Thursday, January 12, 2012

Polis turut pertikai laporan Utusan


KUALA LUMPUR, 12 Jan — Tiga bom yang meletup dan mencederakan lima orang Isnin lepas semasa perhimpunan 901 pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepakaran tentang bahan letupan, demikian menurut ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh hari ini.


Salleh memberitahu pemberita, polis membuat kesimpulan berkenaan berdasarkan penemuan alatan seperti jam penggera, sembilan bateri, dan paip PVC di lokasi kejadian.

"Kami percaya bom berkenaan diletakkan dan diletupkan untuk menimbulkan huru-hara dan panik dengan kehadiran orang ramai di sana," katanya dipetik The Star.

Mohamad sebelum itu berkata, "Bahan letupan tersebut adalah buatan sendiri dengan penetap masa, bebola, dan bateri, serta wayar yang ditemui di kawasan letupan."

Bahan letupan berkenaan dipercayai diletakkan di bawah kon trafik di luar bangunan mahkamah.

Letupan berkenaan telah mencederakan lima lelaki di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu sebaik sahaja Anwar Ibrahim dibebaskan mahkamah atas tuduhan meliwat pembantunya.

Letupan pertama berlaku sejurus Anwar keluar dari perkarangan mahkamah, dan beberapa minit kemudian disusuli letupan kedua berhampiran pencawang elektrik, kira-kira 50 meter dari pintu masuk kompleks mahkamah berkenaan.

letupan terakhir berlaku di pusat penjaja tidak jauh dari lokasi pertama dan kedua.

Pihak polis turut menggunakan khidmat anjing pengesan untuk mencari bahan letupan, namun tidak menjumpai bahan letupan lain.

Dia juga mempertikaikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan bahan letupan berkenaan dibawa oleh salah seorang penunjuk perasaan dan menganggapnya "anggapan kecil media".

"Saya menggesa orang ramai agar tidak menimbulkan kekecohan dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya menambah.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails