Saturday, January 14, 2012

Pembebasan Anwar menjadi nadi kekuatan untuk polisi Pakatan


ALOR SETAR, 14 Jan — Pakatan Rakyat (PR) memperoleh publisiti yang meluas ekoran pembebasan Anwar Ibrahim Isnin lalu dan menyasarkan untuk menjadi kunci kemenangan kumpulan pengundi ketika Konvensyen Nasional di sini hari ini.


Perikatan yang menguasai empat negeri ketika pilihan raya 2008 berkumpul di sini untuk persiapan terakhir mereka menjelang pilihan raya yang dijangka tahun ini.

“Kita mesti cepat mengambil kesempatan di atas momentum tersebut (yang diterima daripada pembebasan) dan membina kepercayaan terhadap parti,” demikian menurut Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider.

“Kami berharap akan mendapat peluang dalam media arus perdana dan media baru,” katanya.

Pakatan pembangkang berkenaan memfokus kepada empat perkara pokok iaitu, perkhidmatan awam, Felda, monopoli dan ekonomi termasuk hubungan antara kerajaan pusat dan negeri -pada konvensyen ketiga mereka di sini esok.

Difahamkan PR berharap untuk menarik pengundi Melayu, kakitangan awam, golongan pekerja, dan Malaysia Timur, blok pengundi besar untuk menguasai Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata, isu berkenaan telah di bawa oleh manifesto Buku Jingga sebelum ini, dan PR menggunakan konvensyen berkenaan untuk penjelasan lebih lanjut terhadap sesetengah polisi.

“Kami akan mengenal pasti lebih lanjut mekanisme untuk melaksanakan polisi berkenaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Konvensyen pertama, kami membentangkan prinsip utama. Konvensyen yang kedua, kami melihat pelan perancangan, dan kami akan menyelak semula pada konvensyen ketiga ini.”

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan, PKR berharap agar pengisian polisi ini dapat meyakinkan pengundi bahawa “Pakatan serius untuk membentuk kerajaan.”

Dzulkefly menambah, adalah menjadi satu keutamaan untuk memperkemaskan empat polisi terbabit supaya masyarakat sedar dan tidak diselubungi “kesalahfahaman dan tersalah anggap.”

“Kami tidak menguasai media arus perdana, jadi sekiranya kami tidak membangkitkan perkara ini, rakyat tidak akan dapat pemahaman yang lanjut,” tambahnya.

Ahli Parlimen Kuala Lumpur turut mengutarakan cadangan agar wakil bukan politik dibenarkan untuk berucap dalam konvensyen tersebut.

Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong hari ini berkata perkara ini adalah demi menunjukkan keoada pengundi bahawa PKR bukan sekadar mensasarkan menawan Putrajaya, malah turut berusaha untuk memuaskan aspirasi rakyat.

“Ini bukan sekadar perkara berkaitan parti sahaja, tetapi pendemokrasian dan institusi nasional yang lebih baik,” desaknya.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails