Tuesday, January 31, 2012

Kad Raya khusus buat Ibrahim Ali...


Aku tak tahu siapa sebenarnya yang buat kad raya khusus untuk Ibrahim Ali ni.. pagi-pagi lagi dah ada dalam mail box aku, dihantar oleh seorang sahabat bukan Melayu, beliau meminta aku mengirimkannya kepada Ibrahim Ali.


Malangnya aku tak ada e-mail address Presiden PERKASA tu, jadi aku publish disini..

Inilah padahnya jika kita gagal untuk memahami apa yang boleh menyebabkan kita tidak menghormati adat dan budaya Bangsa lain yang bersama kita tingal dan membangunkan bumi Malaysia ini..

Tindakan Ibrahim Ali yang memberikan ‘Ang Pow’ di dalam sampul yang berwarna putih beberapa hari lalu dianggap sebagai satu penghinaan oleh ramai masyarakat Tionghua ini kerana bagi mereka pemberian sumbangan dalam sampul berwarna putih hanyalah dilakukan dalam majlis pengkebumian atau semasa menziarahi simati.

Mudah cerita.. tindakan Ibrahim Ali ni umpama memakai kasut di dalam rumah kita yang berbangsa Melayu..

Ini kata DS Najib dalam Facebook berbahasa Cina beliau, "Ah Jib Gor", "Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.

"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial."

Itulah.. bila tak tahu, tak mahu bertanya.. Bodoh Sombong katakan..

Sesiapa yang ada e-mail address Ibrahim Ali tolong e-mail kat dia sat Kad Raya ni..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails