Tuesday, January 24, 2012

Ibrahim Ali! Kalau dah bodoh.. jangan berlagak pandai..


Sebelum itu.. Ada sumber mengatakan kebelakangan ini iaitu selepas 901,Ibrahim Ali sering mengunjungi rumah DS Anwar Ibrahim, menemui DS Anwar Ibrahim pada lewat malam dan beliau hadir dengan menggunakan kereta yang agak lama dan buruk supaya kehadirannya tidak disedari.. untuk apa agaknya??



Isu NFC: Rafizi terkejut kenyataan Presiden Perkasa

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sambil menyifatkan beliau cuba ‘berlagak pandai’ dalam isu projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Beliau menegaskan, Ibrahim seolah-olah cuba mengugut Ketua Audit Negara dengan memaksa memberin kenyataan rasmi bahawa tidak wujud masalah dalam projek berkenaan.

“Saya terkejut dia (Ibrahim Ali) berani kata Ketua Audit tak buat kerja, buat laporan pun salah. Sedangkan dia tu siapa? Seorang yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang tu.

“Tekanan yang diberikannya adalah satu intimidasi yang serius kepada Ketua Audit, dia tak ada hak nak campur tangan sebab memang terbukti dia tiada kepakaran dan tidak tahu hujung pangkal siasatan. Dia tak ada hak nak tentukan apa yang patut Ketua Audit buat,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Ibrahim berkata, "kami mendesak beliau membuat kenyataan rasmi mengenainya dan berlaku adil kepada semua pihak supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, bukan kerana persepsi politik."

Ibrahim berkata demikian selepas bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Menurut Rafizi, tindakan presiden Perkasa itu perlu diambil perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bimbang boleh mengganggu siasatan ke atas NFCorp.

Beliau berkata, penglibatan Perkasa dalam hal ini menampakkan kepada dimensi baru skandal yang mungkin cuba digunakan NFCorp melalui politik untuk membersihkan nama syarikatnya

“Tindakan ini memburukkan keadaan, sudah empat tahun kebelakangan ini, kedudukan Audit Negara dilihat sangat penting dalam membongkar kes rasuah, melalui siasatan mereka kita sebagai rakyat dapat siasat balik.

Sementara itu, Rafizi turut menempelak dakwaan Ibrahim yang mengatakan beliau membeli maklumat daripada bekas pekerja NFCorp atas tujuan untuk membantu pekerja terbabit untuk membalas dendam.

“Saya nafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia kononnya saya membeli maklumat secara sulit. Apa tujuan dia nak cakap macam itu,” katanya.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails