Wednesday, January 25, 2012

Alasan dari Shabery Cheek pula untuk mengelak debat Anwar vs Najib diadakan..


Nampaknya untuk menyelamatkan Najib dari dimalukan oleh DS Anwar Ibrahim dipentas debat, berbagai alasan diberikan oleh para pemimpin UMNO untuk mengelak dari debat itu diadakan.


Jika sebelum ini satu alasan bodoh telah diberikan oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dengan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini - sepenuhnya sila baca di SINI

Berikut pula adalah alasan yang juga kelihatan bodoh dari seorang lagi pemimpin UMNO yang suatu masa dulu berbuih-buih mulutnya bila berdebat dengan DS Anwar Ibrahim..

Shabery: Idea debat Anwar-Najib tidak relevan
January 25, 2012

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, idea debat antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak relevan.

Ini kerana, menurut beliau, debat berkenaan sepatutnya bukan sesuatu yang dikehendaki oleh Anwar saja, tetapi juga perlu pertimbangan orang ramai termasuk Najib sendiri.

"Debat mesti dipertimbangkan dua pihak atas isu yang dianggap mempunyai kepentingan umum.

"Misalnya seperti isu video, apakah video yang ditayangkan itu Anwar, memang itu isu peribadi, tapi sebab itu kepentingan umum, jadi perlulah buat. Apa-apa pun perlulah dipertimbangkan sebaiknya," katanya pada Sinar Harian Online selepas Taklimat Program Simulasi Menembak.

Beliau mengulas pandangan Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian agar Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim.

Bagaimanapun, dalam reaksinya Umno berpendapat bahawa cadangan debat terbuka antara Najib dan Anwar bagi membincangkan beberapa isu dianggap tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Ketika dihubungi Sinar Harian semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, budaya debat adalah budaya Barat yang masih belum boleh diterima di negara ini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails