Sunday, January 1, 2012

Demo UPSI: Polis dakwa Mahasiswa cederakan diri sendiri.


Polis Perak menafikan anggotanya terlibat dalam pergelutan dengan mahasiswa dalam perhimpunan kumpulan itu di depan pintu masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.


Ketua Polis Perak datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tindakan mahasiswa yang enggan bersurai sehingga memaksa polis mengambil tindakan mungkin menunjukkan seolah-olah terdapat pergelutan, lapor The Star.

Menjelaskan keadaan malam tadi, katanya, kumpulan mahasiswa sebaliknya melanggar pintuk kaca di klinik berdekatan dan menyebabkan kecederaan.

Beliau mengesahkan seramai 17 ditahan dan seorang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanjung Malim.

Insiden malam tadi dikritik hebat pelbagai pihak, termasuk kumpulan mahasiswa, pembangkang dan NGO yang mendakwa polis menggunakan kekerasan melampau dalam menyuraikan peserta.

Kira-kira 60 orang pelajar terlibat dalam perhimpunan menuntut kebebasan akademik malam tadi dan mahasiswa kontroversi yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak -- Adam Adli Abdul Halim -- antara yang ditahan.

Menurut polis Perak juga, antara yang ditahan, hanya dua daripada UPSI dan selebihnya daripada universiti sekitar Lembah Klang.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails