g

Thursday, March 31, 2011

Taib Mahmud buat-buat lupa atau sudah nyanyuk?

Taib Mahmud kini kelihatan terdesak dan terpaksa memilih untuk mempertahankan maruah dirinya menjelang kempen pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ini adalah kerana dia cuba membidas tohmahan dan dakwaan pihak pembangkang mengenai pelbagai kesalahannya seperti rampasan tanah, rasuah, nepostism dan menyalur keluar kekayaan Sarawak kepada bank-bank, perniagaan-perniagaan dan syarikat-syarikat hartanahnya di luar negara.

Para penasihatnya telah membuatnya menghadapi dan menjawab segala isu yang dibangkitkan bagi memulihkan kepercayaan para pengundinya yang kini kian marah.

Suatu dari kaedah yang telah mereka laksanakan, yang dikenali sebagai‘perang cyber’, adalah mempersembahkan beberapa siri tayangan video (yang disunting semula sebegitu rupa) temubual di mana dia menjawab soalan-soalan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh beberapa orang pemberita (termasuk seorang pemberita yang dibawa khas dari luar negara oleh syarikat PR).

UMNO Hanya Pertahan Agama Bila Ada Kepentingan

SHAH ALAM 31 MAC : Sikap membelakangkan peranan dan teguran dari mufti dan pemimpin agama jelas menunjukkan wajah sebenar Umno dalam meneruskan kelangsungan politik mereka yang kian dilupakan rakyat, kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty.

Menurut Muhammad, walaupun teguran dan peringatan telah diberikan dari kalangan ahli agama kepada parti pemerintah namun sikap tidak ambil pusing yang dipamerkan membuktikan, pimpinan Umno-BN hanya mendokong agama apabila ia selari dengan agenda mereka.

Ini bukan Video Lucah..

Ini bukanlah video lucah yang telah diterbitkan oleh Three Stooges itu tapi video yang telah dilancarkan oleh DAP sempena kempen pilihanraya negeri Sarawak..

Kuasa rayat nadai ulih dialah ka nuan, Aku ulih nyadi BESAI.. he..he.. bukan typing error tu.. tapi Bahasa Iban..

UBAH vs Taib (Video kempen)


Imej satelit buktikan Taib bohong!

Sebuah laman sesawang alam sekitar mendakwa imej satelit yang dirakamkan tidak selari dengan dakwaan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa 70 peratus daripada hutan di negeri itu masih tidak terusik.

Imej satelit Gogle Earth yang dikumpul dan diterbitkan di portal Mongabay.com menunjukkan hutan-hutan di Sarawak semakin jarang jika dibandingkan dengan jirannya di Kalimantan, Indonesia dan Brunei.

Menurut laman sesawang itu yang dipetik oleh penerbitan Universiti Yale environment360 berhubung topik yang sama, imej-imej itu diperolehi daripada GeoEye, TerraMetrics, Tele Atlas, Europa Technologies dan program satelit yang lain.


BN diramal hilang banyak kerusi di Sarawak.

Satu ramalan yang akan membuatkan Najib dan Muhyiddin semakin gelabah.. dulu ramalan Daim ni tentang Pulau Pinang, Selangor dan Kedah adalah tepat..



KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tun Daim Zainuddin berkata Barisan Nasional (BN) dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi di Sarawak kali ini tetapi boleh kekalkan majoriti “selesa.”

“Saya fikir Barisan Nasional akan menang tetapi lebih banyak kerusi akan pergi kepada pembangkang,” kata beliau pada syarahan awam di Universiti Tun Abdul Razak hari ini hari ini.

Saya Bersih - Kata Rahim Tambi Chik..

Rahim Thambi Chick kata dia bersih dan tidak pernah didakwa dalam mana-mana mahkamah di dalam dan luar negara.

he..he..he.. Siapa percaya?? Tak apa kalau korang percaya baca dulu kenyataan dia kat bawah ni.. habis baca kenyataan tu korang baca dan fahamkan apa yang aku paste selepas kenyataan dia tu..

'Diri saya bersih'


PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Rahim Chik mempertahankan dirinya bersih dan tidak pernah didakwa dalam mana-mana mahkamah di dalam dan luar negara.

Beliau menyerang musuh politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang lain dan blogger yang membuat serangan peribadi terhadapnya.

Bekas ketua menteri Melaka itu memberi amaran keras kepada Anwar, pemimpin pembangkang dan Umno serta blogger akan mengambil tindakan undang-undang kerana memburuk-burukkan peribadinya.

‘Orang politik ini memang kuat bohong’.. err macam saya..

Ini adalah contoh perbuatan menampar air di dalam dulang.. boleh jadi dia terlupa bahawa dia sendiri adalah Ahli Politik..



KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, salah seorang “Datuk T” meneruskan serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sebagai “pembohong” kerana masih menafikan dakwaan rakaman video seks yang didedahkan minggu lalu.

Bercakap pada satu majlis tertutup anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara di sini malam tadi, bekas ketua menteri Melaka itu berkata, walaupun sudah ada bukti namun Anwar tetap menafikan pendedahan tersebut.

Video Lucah : Harussani bukan 'Syaitan yang Bisu'..

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya.

Rampas 9 Kerusi, ‘angan-angan Mat Jenin’ BN Selangor..

SHAH ALAM – Usaha Barisan Nasional (BN) untuk kembali berkuasa di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan merampas sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hanya sekadar ‘angan-angan Mat Jenin’.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu mencerminkan BN dan UMNO Selangor terus menerus menyalurkan maklumat tidak tepat dan tiada berasas kepada pemimpin mereka.

“Ini merupakan sindrom sama berlaku pada UMNO Kelantan apabila pemimpin tertinggi mereka sejak dari zaman Tun Dr Mahathir diberikan harapan palsu yang UMNO boleh merampas kembali Kelantan tetapi tidak berlaku sejak 20 tahun kebelakangan.

PKNS dikritik lagi..



SHAH ALAM -Barisan Nasional (BN) semalam mendedahkan perbelanjaan tidak terkawal termasuk sikap tidak percaya terhadap kakitangan yang didakwa dilakukan oleh pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, beliau difahamkan bahawa PKNS melantik pegawai kontrak, perunding dan syarikat pengurusan dengan bayaran yang tinggi sehingga memberikan kesan kepada kedudukan kewangan PKNS.

Sarawak! Cuba dulu baru tahu, pilih Pakatan tolak BN

Oleh Idris Ahmad

Bagi Peluang Pakatan Perintah Dulu Baru Boleh Buat Tuduhan PAS menasihatkan pemimpin Umno BN supaya bertenang dan rasional sebelum membuat tuduhan mengatakan janji 100 hari adalah pembohong besar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.

Pakatan Rakyat belum lagi memerintah negara ini, sedangkan BN sudah 53 tahun memerintah Malaysia. Beri kami perintah dulu, kemudian baru nilai prestasi dan banding dengan pemerintahan BN.

Macam mana seorang Timbalan Perdana Menteri bercakap dengan penuh emosi seolah-olah takut dengan bayang-bayang kekalahan yang akan dihakim oleh rakyat dalam PRU akan datang.

Video Lucah : Hentikanlah kenyataan Bodoh itu Eskay..

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi “Datuk T” Datuk Shazryl Eskay Abdullah amaran supaya berhenti daripada membuat kenyataan bodoh dan kebudak-budakan mengenai perjalanan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu ke Thailand atau ke mana-mana bahagian di dunia ini.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.

Dua “Datuk T” ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Wednesday, March 30, 2011

Ceramah Anwar dihalang lagi..


KUCHING: Rejim Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan apabila menggunakan polis bagi menghalang program Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching.

Tindakan itu jelas menunjukkan BN di negeri itu semakin terdesak dengan sambutan luar biasa rakyat Sarawak terhadap program yang dianjurkan KEADILAN dan Pakatan rakyat, menjelang Pilihan Raya Negeri 16 April ini.

Ada yang nak kena pecat ni...

Rasanya ada orang nak kena pecat kali ni.. takkan mereka tidak tahu bahawa tarian atau senaman ini amat digemari oleh Rosmah Mansor tu..



IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.


Air.. Air.. Dimana Air?? Dimana MB Pahang??

Kalau korang baca berita yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO dekat bawah ni.. tiada laporan yang mengatakan penduduk marah kepada MB Pahang.. tapi Banner yang tergantung jelas menyatakannya..

Aku petik dari FB Tok Batin Deris -

Semasa di PRK DUN KERDAU dulu MB Pahang menjelaskan dengan angkuh, kerajaan negeri berhutang kepada Kerajaan Persekutuan kerana hendak melaksanakan projek bekalan air dan perumahan demi kesejahteraan rakyat, bukannya seperti didakwa oleh pembangkang.Sekarang mintak MB Pahang jelaskan sudah sepuloh hari orang Temerloh basuh berak kesat dengan tissue Kleneex.

Cakap memang sedap..kalau nak menipu rakyat jangan sampai rakyat tongeng jubor ke MB nanti....

10,000 penduduk marah JBA


‘Datuk T’ suspek utama, bukan saksi

SHAH ALAM: Wanita KEADILAN menegaskan trio ‘Datuk T’, yang mendalangi tayangan seks palsu di Hotel Carcosa Seri Negara 21 Mac lalu, adalah suspek utama yang perlu disiasat dan bukan saksi, kata Timbalan Ketua Wanita Pusat KEADILAN, Rodziah Ismail.

Menurutnya, beliau mengulangi gesaan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa penayangan video seumpama itu adalah jelas bertentangan peruntukan undang-undang sedia ada kerana kesalahan memiliki, menyebar dan menayangkan filem lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam.

“Berikutan sidang video lucah mereka (trio ‘Datuk T’), mereka sepatutnya disabitkan dengan kesalahan undang-undang tersebut,” ujarnya.


Video Lucah : Eskay dakwa video seks ‘anugerah Allah’

Siam ni mula nak membelit dah.. Hari tu kata Video Lucah ini telah dirakamkan disebuah hotel di Ibu Kota Feb 2011 yang lalu.. sekarang dia bertanya pula sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?

KUALA LUMPUR, 30 Mac — “Datuk T”, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai “anugerah Allah.”

Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.

Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga “Datuk T” mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.

Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi “Datuk T” iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.

Pemuda PAS sedia terima Arman PERKASA - Nasrudin

Hmm.. nampaknya ada orang yang nak jadi punching bag ni..

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi bersedia untuk “menerima” bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menyertai partinya jika beliau sanggup meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu.

Semalam, Arman Azha yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara melepaskan jawatan tersebut yang disandangnya sejak awal 2009 kerana mahu aktif dalam politik.

Menurut Arman Azha, tindakan beliau melepaskan jawatan itu tiada kaitan dengan desakan atau masalah dengan kepimpinan dalam Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali.


Serangan Video Lucah buat Anwar semakin gagah.


KUALA LUMPUR, 30 Mac — Pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu boleh memperkukuh imej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dapat meyakinkan rakyat bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, demikian menurut Wall Street Journal hari ini.


Rampas 9 Kerusi di Selangor?? UMNO Selangor masih bermimpi...

Semalam mStar melaporkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkataBarisan Nasional (BN) berpeluang sekurang-kurangnya merampas semula sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13, walaupun BN mungkin menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang.

Dan hari ini… Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberikan geran sah milik kepada seramai 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor setelah berpuluh tahun mereka mendiaminya – berita penuh sila lihat di bawah..

Kalau macam ni yang Tan Sri Khalid Ibrahim lakukan.. nampaknya UMNO/BN akan terus bermimpi untuk menguasai tampuk pemerintahan kerajaan negeri Selangor.. Bermimpilah sampai mati..

Sarawak!! Sedarlah!!


SARAWAK: Meskipun polis sedari dulu sentiasa memberi tekanan demi tekanan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN itu tegas menyatakan beliau mahu membawa perubahan politik secara aman dengan menggunakan saluran pilihan raya.

“Orang Arab nak tukar sistem, susah. Sehingga (mereka) terpaksa diadakan revolusi, (tapi) kita mahu perubahan secara aman. Kita tidak mahu masalah dengan polis. Anak-anak muda Sarawak perlu buat perubahan,” katanya.


Berita sempena PRN Sarawak.

Setiap kali bila adanya pilihanraya kecil kita akan mendengar Ahli PKR keluar PKR jika yang bertanding disitu PKR, jika yang bertanding itu PAS pula kita akan mendengar Ahli PAS keluar PAS begitu juga dengan DAP..

Apa?? UMNO/BN sudah kekeringan idea kah?

121 Anggota DAP Limbang Keluar Parti

LIMBANG, 29 Mac (Bernama) -- Seramai 121 anggota DAP Selasa keluar parti dan menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Mereka yang diketuai oleh Pengerusi DAP Sungai Limbang Kahar Awang Daud menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas Taib merasmikan pembangunan fasa pertama bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Chung Hwa Limbang di sini.

Walaupun 121 menyatakan keluar parti, hanya 73 orang yang dapat hadir ke acara itu.


Doa oleh TG Nik Aziz buat Anwar..

Aminkanlah doa yang dibacakan oleh TG Nik Aziz buat Anwar ini wahai para sahabat...


Alahai SPR.. Awat buat kerja bodo ni??

Alahai SPR.. Awatlah buat kerja tak survey dulu ni.. kalau setakat nak letak 10 atau 1000 pengundi hantu dirumah Parpukari yang telan Guiness Stout lepas tu bercakap pasal moral dan islam tu (baca di SINI) tentu dia tak kisah..

Tapi yang pergi letak hingga lapan pengundi hantu di rumah emak Azmin ni buat apa?? Dah tu bukan bukan Melayu pulak tu..


SPR letak ‘hantu’ di rumah ibu saya – Azmin

SHAH ALAM: Jika daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diguna pakai, rumah ibu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali, ada ‘hantu’.

Bercakap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa), berkata terlalu banyak pengundi hantu muncul dan bilangannya bukan satu tetapi lapan karakter.

“Kalau ikut istilah pengundi hantu sebenarnya orang yang mati dihidupkan semula tetapi yang berlaku kini melibatkan penambahan pengundi dan pengalihan nama-nama pendafar.

Tuesday, March 29, 2011

Betui ka ni Arman...?

Kata Arman.. “Buat masa ini ada beberapa pihak parti politik daripada kedua-dua belah pihak datang melamar saya... saya hanya akan buat keputusan apabila melihat prinsip yang saya bawa ini benar-benar diiltizamkan oleh parti-parti itu kerana hari ini kita lihat ia masih sama-sama lagi.

he..he..he.. dia rasa dia hebat sangat lah tu...

Saya juga dilamar Pakatan, kata bekas Ketua Wira Perkasa

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Selain menerima tawaran beberapa pertubuhan bukan kerajaan, bekas Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata, beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu. Malah beliau enggan memberitahu bila menerima tawaran komponen Pakatan Rakyat.

Malam tadi, Arman Azha turut berada di Stadium Melawati, Shah Alam untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Patutlah UMNO/BN Gelabah Biawak...

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka bakal menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan kemenangan besar yang diperolehi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini sekiranya gagal memulihkan kembali sokongan pengundi bukan Melayu negeri itu.

Menurut Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Aziz Bari kepada akhbar tempatan semalam, pembangkang mempunyai kelebihan dengan memainkan isu-isu berkaitan tanah, pampasan, Kitab Injil dan pembolotan kuasa sekaligus mampu menggugat kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Ini kerana, sekarang ada banyak isu yang boleh dimainkan oleh pembangkang untuk menggugat kerajaan negeri. Ini termasuk isu tanah, pampasan, Injil dan pembolotan kuasa,” kata beliau.

Ceh!! Teguk Arak nak bercakap soal Moral.. macam Biawak!!

Akupun malas nak komen pasal manusia yang teguk arak tapi nak bercakap soal Islam dan Moral nie.. memandangkan aku malas nak tulis panjang-panjang jadi aku ciplak saja dari Blog Perisik Rakyat..

Cuba korang baca artikel yang diciplak oleh Perisik Rakyat ni dari blog orang Islam yang teguk arak, kemudian korang tengok gambar yang menulis artikel ni.. Manusia atau Biawak?

KISAH SEMBAHYANG HAJAT MEMPERTAHANKAN SI PELIWAT YANG JUGA PENZINA DI SHAH ALAM!

Seperti yang telah akiu janjikan tadi, sekarang ni tiba giliran aku nak cerita pasal apa yang berlaku di stadium Malawati di Shah Alam semalam.Memang tak dinafikan ramai yang hadir, mereka ni tak serik-serik naki pertahankan si Peliwat dan Penzina. Amat menyedihkan sekali tengok perangai bahlul-bahlul PAS ni.

Lepas Video Lucah.. Komik Lucah pulak dah!!!

KENYATAAN MEDIA UNTUK SEBARAN SEGERA
29 Mac 2011


Saya mendapat maklum tentang senaskhah komik 16-muka surat bertajuk, Kisah Juara Raja Lawak, yang mengandungi imej-imej lucah seorang watak yang kelihatan serupa seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke semua pengundi baru di Lembah Pantai.

Komik tersebut telah dihantar melalui sebuah pejabat pos di Shah Alam. Tindakan mengedar komik berniat jahat ini kelihatan seperti suatu kempen untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Ketua Pembangkang kami, dan juga imej seluruh Pakatan Rakyat.


Mufti-Muftiku sudah menjadi 'Syaitan yang Bisu'? (Video Inside)


SHAH ALAM 29 MAC : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama tertentu sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap kepada lebih 20,000 orang di Stadium Malawati malam tadi, Hadi, menegur pemimpin agama yang enggan tampil menyatakan pendirian terhadap fitnah video seks awal minggu lalu.


PERKASA sudah tak perkasa lagi.....

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, antara pemimpin yang dilihat lantang bersuara selepas Presiden mereka Datuk Ibrahim Ali, disebut-sebut akan melepaskan jawatan tersebut dalam waktu terdekat ini.

Jika ia disahkan, Perkasa dilihat berhadapan dengan satu lagi keputusan mengejutkan selepas keputusan Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.

Bagaimanapun keputusan Raihan itu belum diterima oleh Ibrahim sehingga kini.

Hidup Mati saya ditangan Allah, Bukan UMNO tentukan - Anwar (Video Inside)



Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat “Datuk T” minggu lalu tidak akan sesekali “membunuh” karier politik beliau.

Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

Video Lucah : Taktik jijik Umno Hanya Mengundang Benci Rakyat


SHAH ALAM 29 MAC: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya sebagai langkah terakhir Umno menghalang kemaraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Menurut Anwar, taktik licik dan keji UMNO hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap parti itu.

Macam mana UMNO Selangor nak rampas Selangor nie??

Kan aku dah cakap.. tindakan UMNO menyerang DSAI dengan menggunakan isu Video Lucah adalah satu tindakan yang amat BODOH!!

Kenapa?? Kerana ianya telah menyebabkan ramai orang-orang lama yang terlibat dalam Reformasi kembali semula kegelanggang.. dan aku menyaksikannya di Permatang Pauh dan Chegubard pula telah menyaksikannya di banyak tempat..

Hampir 10,000 solat hajat tolak fitnah jahat


SHAH ALAM: Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

Monday, March 28, 2011

Video Lucah : Milik Siapa Kereta ini??


Kereta misteri yang membawa Badrul Hisham Shaharin (chegubard) dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Hotel Shangri-La bagi menyaksikan video seks di satu bilik pada 21 Mac is “benar-benar pelik dan tidak dapat dikesani”.

Semakan chegubard menunjukkan kereta berkenaan mungkin digunakan oleh "seseorang yang melakukan kerja-kerja risikan pihak polis”.

Blogger UMNO pembohong!!

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia, media perdana serta penulis blog pro-Umno sengaja menyembunyikan beberapa fakta berkenaan rekod masa Twitter Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian dinyatakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Menurutnya, penipuan pertama adalah apabila mereka menyatakan Anwar hilang di antara jam 9.20 malam sehingga jam 11.40 malam seperti yang tertera pada catatan masa di laman Twitter Anwar.

Menurut Rafizi, satu faktor yang tidak diambil kira mereka yang melemparkan tuduhan itu adalah faktor Daylight Savings Time (DST).

Video Lucah : Dimana Ulama MUDA UMNO?



Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu, yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan ianya sebagai satu perkembangan menjijikkan..

Itu kata Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao yang sudah tentunya bukan Islam dalam hal ini dimana Ulama Muda UMNO?

Sudah serik atau takut kalah ni.. Ezam??

Senator Ezam Mohd Nor berkata keputusannya tidak mahu bertanding pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut diadakan tahun ini, adalah muktamad kerana sudah “serik” untuk aktif berpolitik dan misinya untuk menjelaskan kedudukan perjuangan politik PKR dan Anwar sudah selesai dan kini mahu meluangkan masa untuk membantu kerajaan membasmi rasuah.

Sudah serik?? Aku lebih percaya dia sedar bahawa manusia yang menyokongnya didalam UMNO hanyalah Rosmah dan Najib.. misinya pula sudah selesai kerana sudah dapat apa yang dihajatkannya itu iaitu jawatan Senator ..

Ezam: Saya sudah serik, keputusan tak mahu tanding PRU muktamad

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan Senator Ezam Mohd Nor berkata keputusannya tidak mahu bertanding pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut diadakan tahun ini, adalah muktamad kerana sudah “serik” untuk aktif berpolitik.

“Saya sudah serik, sudah serik,” kata beliau yang menyertai Umno pada Mei 2008 dan tahun lalu dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Kerana dia itu Azmin dan dari PKR pula..

Kerana beliau adalah Azmin Ali Timbalan Presiden PKR maka Tiga buah kereta polis telah diguna untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada 28 Mac 2011.

Cuba bayangkan pula.. cuba bayangkan bagaimana pula jika jika pemimpin itu dari UMNO?? Tayang Video Lucah pun tak apa...

Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac.

Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis.

Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011).

Berita yang UMNO Selangor tak ingin nak dengar..

SHAH ALAM, 28 Mac: Sultan Selangor, Sultam Sharafuddin Idris Shah menggesa semua pihak termasuk pembangkang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meningkatkan pentadbiran negeri.

"Beta berharap kita semua akan bekerja dengan niat baik serta memberikan kerjasama perlu kepada kepimpinan negeri diketuai Memanda Menteri Besar.

"Beta sendiri sentiasa berbincang dengan Memanda Menteri Besar baik dalam soal pentadbiran, ekonomi dan permasalahan sosial terutama melibatkan negeri di mana beta banyak memberi nasihat kepada Memanda beta demi kesejahteraan rakyat," tegas baginda.

Daim baru keluar dari gua?

SHAH ALAM 27 MAC : Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengkhianati orang Melayu kerana melaksanakan program yang hanya menguntungkan kroni, kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff.

Akibatnya masyarakat Melayu hari ini masih terpaksa memperjuangkan benda-benda sama seperti 50 tahun lalu, kata beliau ketika mengulas wawancara Daim dalam
akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Kenyataan Daim kononnya Pakatan Rakyat hanya satu "konspirasi politik” menunjukkan beliau ketinggalan zaman dan tidak seiring dengan realiti politik semasa, tambah Yusmadi.

Nallakaruppan pula mahu menyelamatkan Melayu...

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS. Nak panggil apa tah dia ni..

selepas Rahim Thambi Chick muncul Daim dan kini Nallakarupan pula muncul untuk menyelamatkan Melayu dan penyokong PAS.. he..he..he..


Nalla pula mahu dedahkan pemimpin PAS siapa Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Di sebalik pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” minggu lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan pula mahu bertemu pimpinan PAS bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.

Jangan percaya kepada Anwar, percaya kepada Rosmah dan Najib..


Dengan menggunakan Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby Chik sebagai contoh, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini melalui zaman pemerintahan songsang.

Anwar berkata mereka yang terbelit dengan tuduhan rogol dan salah guna wang diangkat oleh kerajaan dan media arus perdana, manakala pemimpin pembangkang yang mendokong urus tadbir telus dan amanah ditekan.

Sunday, March 27, 2011

Selepas Rahim, Daim pula dikerah UMNO..

Selepas Rahim Tambi Chick dikerah mereka kini Daim pula diguna untuk menyerang Anwar.. Bukan mereka mahu menyerang sebenarnya mereka terpaksa menyerang demi mempertahankan harta yang dikumpul semasa berkuasa.

Mereka telah nampak atau sedar ada kemungkinan UMNO/BN menjadi pembangkang selepas PRU13 begitu juga dengan pemimpin yang berada di pertengahan juga mula sedar dan khuatir tetapi hanya pencacai mereka yang masih buta!


PKR Tidak Boleh Menjadi Teras Kepada Pakatan Pembangkang : Daim

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh menjadi teras kepada pakatan pembangkang kerana parti itu hidup kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan untuk Anwar.

Katanya bukan saja pakatan pembangkang tidak mempunyai asas politik yang kukuh, dalam PKR pun yang mana Anwar adalah penasihatnya, terus bergelumang dengan masalah.

"Bolehkah PKR menjadi teras kepada kumpulan ini dan bolehkah pakatan begini meyakinkan rakyat yang ia boleh menjamin masa depan bangsa dan negara lebih baik daripada Umno dan BN (Barisan Nasional) yang sudah membina negara seadanya selama lebih 50 tahun? tanyanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.

Semalam di Permatang Pauh : Biar Hujan.. Lawan tetap Lawan !! (Gambar)

Hujan yang menyirami Pulau Pinang bermula dari pagi hingga ketengah malam semalam dan hanya berhenti seketika sebelum ceramah bermula dan hujan renyai-renyai kembali setelah setengah jam ceramah bermula seolah-olah menyejukkan hati para penyokong DS Anwar Ibrahim dibumi Permatang Pauh ini yang mula panas setelah DS Anwar Ibrahim difitnah lagi ..

Biarpun hujan mencurah dan padang yang kering bertukar lecah.. namun ceramah terpaksa dijalankan juga bak kata seorang sahabat dari anggota beruniform tetapi tidak memakai uniform ketika bertugas.. “Bro!! Biar hujan .. Lawan tetap lawan!!”


Semalam 2 Mac 2011, sebagaimana yang telah dirancangkan dan diwar-warkan Satu Solat Hajat dan Ceramah Perdana Fitnah III telah berlangsung dikawasan Parlimen Permatang Pauh,.

‘Siapa’ Soi Lek, Rahim Thamby Chik untuk cakap soal moral?

Kedua-duanya hanyalah umpama ayam bapak yang berkokok berdegar-degar tapi ekor bergelumang najis..

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Chua Soi Lek dan Tan Sri Rahim Thamby Chik tidak layak bercakap soal integriti dan moral, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Beliau merujuk kenyataan The Star memetik seruan Soi Lek supaya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan bukti tak bersalah dalam kes video seks palsu.

“Seluruh rakyat Malaysia mual apabila politikus yang mempunyai rekod tak bermoral yang diketahui umum, berbicara mengenai moral dan integriti.

Video Lucah : Tindakan bodoh UMNO..

Terima Kasih buat para Pemimpin UMNO yang telah melakukan satu kesilapan besar dengan menggerakkan Fitnah III iaitu Video Lucah ini.. Satu kesilapan besar!!!

Terima Kasih!! Terima Kasih!! Terima Kasih!! ada momentum yang menarik bila aku perhatikan dalam Ceramah yang telah berlangsung di sini semalam.. buat sementara aku tidak mengulas momentum ini panjang lebar..




‘Kasihan Anwar! Dia diainaya dan dizalimi’.Inilah kata-kata yang terhembur keluar dari mulut individu-individu yang duduk berbincang sesama mereka , di mana sahaja sempat mereka bertemu dan berkumpul.

Saya Tidak Pernah Kesal Bersuamikan Anwar - Wan Azizah

KUALA LUMPUR 27 MAC :Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau tidak pernah menyesal bersuamikan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik siri dakwaan menyentuh soal moral Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu, termasuk terbaru rakaman video seks.

“Saya tidak pernah menyesali. Sebelum Anwar, saya pernah menerima lamaran lain. Tetapi solat istikharah, apabila Anwar melamar untuk menjadikan saya isterinya, saya bermimpi melihat banyak poster yang seperti poster pilihan raya.

Menipu Waktu Tweeter : Utusan dan Blogger UMNO bakal disaman..

Satu langkah bijak!! Saman!! terutama sekali blogger UMNO dari utara tu..


KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia yang memetik laporan blog tajaan Umno, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang twit ke akaun twitternya pada masa rakaman video palsu itu berlangsung, didesak memohon maaf atau berdepan saman dari KEADILAN.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun twitternya antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam berbanding waktu rakaman video berkenaan antara jam 10.20 malam hingga 10.41 malam.

Saturday, March 26, 2011

Video Lucah : Pengakuan dari Ahli UMNO yang menonton bersama Chegubard



Kalau korang baca kenyataan Chegubard yang menafikan bahawa Anwar bukan lelaki didalam Video lucah itu korang akan terbaca Chegubard telah pergi dengan seorang sahabatnya dari UMNO.. jadi siapa sahabatnya dari UMNO itu??

Pelancaran DNA: Polis ceroboh tempat persendirian



KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor meluahkan rasa kecewa dan mengecam tindakan pihak polis yang mengganggu majlis pelancaran Datuk Najib Altantuya (DNA) anjuran AMK dan PKR Pusat di Taman Melawati dekat sini semalam.

“Tindakan polis ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan AMK,” kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli.

Video Ucapan Anwar sebelum dihentikan Polis..

Video ucapan Anwar selama 15 minit di Pusat Khidmat Rakyat ahli parlimen Gombak, Taman Melawati seperti yang dibenarkan oleh pihak polis .. 15 minit sahaja tapi macam biasa.. belum cukup 15 minit Polis mula menghampiri pentas..

15 Minit masa untuk menyatakan kebenaran tetapi lebih dari 6 jam masa untuk menayangkan Video lucah tanpa gangguan.. Dirgahayu Malaysia!!



FRU Mencetuskan kekecohan di ceramah Anwar (Video Inside)

Dirgahayu Malaysia!! Tayangan Video lucah tidak digaggu sama sekali, tetapi bila ada usaha untuk menerangkan kebenaran ianya telah menjadi kesalahan sehingga FRU diguna untuk menggempur keadaan.. tidakkah mereka melihat generasi mana yang bangun??



Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak malam tadi.

Anwar diheret polis dari pentas ceramah!


KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.

Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Video Lucah : Kita dijadikan penonton bodoh!

Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakunkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!

VIDEO LUCAH DAN DOSA POLITIK



Dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails