keluarga Shahrizat serta membekukan semua aset pengarah syarikat.

Shahrizat memohon cuti tiga minggu ekoran tuduhan yang dilemparkan terhadap diri dan keluarganya itu.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails