Tuesday, January 17, 2012

Jawapan kepada Fitnah Blogger UMNO dari TKM1 Pulau Pinang.


Tajuk yang disiarkan oleh Blog pencacai UMNO yang suatu masa dulu pernah melemparkan fitnah terhadap anak Guan Eng bukanlah merupakan satu soalan tapi lebih kepada satu tuduhan.


Lihat tanda seruan yang terdapat di akhir tajuk.. ‘KANTOI ! Timbalan Ketua Menteri PKR Penang Miliki Rumah Kos Rendah!’.

Aku tulis tu sebab ada pencacai UMNO yang mengatakan blogger tersebut hanya bertanya bukannya menuduh, lihat komen pada printscreen di bawah..


Bodoh rupanya pencacai-pencacai UMNO ni.. aku ingatkan kebanyakkan mereka tak faham Bahasa Inggeris, rupanya Bahasa Malaysia sendiri pun tak faham..

Ini jawapan Timbalan Ketua Menteri I (TKM I), Datuk Mansor Othman mengenai fitnah pencacai UMNO tu..

Mansor beli rumah murah sebelum jadi TKM

GEORGETOWN - Timbalan Ketua Menteri I (TKM I), Datuk Mansor Othman menjelaskan bahawa rumah kos rendah berharga RM25,000 dibeli pada tahun 1980-an dibina oleh pemaju swasta.

Beliau berkata rumah itu dibeli kira-kira 30 tahun lalu ketika menjadi pensyarah Universiti Sains Malaysia iaitu sebelum menjadi TKM1.

“Saya membeli rumah kos rendah itu ketika saya masih menjadi pensyarah di USM iaitu pada 1980-an. Rumah itu bukan projek Kerajaan Negeri tetapi ia milik pemaju swasta.

"Oleh itu, tiada apa yang perlu dipertikaikan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mansor yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang diminta mengulas entri pengendali blog Media Intelek Melayu (MIM), Dr Novandri Hasan kelmarin yang mempertikai bagaimana Mansor boleh memiliki rumah seumpama itu, yang kebiasaannya diperuntukkan kepada penduduk berpendapatan rendah .

Novandri mempertikaikan aet yang dimiliki Mansor dan hairan bagaimana Mansor boleh mempunyai sebuah rumah kos rendah bernilai RM25,000.

Novandri turut mempertikaikan kelayakan Mansor untuk memiliki rumah flat itu yang hanya layak dimiliki oleh golongan miskin dan ia dianggap tidak logik kerana Mansor mampu membeli Toyota Camry berharga RM140,000 dan memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819 - Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails