Monday, January 9, 2012

Kecewa Anwar dibebaskan, Kereta Elizabeth Wong dibom?


Satu kejadian yang tidak diingini berlaku di perkarangan mahkamah apabila dua letupan berlaku yang dipercayai bom dan serpihan terkena kereta Exco Selangor Elizebeth Wong dan sebuah kereta kembara dibom.



Kereta Elizabeth hanya rosak di bahagian bumper bawah dan serpihannya mercik sejauh beberapa meter, demikian menurut saksi mata.


Katanya bom itu diletak di bawah kon manakala kereta berkenaan diparking di luar perkarangan mahkamah.


Kejadian ini menandakan bahawa dalam himpunan itu ada anasir jahat yang cuba mengeruhkan suasana. Polis perlu menyiasat ke akar umbi dan mengejar anasir jahat ini hingga ke lubang cacing.

Kejadian ini mustahil dilakukan oleh penyokong Anwar apa lagi penyokong Hasan Akidah. Kejadian itu menyebabkan orang boleh mengagak ia ada kaitan dengan kumpulan pelampau Melayu yang kecewa dengan keputusan hakim membebaskan Anwar sekejap tadi.

Tindakan ala taliban itu juga menunjukkan pihak yang terlibat sudah tidak rasional dan mereka mula menunjukkan tindakan-tindakan agresif yang boleh menghuruharakan negara. Mereka juga ini juga berfikir tidak lagi menggunakan kepala tetapi lebih kepada menggunakan kepala lutut - Laporan oleh MSO




BEKAS letupan bom buatan sendiri yang mencederakan seorang mangsa di persimpangan lampu isyarat di Jln Duta

Laporan dari mStar

Tiga Letupan Mercun Yang Disangka "Bom" Cemaskan Orang Ramai

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dalam lingkungan 40-an cedera dalam satu insiden letupan yang dipercayai mercun di kawasan letak motosikal berhampiran pencawang elektrik TNB behampiran dengan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Isnin sejurus selepas selesainya kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas letupan itu satu lagi bunyi letupan berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi.


Lelaki yang cedera itu dipercayai seorang peniaga minuman di kompleks kerajaan di sini.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di perut dan tangan.

Mercun itu dipercayai diletakkan di bawah kon polis di tepi jalan utama.

Sementara itu, letupan pertama yang berlaku pada pukul 10.15 pagi turut menyebabkan seorang peguam cedera.

Letupan ketiga pula berlaku pada pukul 10.55 pagi tetapi lokasinya tidak dapat dikenalpasti.

Para penyokong dan petugas media diarahkan meninggalkan kawasan berkenaan bagi membolehkan pihak polis menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails