Thursday, January 26, 2012

Himpunan Sejuta Ummat : Kenapa terdesak sangat ni??


Mungkin kerana menyedari Program anjuran mereka iaitu Himpunan Sejuta Ummat Selamatkan Akidah di Pulau Pinang bakal menurut jejak program yang telah dianjurkan mereka di Shah Alam beberapa ketika lalu iaitu tidak mendapat sambutan.


Surat jemputan yang menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi menjemput pengerusi-pengerusi Qaryah Masjid di Pulau Pinang telah diedarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, YB Hj Abdul Malik Kassim melahirkan kekesalannya terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab itu, dan menurutnya “kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut”.

Samada mereka terdesak untuk menghimpunkan seramai mungkin bagi menjayakan program Himpunan Sejuta Umat atau sengaja mahu menimbulkan rasa curiga pihak lain terhadap Exco Agama Islam Pulau Pinang dari PKR hanya mereka yang tahu.

Kalau dah terdesak sekalipun takkanlah sampai terpaksa menipu pengerusi-pengerusi Qaryah Masjid kot..

Untuk melihat surat palsu yang telah diedarkan oleh mereka ini.. sila klik pada image..


KENYATAAN MEDIA

26 Januari 2012


JEMPUTAN PROGRAM HIMPUNAN SEJUTA UMAT MENGGUNAKAN KEPALA SURAT PALSU PEJABAT EXCO AGAMA ISLAM

Saya begitu kesal dengan tindakan pihak tertentu, memalsukan surat saya dengan menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berhubung Jemputan Menghadiri Program Perhimpunan Himpunan Ummah Selamatkan Akidah yang dijadual pada 28 Januari 2012 di Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas.

Surat bertarikh 19 Januari 2012, yang ditujukan kepada pengerusi Qaryah Masjid Pulau Pinang itu juga menggunakan nombor rujukan palsu, selain hanya memaparkan nombor faks pejabat saya tanpa meletakkan nombor telefon pejabat.

Ingin saya tegaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut, yang saya difahamkan adalah anjuran beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Tindakan memalsukan surat rasmi bagi menjemput orang ramai menghadiri majlis tersebut, bukan sahaja menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak beretikanya pihak berkenaan, bahkan ia mencerminkan hati budi mereka yang sebenarnya.

Lanjutan daripada itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Timur Laut, George Town pada jam 2.12 petang tadi bagi menyiasat perkara ini.

YB ABDUL MALIK KASIM,
EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

26 Januari 2012

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails