Wednesday, August 31, 2011

UMNO Bukanlah Pejuang Kemerdekaan Sebenar the Video

Sempena menyambut kemerdekaan negara dari Penjajahan British yang ke 54 ini hayatilah Filem Pendek Dokumentasi 10 Tahun Sebelum Merdeka Karya Fahmi Reza..



Mat Indera juga Pejuang Kemerdekaan - Berita Harian.



Mat Sabu dikatakan menghina Pejuang oleh Lidah Rasmi UMNO bilamana beliau menganggap Mat Indera yang telah mengetuai Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Tuesday, August 30, 2011

Rais kata Kajian Merdeka Center tak berasas

Rais berkata peningkatan berganda bilangan orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri pada hari ini berbanding tahun lepas juga jelas menunjukkan keyakinan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara.

Tak lebih dari kenyataan cari makan.. Kalau bilangan yang mengunjung rumah terbuka itu menjadi satu indikator yang menunjukkan Najib diyakini oleh rakyat.. beguslah..

Pak Lah diyakini tidak akan dicalonkan bagi mempertahankan Kerusi Parlimen Kepala Batas.. tapi ramai yang mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkannya siang tadi di Kepala Batas.. termasuk aku..

Monday, August 29, 2011

Pesanan TG Nik Aziz Sempena Syawal 1432 Hijrah


Hujan diramal di Semenanjung pada Aidilfitri

Sebelum itu.. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca.. tak kira walau apapun fahaman politik anda..

KUALA LUMPUR: Negeri di utara dan pantai timur Semenanjung serta ibu kota, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka meraikan Aidilfitri dalam suasana hujan yang diramal turun esok sehingga Rabu.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu Bernama di sini hari ini, hujan berterusan itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir.

Perutusan Aidilfitri Oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng



Dengan penuh ikhlas dan rasa rendah diri, saya mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia. Semoga 1 Syawal 1434 Hijrah demgan harapan baru untuk menjalankan tugas kerja masing-masing dengan penuh bertanggungjawab dan melawan sebarang kemungkaran.

Najib semakin tidak Popular

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjunam ke paras 59 peratus — penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai.

UMNO Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara

Rencana ini ditulis oleh saudara Wan Nordin Wan Yaacob dan disiarkan dalam Harakah daily 06.11.2009. Banyak lagi perihal perbuatan dusta, khianat dan khurafat yang telah dan sedang dilakukan oleh umno telah saya ulas dan titipkan dengan jelas dalam buku "Siapa Pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara"

Adapun parti yang memerintah negeri-negeri seperti Kelantan (PAS- kini), Terengganu (PAS 1999-2004); Perak (Pakatan Rakyat,DAP-PAS-KeADILan sejak Mac 2008-Februari 2009); Selangor Mac 2008-kini), Kedah (Mac 2008-kini) dan Pulau Pinang (Mac 2008-kini), semuanya dianak-tirikan dari menerima bantuan pembangunan oleh kerajaan pusat.

Sunday, August 28, 2011

Video : Ucapan Mat Sabu yang dikata Menghina 'Pejuang Negara'



Diakhir entry ini adalah sedutan dari Rakaman video Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini yang dikatakan menghina Pejuang Negara oleh Lidah Rasmi UMNO.

Puak-puak jahat mana punya kerja ni?



KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.

Ucapan Mat Sabu adalah tepat dan benar.

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Muhyiddin dakwa Mat Sabu khianati bangsa, gesa minta maaf

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.

Alahai Muhyiddin... tak faham sejarah rupanya Pemimpin Melayu dari UMNO ini..

Mat Sabu hina Pejuang Negara?

Artikel ini sama sekali tidak bertujuan memperkecilkan dan jauh sekali menafikan peranan yang dimainkan oleh nama-nama besar yang kerap diulang-ulang di kaca tv dan media-media perdana lain malah jauh sekali untuk menyokong perjuangan Komunis.. Harap Maklum.



Lidah Rasmi UMNO melaporkan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Saturday, August 27, 2011

Jamal sedekah Beras seluruh Perak, Zambry sedekah duit raya kat 100 budak saja?



Tindakan penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam dikatakan oleh seorang pencacai UMNO sebagai satu tindakan yang memalukan Nizar di Perak keran Nizar dikatakan hanya medermakan Kurma sahaja..

PRU-13: DAP Melayu ganti PKR?

PULAU PINANG 26 Ogos - DAP berhasrat menggantikan kerusi-kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dianggap goyah dengan meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd. Noor berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan kerusi-kerusi yang dikuasai pembangkang terus kekal.

Menurutnya, perkara itu sudah dibayangkan kepada pemimpin atasan pembangkang dan terpulang kepada mereka untuk memutuskannya.

"Banyak kerusi di negeri ini dilihat lemah dan boleh hilang pada pilihan raya akan datang.

Kes Liwat : 'Lelaki Y' Mungkin Bukan Anwar

KUALA LUMPUR 26 OGOS: Laporan pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Fong mengesahkan bacaan tinggi pada ujian sperma walaupun selepas 90 jam ianya terdedah.

Walhal menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdoanld yang memberi keterangan untuk hari kedua menyatakan perkara itu adalah mustahil.

Peguam Sankara Nair yang ditemui media ketika Mahkamah Tinggi berehat mempersolkan laporan oleh Seah bersabit jumlah sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan mendakwa diliwat.

Melayu Pecah kerana sikap Bodoh Sombong UMNO/BN.

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff menegaskan perpecahan Melayu yang didakwa semakin parah turut disebabkan tindakan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat.

Selain itu tegas pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan mengetepikan hak orang Melayu sepertimana yang berlaku di Kelantan.

“Saya setuju sangat dengan padangan Harussani tapi saya nak tambah lagi dua iaitu perpecahan Melayu juga berpunca dari sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat... kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah, kerajaan perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar.

Siapa Pemimpin PR Penang yang dah jadi Jutawan itu wahai Ghani?



Menurut Pengerusi Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman pemimpin UMNO mengambil masa lebih dari 50 tahun berkuasa untuk membolehkan mereka memiliki rumah yang mewah.

Tetapi ada Pemimpin Pakatan Rakyat mampu memiliki rumah yang mewah hanya setelah tiga tahun Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pulau Pinang.

UMNO ada penyakit dalaman (dah nak mampos!)

Kisah dalaman UMNO yang menarik untuk dibaca oleh semua terutamanya Pencacai UMNO.. fahamkan ayat yang dimerahkan..

Jika kita timbang-timbang saudara harus percaya bahawa Najib Razak merupakan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional yang paling banyak masalah yang kian hari kian bertambah tanpa sedikit pun tanda-tanda ia akan berkurangan.

Oleh kerana terlalu banyak masalah yang di hadapinya tanpa sebarang penyelesaiannya maka Najib tiada pilihan selain dari mengakui bahawa beliau sedang menghadapi krisis kepimpinan yang amat serius dalam sejarah kepimpinan negara kita sejak merdeka.

Sesungguhnya Najib tidak sepatutnya menghadapi masalah ini kerana beliau mempunyai Ahli Majlis Teringgi Umno yang sepatutnya membantu beliau. Dalam keadaan sekaranglah sepatutnya mereka-mereka yang ada di dalam Majlis Tertinggi Umno serta Ahli-Ahli Jemaah Kabinet mereka bersama-sama memikul tanggungjawab dalam erti kata “tanggungjawab bersama”.

Friday, August 26, 2011

MEMALUKAN!! Blogger UMNO salah Fakta kerana tak faham Bahasa Inggeris?

Semalam saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald menggemparkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan pendedahannya bahawa Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Dalam pendedahannya, Brian menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa. Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.

Kes Liwat : Air Mani itu mungkin milik Saiful Bukhari sendiri - Dr. Brian

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Perbicaraan Kes Liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikejutkan dengan kenyataan Saksi Keempat, Dr. Brian McDonald yang mendakwa terdapat kemungkinan air mani di dubur Saiful Bukhari itu merupakan miliknya sendiri.

Beliau ada rasa kemungkinan ianya benar setelah merujuk kenyataan ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong yang tidak mengasingkan sel-sel sperma dengan betul daripada sel-sel bukan sperma pada spesimen rektal si pengadu.

Kes Liwat : Sperma Saiful dalam dubur sendiri- Pakar

KUALA LUMPUR: Hari ini masuk hari ke-5 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dalam perbicaraan Fitnah II yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hari ini, pakar DNA, Dr Brian Mc Donald menyambung keterangannya di Mahkamah bahawa ada kemungkinan sperma pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui pada duburnya sendiri.

Beliau menjelaskan perkara itu kerana Ahli Kimia yang menjalankan analisa pada sampel, Dr Seah Lay Hong, tidak menjalankan analisanya dengan betul.

Syabas Anwar! Kini ada yang sudah terperangkap kerana BODOHnya mereka.

Satu artikel yang menyerlahkan betapa BENGAPnya pencacai-pencacai UMNO..



Kedudukan Anwar sebagai pihak yang dituduh berbeza dengan kedudukan Saiful. Tidak seperti Saiful undang-undang memberi Anwar tiga pilihan yang sah untuk membela diri iaitu sama ada memberi keterangan dengan sumpah ( yang boleh disoal balas ) atau memberi keterangan dengan tidak bersumpah ( yang tidak boleh disoal balas ) atau hanya berdiam diri.

Thursday, August 25, 2011

UMNO memang mahu jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang?

Tak sampai sebulan yang lalu, Lim Guan Eng dituduh rasis kerana menyebut tentang cita-cita UMNO yang mahu merebut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang jika Barisan Nasional berjaya merampas semula pentadbiran negeri daripada Pakatan Rakyat.

Guan Eng telah dikecam hebat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan, yang menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang itu mempunyai agenda jahat untuk memecahbelahkan perpaduan BN di negeri itu.

Malah, Teng yang merupakan orang kuat Gerakan di Pulau Pinang menegaskan bahawa: “’BN negeri tetap berpegang kepada prinsip bahawa jawatan Ketua Menteri datang dari parti komponen BN, selain UMNO. Malah perkara ini tidak pernah disentuh pun tetapi dia (Guan Eng) sengaja bermain politik perkauman untuk menipu rakyat.”

Terima Kasih Najib! Pendapatan kami kini merosot hampir 50%..

Kegagalan pentadbiran Najib dalam mengurus tadbir ekonomi Negara menjadikan perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia kini bukanlah satu perkara yang menyeronokkan lagi.

Baik Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali atau Krismas rakyat Malaysia kini terpaksa memikirkan beban yang terpaksa ditanggung mereka kerana mahu menyambut,bukannya keseronokan menyambut perayaan tersebut..

Kes Liwat : Bukti Tidak Lengkap dan di Ubahsuai

KUALA LUMPUR: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa bukti yang dibawa ke mahkamah oleh pendakwa dalam kes Fitnah II sebenarnya tidak lengkap dan diubahsuai.

Ia diketahui melalui saksi kelima peguam bela iaitu pakar molekul genetik, Dr Brian McDonalds dari Australia.

Bila Pengerusi SPR terjaga dari mimpinya..

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

Cucu Pengasas MCA Puji Pentadbiran Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerima pujian dari sumber yang tidak dijangka pada hari ini apabila cucu presiden pertama MCA yang juga anak perempuan Menteri Kewangan yang paling lama berkhidmat di negara ini berkata Ketua Menteri Pulau Pinang itu wajar diberikan pujian kerana telah menguruskan secara berhemat dana awam.

Tan Siok Choo (gambar), anak perempuan Tun Tan Siew Sin dan cucu Tun Sir Tan Cheng Lock - kedua-duanya adalah bekas Presiden MCA memberitahu radio BFM pagi, ianya adalah baik bilamana Guan Eng berjaya mengelakkan pembaziran dan melaksanakan tender terbuka.

Kes Liwat : Makmal DNA Jabatan Kimia tiada kelayakan antarabangsa

KUALA LUMPUR: Makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya hari ini didapati tidak mempunyai akreditasi antarabangsa sewaktu menganalisa sampel kes Fitnah II.

Ia sekaligus menambahkan keraguan yang sedia ada terhadap laporan dari Jabatan Kimia yang digunakan pendakwa raya dalam pendakwaan kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu didedahkan konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian McDonalds sewaktu memberi keterangan dari kandang saksi.

Ketua Wanita MCA peluk Islam??

Ketua Wanita MCA peluk Islam?? Itu adalah tajuk berita yang aku cari dalam google malangnya aku tak jumpa satu pun berita bertajuk seperti itu biarpun MCA telah bersama dengan UMNO selama 54 tahun..


Cheryl atau kini Huda Chew melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati

AWAS!! Perogol Bersiri Mengganas di Kelantan.

KOTA BHARU 24 Ogos – Seorang lelaki yang dikategorikan amat berbahaya kini diburu polis kerana dipercayai telah merogol seramai 19 gadis selain terlibat dalam beberapa kes cubaan merogol di negeri ini.


MAZLAN Lazim menunjukkan gambar suspek yang disyaki perogol bersiri sewaktu membuat kenyataan akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Kelantan, semalam.

Kes Liwat : Pakar DNA Australia beri keterangan

Hari keempat - Perbicaraan kes fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Pakar DNA dari Australia, Dr Brian MacDonalds memberikan keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Semalam, Pakar Patologi Forensik, juga dari negara berkenaan memberi keterangan ketika disoal balas pendakwaraya.

Dakwaan demi dakwaan akan diteruskan hingga Anwar kepenjara

Seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, “Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang.

Hari ini saya membaca kenyataan Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh. Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi politik. Dan saya bersetuju.

Sememangnya, saya adalah bekas Duta Amerika ke Malaysia semasa semua perkara ini berlaku untuk kali pertama. Sebagaimana yang diketahui ramai, kedutaan Amerika mempunyai banyak sumber maklumat.

Tanyalah Wikileaks.

Orang Malaysia suka bercakap…

Wednesday, August 24, 2011

Hishammuddin Pos sendiri peluru dan nota ugutan tu kot??

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pada 2 petang tadi.

Kalau Anwar, Mahathir kata tumbuk mata sendiri untuk melebamkan matanya untuk meraih simpati masyarakat..

Setelah berakhir PRN Sarawak, Anwar dinasihatkan oleh Doktor supaya berehat dirumah kerana sakit belakang akibat terlalu aktif berkempen dalam PRN itu.. pencacai UMNO kata di pura-pura sakit kerana target di Sarawak tidak tercapai..

Raja Nong Chik beri UMNO RM50,000 guna akaun DBKL?

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin didakwa menggunakan kedudukannya untuk memberi bantuan dan peruntukan kepada pemimpin Umno dan parti itu.

Malah lebih teruk, beliau juga didakwa menggunakan lebih RM50,000 setiap minggu dengan menggunakan dua akaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Anwar seperti Renaissance Man yang suka Lelaki Bogel?

Oleh Zaini Hassan

SATU jam 45 minit Brother Anwar Ibrahim berucap dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin.

Seperti biasa, itulah Anwar Ibrahim. Semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu dan Menteri Kewangan dan sebelum itu Menteri Pelajaran, ucapannya cukup berbunga-bunga dan berfalsafah.

Dia memang pandai bermain dengan ayat sejak dulu lagi. Kadang-kadang semasa mengikuti beliau membuat liputan dalam dan luar negeri dulu, kami sudah cukup ‘masak’ dengan cara ucapannya ditulis.

PANAS!! Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual

Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Kes Liwat : Hari Ketiga, Borang proforma didakwa tidak lengkap.

Hari ini masuk hari ketiga ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dengan pendakwaraya menyoal balas pakar Patologi Forensik Australia, Dr David Wells.

Pakar berkenaan yang merupakan saksi ketiga peguambela, semalam memberitahu mahkamah bahawa sampel mani yang ditemui dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak bermakna dan mendedahkan keputusan yang diingini.

Ini kerana sampel berkenaan diambil lebih dari dua hari selepas kejadian dikatakan berlaku.

9.02 pagi: Hakim Mohamad Zabidin mengambil tempat dan mahkamah mula bersidang.

Anwar didakwa hina mahkamah?

"Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam" kata Peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Tapi.. bagaimana pula dengan Saiful yang telah mengulas akan lembabnya proses penghakiman sehingga sudah tiga tahun kes liwat itu berlalu secara langsung dalam wawancara eksklusif yang keudara menerusi program berita di Buletin Utama TV3 pada Selasa dan Rabu lalu?

Khir Toyo kata Tiga Menteri UMNO, BODOH?

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri dari UMNO yag BODOH, sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.

Itulah antara budaya yang ada dalam UMNO, bila sedang berkuasa mereka akan dijilat semahunya kentut yang berbau bangkai dikatakan wangi.. tapi bila dah tersungkur akan dipijak semahunya pula biar mampus cepat sikit! Begitu juga nasib Koh Tsu Koon..

Tuesday, August 23, 2011

Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya - Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya.

Jangan politikkan kenaikan harga barang?

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membidas
tindakan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang cuba mempolitikkan isu kenaikan harga barangan kawalan.

Ismail Sabri juga menganggap pemimpin pembangkang itu tidak mengikuti perkembangan semasa dunia kerana mendakwa kenaikan harga barang berpunca daripada kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) menguruskan ekonomi negara.

Kes Liwat : Kaedah, Sampel bukti disimpan 56 jam dipertikai pakar

KUALA LUMPUR: Pakar patologi forensik dari Australia, Dr David Wells hari ini mempertikaikan cara sampel bukti disediakan dalam kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau merujuk kepada cara calitan putik kapas diambil dan disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur dan juga cara ia dikendalikan oleh pegawai penyiasat polis.

Menurutnya, beliau belum pernah mendengar sampel air mani diambil daripada tubuh mana-mana mangsa 56 jam selepas kejadian didakwa berlaku.

Kes Liwat : Laporan HKL tidak lengkap dan tepat- pakar Australia

KUALA LUMPUR: Pakar Patologi dari Australia, Dr David Wells dalam keterangannya pada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur tidak lengkap dan tepat.

Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Dr Wells memberitahu pentingnya untuk merekod kes seksual secara terpeinci, kerana ia memperincikan apa yang terjadi dan akan diteliti oleh ramai orang.

“Ia (aspek) penting untuk proses dokumentasi pesakit,” katanya.

Gambar : 4 Lelaki Rusia 'Rakam dan Rogol' pelajar Malaysia.

Empat pemuda Rusia daripada keluarga kaya menggunakan iPhone untuk merakam aksi mereka merogol seorang pelajar kolej swasta eksklusif berusia 18 tahun di selatan London.

Keempat-empat pemuda Rusia yang baru berada di Britain selama dua minggu itu telah melakukan serangan seksual kepada pelajar Malaysia selama dua jam dan setengah. Pelajar Malaysia itu menuntut di sebuah kolej esklusif yang mengenakan bayaran £30,000 setahun.

Saiful Masukkan Objek Plastik ke dalam Dubur - Dr. Osman.

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim hari ini diteruskan dengan keterangan saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.

Dr. Osman telah menjelaskan bahawa pihak pengadu iaitu Saiful Bukhari telah memasukkan objek plastik ke dalam dubur beliau sepertimana yang dinyatakan di dalam laporan perubatannya.

Kisah disebalik permohonan maaf Kompas.

Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.

Kes Liwat : Doktor Pusrawi dan pakar asing akan beri keterangan

Perbicaraan membela diri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kes liwat yang dihadapinya memasuki hari kedua dengan pihak pembelaan dijangka mendengar keterangan daripada doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan dua orang pakar asing.

Pakar asing dari Australia itu adalah pakar patologi forensik, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald. Mereka telah bersama pihak pembelaan sejak awal perbicaraan dan juga telah mendengar keterangan daripada pihak polis, doktor Hospital Kuala Lumpur dan ahli kimia.

Mahathir kata Najib 'TIDAK PATUT DIPILIH' untuk terajui negara?



Bagaimana agaknya perasaan Najib jika beliau tahu pemimpin UMNO yang dulunya menyarankan beliau sebagai pengganti kepada Pak Lah untuk menerajui UMNO sebagai Presiden kini sudah berfikir sebaliknya bila melihatkan prestasinya yang tidak boleh dibanggakan langsung..

Monday, August 22, 2011

Proffesor ni kata perpecahan Melayu makin parah... betoi ka?

SINTOK, 22 Ogos — Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata perpecahan masyarakat Melayu dilihat semakin parah meliputi segenap lapisan termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan kerana terlalu mengejar agenda masing-masing.

“Saya melihat sekarang ini dengan penuh kebimbangan perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu sangat parah. Mereka bukan sahaja berpecah daripada kelompok parti politik, malah dalam pertubuhan bukan kerajaan juga berpecah dan dalam organisasi pun turut berpecah.

“Tidak sepakat dalam hal-hal yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat... agenda perjuangan kita yang sebenar pun kita sudah lupa,” kata Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Woit Nor Mohamed Yakcop! Harga kangkung ditentukan pasaran dunia ka?

Adakah harga kangkung dan halia juga ditentukan oleh pasaran dunia soal Mahfuz.

Mahfuz bertanya demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kenaikan harga barangan yang disiarkan oleh The Malaysian Insider

Video : Kenyataan DS Anwar di Mahkamah (22 Ogos 2011)


Anwar kemuka bukti dakwaan Saiful palsu, punya hubungan dengan UMNO

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa tuduhan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah palsu dan berniat jahat.

Anwar berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.

Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang mempunyai hubungan dengan Umno dan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails