Wednesday, January 18, 2012

Adun Sijangkang ganti Hasan Ali


SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.


Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini pagi ini.


Dalam laporan terdahulu, difahamkan perkara itu telah dimaklumkan kepada Ahmad Yunus semalam.

Ahmad Yunus sebelum ini merupakan Pembantu Exco Belia dan Sukan.

Beliau antara tiga wakil rakyat Pas disebut-sebut akan menggantikan Hasan, yang dipecat oleh parti Islam itu 8 Januari lalu.

Portfolio yang beliau akan sandang belum diketahui lagi.

Hasan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas pilihan raya umum 2008 dan mengetuai Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Dua nama lain ialah Dr Abdul Rani Osman dan Adun Bangi Shafie Abu Bakar.

Dr Rani, Adun Meru, pada 10 Januari lalu berkata, beliau berharap tidak akan dicalonkan menggantikan Hasan kerana khuatir tidak mampu memikul tanggungjawab itu.

Beliau bagaimanapun berkata, semuanya terpulang kepada keputusan pimpinan tertinggi parti dan Pas negeri akan menerima sebarang keputusan.


Sinar Harian Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails