Monday, February 28, 2011

Drama bersiri terbaru terbitan Barisan Nasional

Kenapa Bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy ini dituduh di Mahkamah sebagai menipu bekas Perdana Menteri, bukannya dituduh sebagai menyalahguna kuasa ataupun pecah amanah?



PUTRAJAYA, 28 Feb — Bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bravo Pulau Pinang!!!



GEORGETOWN, 28 Feb: Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai pelabur di Malaysia diikuti Selangor dan ini buktikan Kerajaan Pakatan Rakyat boleh membawa Malaysia ke arah kemakmuran, sejahtera dan bertrampilan.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu majlis dekat sini.

Ujarnya, apa yang diperlekehkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononya jika Pakatan Rakyat menguasai negara ini rakyat semakin mundur kebelakang sebab kejatuhan ekonomi tidak benar sama sekali.

Namakan siapa Mamak-mamak itu - Malik Kassim



GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang pada Isnin mencabar kumpulan 97 ahli dari cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini supaya membuktikan tindakan mereka keluar dari parti itu.

Naib Pengerusinya, Abdul Malik Abul Kassim berkata, jurucakap kumpulan itu perlu menunjukkan nama dan surat peletakan keahlian kesemua 97 ahli yang didakwa telah menyertai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).

BERNAMA tidak akan melaporkan berita ini..

Kalau korang baca laporan dari Bernama, yang boleh kita lihat dan baca hanyalah Ahli PAS keluar PAS, Ahli PKR keluar PKR dan Ahli DAP keluuar DAP..

Berita ini adalah sebaliknya pula..


255 Ahli UMNO, MIC sertai KEADILAN Tambun

IPOH: Ketika media arus perdana giat menghebohkan, kononnya ahli parti pembangkang menyertai Umno, Cabang KEADILAN Tambun menambah 255 ahli, kebanyakannya dari Umno dan MIC.

Mereka dengan menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kinta di sini, semalam.

Pertambahan ahli itu membolehkan menubuhkan tiga ranting baru ditubuh di DUN berkenaan iaitu Taman Berjaya, Bandar Mercham dan Tanjung Rambutan.

Tuduhan Liwat : Rakaman CCTV tak selari



Prosiding kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyaksikan peguambela meneruskan soal balas terhadap juru analisis audio dan video Makmal Forensik PDRM, ASP Fauziah Che Mat.

Dalam keterangannya, Fauziah berkata pada 3 Julai 2008, pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Periere datang ke makmalnya untuk menyerahkan dua bungkusan yang mengandungi cakera keras video keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) untuk dianalisis.

Rosmah naik helikopter bantu Najib menang Kerdau

“Pagi ini memanglah saya pujuklah juga Datuk Najib, bolehkah saya tak pergi. Dia kata, 'ini negeri Pahang... Negeri I, you kena pergi.' kata Rosmah.



Bagi yang kurang mengikuti perkembangan politik tanah air, daripada aspek fizikal, di Kerdau sekali imbas seolah-olah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang bertanding di DUN tersebut.

Selain dibanjiri warna biru dan hijau bendera parti berbanding – BN dan PAS – kebanyakan poster yang menunjukkan wajah Najib dan calon Pakatan Rakyat Hassanuddin Salim sahaja ditampal di sekitar kawasan seluas 273.27 km persegi itu.

Tiada Lagi PRK Selepas 28 April Tapi...



PILIHAN Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum berakhirnya sesi sidang Dewan Rakyat dan DUN masing-masing pada satu-satu penggal.

Bagi Parlimen tempoh akhir untuk mengadakan PRK adalah sebelum 28 April 2011. Selepas tarikh itu, sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan maka PRK tidak perlu diadakan.

Malaysia juga ada Leila Trabelsi, Suzanne



IPOH: Jika Tunisia mahupun Mesir ada Leila Trabelsi dan Suzanne yang dibenci hingga menjadi antara faktor mencetus kebangkitan rakyat, Malaysia juga memiliki persamaan kerana pentadbiran negara dikuasai isteri pemerintah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

“Di Tunisia, rakyatnya lebih menyampah isteri Ben Ali kerana semua perkara akan terdapat nama Leila Trabelsi. Satu Ben Ali, tiga kali Leila.


Sirih pulang ke ganggang..

GEORGE TOWN, 26 Feb: Seramai 97 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti itu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.

Mohamed Ibrahim A. Siahoo, yang mewakili kumpulan itu berkata tindakan mereka keluar daripada PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji untuk membela nasib rakyat khususnya kaum India Muslim.

"Keputusan kami ini waras dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak, sebaliknya mula sedar tentang parti mana yang boleh membantu kami," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang untuk menganggotai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kepada Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader di sini, Sabtu.

UMNO punca anak Khir Johari pilih DAP

Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad serta diperalatkan pemerintah bagi kepentingan peribadi..

Kata-kata anak kepada bekas Setiausaha Agung UMNO sendiri tu.. Hairan ya.. masih ada yang percaya UMNO memperjuangkan nasib Melayu padahal hakikatnya UMNO telah diperalatkan oleh sekelompok pemimpin UMNO untuk memperkayakan diri sendiri dan juga kroni..

UMNO punca anak Khir Johari pilih DAP

SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Sunday, February 27, 2011

Tu Dia!! 1800 Ahli PAS keluar parti..

Berita ni lagi hebat.. kalau Ahli PKR jumlah yang dilaporkan keluar parti hanyalah ratusan sahaja.. tapi jumlah yang keluar dari PAS pula dilaporkan mencecah 2000 orang.

Percayakah anda??


1,800 anggota PAS, 154 dari PKR masuk Umno

Sejak Januari lepas, seramai 1,800 anggota dan pemimpin PAS menyertai Umno Pasir Puteh selepas berasa tertipu dengan perjuangan parti tersebut.

Ketua Umno bahagian itu Zawawi Othman berkata mereka menyerahkan borang keanggotaan menerusi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Limbongan, Semerak, Gaal dan Selising.

"Ramai lagi anggota PAS terutama di peringkat akar umbi dalam proses menyertai Umno," katanya kepada pemberita selepas menerima 30 borang permohonan menyertai Umno di Kampung Wakaf Bunut, DUN Selising, di Pasir Puteh hari ini

250 anggota PKR Lembah Pantai keluar parti

Habislah PKR.. lama-lama tinggal Wan Azizah dengan Anwar sajalah nampaknya..

Pagi tadi ada berita yang mengatakan 154 Wanita PKR keluar PKR menyertai UMNO, malam ni pula ada lagi berita yang mengatakan 250 Ahli PKR Lembah Pantai pula keluar PKR..

Keluar PKR ni semakin menjadi-jadi bila Pilihanraya Kecil tiba.. tapi yang hairannya tak habis lagi Ahli PKR ni walaupun kalau dikira jumlah semua yang keluar tu dah terlalu ramai...


250 anggota PKR Lembah Pantai keluar parti

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Lebih 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Lembah Pantai, hari ini, keluar dari parti berkenaan dan menubuhkan Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (SESAMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan pelbagai kaum, yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Saya tak kata Ikhwanul Muslimin Mesir kumpulan pengganas - Najib

Cuba fahami kata-kata Najib ini..“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,”

Memang dia tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) itu kumpulan pengganas, tapi ayatnya itu menggambarkan seolah-olah Ikhwanul Muslimin menerima keganasan dan fahaman ekstrimis.

Najib: Saya tak kata Ikhwanul Muslimin Mesir kumpulan pengganas

TEMERLOH, 27 Feb — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas.

Hindraf sengaja cari publisiti burukkan Malaysia

TEMERLOH, 27 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap tindakan kumpulan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang mengadakan demonstrasi di ibu kota hari ini, adalah semata-mata untuk memburukkan Malaysia melalui media antarabangsa.

Beliau berkata, kumpulan itu amat berharap polis menggunakan kekerasan terhadap mereka supaya kerajaan Malaysia dilihat sebagai sebuah kerajaan yang zalim dan rejim autokratif.

“Kita tak nak guna kekerasan, mereka mengharapkan kita guna kekerasan supaya mereka nak terokai melalui televisyen antarabangsa yang menunjukkan kononnya kita sebuah rejim autokratif dan sebagainya, itulah niatnya yang sebenar,” katanya (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25 di sini, hari.

Kenyataan Media TG Nik Aziz Berkaitan Isu Najib Bidas Sheikh Qardawi sebagai Pengganas

Terkejut saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang saya sifatkan sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki baru-baru ini.

Menurut laman web National Review Online, beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang disifatkan oleh beliau berunsur violence and extremism (keganasan dan melampau).

Ditambah lagi dengan kenyataan beliau yang menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan. Di antara ayat-ayat kurang manis dalam laporan tersebut ialah : “Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism (kebimbangan ini berasaskan kepada sokongan Qaradawi dan justifikasi yang diberikan beliau terhadap keganasan).

Saya kira Perdana Menteri Malaysia sudah lupa langit tinggi rendah sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, pemergian ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ.

Wanita PKR masuk UMNO

Hakikatnya ada kebenaran yang disuarakan oleh mereka yang keluar dari PKR ini.. dan perkara ini akan berterusan jika tiada perubahan atau tindakan dari manusia yang dilantik sebagai Pemimpin..

IPOH – Seramai 154 ahli-ahli Wanita Pakatan Rakyat (PKR) hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang didakwa tidak mempunyai kredibiliti dan hala tuju perjuangan yang ikhlas.

Jumlah berkenaan meliputi ahli-ahli dari Ipoh Barat, Tambun, Chemor dan beberapa cabang lain bersama 34 wanita yang belum menyertai sebarang parti telah sepakat untuk menyertai UMNO.

Bekas Naib Pengerusi Cabang Ipoh Barat, Siti Aminah Mansor berkata, sepanjang 10 tahun bersama PKR, terbukti perjuangan dan kepimpinan parti hanya untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kebaikan rakyat.

Menurutnya, PKR sudah menjadi parti yang penuh dengan masalah perebutan kuasa sehingga sering melupakan ahli di peringkat akar umbi yang bertungkus lumus bekerja menghidupkan parti.

Proses undi PKR cabang sedingin salju..

PENDANG – Pengundian pemilihan Jawatankuasa PKR Cabang Pendang dilihat begitu dingin apabila tidak ramai ahli parti itu yang hadir membuat undian semalam.

Pusat pengundian yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Pendang (MDP) bermula jam 10 pagi dan berakhir kira-kira jam empat petang itu dilihat kurang mendapat sambutan memandangkan tidak mencapai sasaran kehadiran ahli membuang undi.

Ketua Penaja Pendang, Rashdan Ismail berkata, pemilihan jawatankuasa dan mesyuarat agung diadakan kali pertama setelah lulus daripada daftar pertubuhan (ROS) PKR Cabang Pendang.

Saturday, February 26, 2011

Video : Penamaan calon bagi PRK Merlimau dan Kerdau



Video yang dirakamkan dihari penamaan calon bagi dua DUN yang akan menghadapi Pilihanraya Kecil iaitu DUN Kerdau, Pahang dan juga DUN Merlimau, Melaka.

Saksikan ribuan penyokong mengiringi Calon-calon PAS/PR di kedua-dua kawasan mengundi tersebut.. semoga kejayaan juga turut mengiringi mereka biarpun kelihatan sedikit sukar, namun perjuangan perlu diteruskan..

Gambar : Sekitar Penamaan Calon PRK Kerdau

Gambar-gambar di sekitar hari penamaan Calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Kerdau yang telah berlangsung pada pagi 26 Feb. 2011.




Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Gambar : Sekitar Penamaan Calon PRK Merlimau..

Sedikit gambar untuk dikongsi bersama.. gambar-gambar pada pagi Penamaan Calon Pilihanraya Kecil DUN Merlimau yang telah berlangsung pada 26 Feb 2011 di Politeknik Merlimau, Melaka..

Lebih kurang 2000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat telah hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap Calon PAS/PR itu..




Qardawi penjenayah?.. Bertaubatlah Najib...

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.

Ali Rustam sarankan agar PAS tarik diri..

Kenyataan seorang Ketua Menteri ni.. nasib baiklah Pulau Pinang tak dapat Ketua Menteri yang bengap macam ni..

Umno: PAS patut tarik diri jika hanya mahu uji kekuatan

JASIN, 26 Feb — Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihatkan PAS menyerah kalah dan menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau, yang bermula hari ini, jika hanya mahu menjadikannya medan menguji kekuatan menghadapi pilihan raya umum.

Sehubungan itu Ketua Menteri Melaka berkata beliau yakin pengundi-pengundi Merlimau akan terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Najib dakwa Ikhwanul Muslimin pengganas

PETALING JAYA: Perdana Menteri Najib Tun Razak masih berprasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

“Ini terbukti dari petikan ucapannya di Turki seperti dilaporkan oleh National Review,” kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, dalam ucapannya, Najib menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di negara yang sedang bergolak itu kerana beliau mendakwa pertubuhan Islam itu masih terlibat dengan keganasan.

“Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan,” katanya.

Satu lawan satu BN-PAS di Merlimau, Kerdau

PAS telah mengemukakan sebanyak tiga bantahan ke atas pencalonan Roslan Ahmad sebagai calon BN. Bantahan itu antara lainnya berhubung perletakan jawatan Roslan daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

Setiausaha agung PAS Mustafa Ali berkata, jawatan Roslan dinyatakan sebagai 'tiada' sedangkan tiada surat perletakan jawatan.

Namun, pihak BN kemudiannya memaklumkan kepada mereka bahawa surat itu telah dihantar kepada majikan berkenaan, kata Mustafa lagi.

Mustafa juga berkata, setahunya, tiada bantahan dikemukakan ke atas calon PAS.

Friday, February 25, 2011

Malaysia akan jadi serupa Mesir jika PAS berkuasa - Ali Rooster

Kenyataan bodoh dari Ali Rooster.. Dia ingat pemimpin PAS tu jenis buat harta macam pemimpin UMNO kot?

Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau berkata ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat malah turut memburukkan keadaan.

Sebaliknya, kata beliau sistem pilihan raya yang telah diguna pakai negara sejak sekian lama lebih patut menjadi kayu pengukur kepada siapa yang berhak memerintah.

Video : Pengistiharan Calon PAS bagi PRK DUN Kerdau oleh TG Nik Aziz

Video diakhir entry..

TEMERLOH, 25 Feb: Calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau, Hassanuddin Salim menyeru seluruh petugas parti itu dan Pakatan Rakyat bekerja keras untuk membuktikan kemenangan mampu diraih pada 6 Mac nanti.

Beliau yang merupakan seorang usahawan berkata, walaupun menyedari bahawa PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi jentera kerajaan Malaysia, bukannya BN pada PRK itu tetapi kejayaan boleh dicapai jika usaha yang bersungguh-sungguh dilaksanakan oleh jentera Pakatan Rakyat.

“Insya Allah, dengan dokongan dan sokongan semua pemimpin Pakatan Rakyat, muslimin dan muslimat yang berusaha bertungkus-lumus, kita buktikan Dun Kerdau ini boleh dirampas oleh PAS dalam pilihan raya kecil ini,” ujarnya .

Video : Pengistiharan Calon PAS bagi PRK DUN Merlimau

Video diakhir entry..

JASIN, 25 Feb: Calon PAS di Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah menyifatkan pemilihan beliau untuk mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun berkenaan sebagai penghargaan kepada sumbangan golongan muda.

Yuhaizad, 38 berkata, pemilihan berkenaan menunjukkan kesungguhan PAS mengiktiraf golongan muda sebagai penyumbang dalam perubahan lanskap politik Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Pengisytiharan calon ini bukan milik saya tapi satu manifestasi keprihatinan PAS yang mengiktiraf sumbangan semua pihak baik lelaki mahupun perempuan dan merupakan penghargaan yang sangat bermakna bagi pemuda di seluruh Malaysia.

PRK Kerdau : Depa buat dah...



TEMERLOH, 25 Feb: PAS menyifatkan penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan oleh pihak tertentu merupakan hasutan melampau terdapat PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyebaran risalah itu jelas menunjukkan bahawa pihak lawan amat takut dengan program 100 Hari Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga.

Gambar : Semalam di Kerdau..



Gambar-gambar di sekitar pengumuman Hassanuddin sebagai calon PAS yang telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.


Tuduhan Liwat : Pakar kimia akui ‘cantikkan’ resume

KUALA LUMPUR: Pakar kimia dari Jabatan Kimia, Nor Aidora Saidun yang juga saksi keenam perbicaraan Fitnah II mengaku telah ‘mencantikkan’ resume beliau di dalam mahkamah hari ini.

Ia dibuat sewaktu peguam Ram Karpal bertanya tentang kursus pemeriksaan DNA helaian rambut yang tertera sebagai salah satu daripada kursus yang pernah dijalankannya.

“Anda menulis di dalam CV anda, anda mengadakan kursus tersebut. Anda mempunyai pengetahuan tentang pemeriksaan (DNA) rambut?” tanya Ram Karpal.

Revolusi Libya : Tentera Gaddafi bedil Masjid



BENGHAZI (Libya): Satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu.

Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.

Revolusi Libya : Gaddafi izin tentera tembak sesuka hati

Photobucket

PARIS: Seramai 2,000 orang terbunuh di Libya selepas pemimpinnya, Muammar Gaddafi mengizinkan anggota keselamatan mengganas bagi menghentikan protes antipemerintah, kata seorang menteri kanan Itali dan bekas pegawai kanan Tripoli.

Ini didedahkan oleh duta hak asasi Perancis, Francois Zimeray dalam wawancara dengan agensi berita. “Kekacauan dan pertumpahan darah itu umpama pengusiran pengikut Nabi Musa oleh Firaun,” kata Menteri Luar Itali, Franco Frattini sambil meramalkan beribu-ribu warga Libya akan lari ke negaranya.

Yuhaizad di Merlimau, Hassanuddin di Kerdau

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 24 Feb: PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad (kanan) selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Thursday, February 24, 2011

Utusan diberi percumapun tak diterima di Sekolah Cina..

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pakatan tiada isu di Kerdau?

Bagi Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi

Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang kawasan Kerdau itu, tiada isu besar yang boleh dicanangkan oleh pembangkang.

“Yang ada hanyalah isu setempat berkaitan tanah dan isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air, yang semuanya akan diselesaikan secepat mungkin” katanya.

Revolusi Libya : Peluang baik buat kerajaan..



Dengan sebahagian pengeluaran minyak di Libya ditutup ekoran pertempuran antara penunjuk perasaan antipemimpin Muammar Gaddafi dan penyokongnya, harga minyak dunia terus naik sehingga parasnya mencecah AS$110 setong semalam.

Hah! tunggu apa lagi Najib? Alasan sudah ada.. naikkanlah harga minyak tu..

Krisis Libya: Gaddafi bertarung, harga minyak mentah terus naik

TRIPOLI, 24 Feb — Sementara pergolakan politik di rantau Asia Barat merebak ke Libya, pengeluar utama minyak di dunia, gelombang kebangkitan rakyat turut memberi kesan ke atas bekalan minyak dunia sekali gus boleh menyumbang kepada ancaman baru ke atas global ekonomi.

Kekerasan tidak wajar digunakan terhadap Rakyat - Najib


Ini bukan rakyat Libya tapi rakyat Malaysia

Kata Najib di Istanbul, Turki kepada pemberita AFP “ Kami percaya bahawa Gaddafi tidak sewajarnya menggunakan kekerasan”

Tambahnya lagi “Apa yang penting ialah mengambilkira kemahuan rakyat.. Sistem harus dilaksanakan dan ianya haruslah berdasarkan sokongan rakyat”..

Kes bunuh Sosilawati dipindah ke Mahkamah Tinggi



Mahkamah Majistret di Banting hari ini memerintahkan kes bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Lebih 1,000 dibunuh di Libya



Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripada mereka di ibu negara, Tripoli, kata Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, semalam.

Menurut AFP, Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, huru-hara timbul akibat kemarahan orang ramai terhadap regim Gaddafi itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.

Pandaipun... dan Tahniah BN!

Tahniah buat Kerajaan BN, kerana kali ini mampu bertindak tanpa menunggu desakan rakyat.. terutama sanak saudara mereka yang kini berada di Libya..

Pesawat sewa khas untuk pindahkan rakyat Malaysia dari Libya

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Kerajaan akan menggunakan pesawat sewa khas dari Eropah untuk memindahkan 190 rakyat Malaysia yang merayu supaya dibawa pulang dari Libya yang sedang dilanda pergolakan, selepas kerajaan negara itu enggan membenarkan pesawat tentera masuk.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab memberitahu Bernama malam ini bahawa kerajaan Libya telah membuka ruang udara selama 48 jam untuk membenarkan usaha memindahkan warga asing.

Wednesday, February 23, 2011

Gambar : Rumah (Istana) milik Taib Mahmud dan Kroninya..

Sila scroll hingga ke akhir artikel..



Ketika Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan Kroni pembalakannya mahu mengeluarkan masyarakat Rumah Panjang dari Tanah Adat mereka, Taib dan Kroninya akan menjanjikan perkara yang sama.

Mereka menjanjikan akan membawa kemajuan dan pembangunan buat masyarakat Rumah Panjang itu yang kebanyakkannya tidak menerima sebarang pampas an dari pengambil-alihan Tanah Adat milik mereka itu

Dan yang menerima pampasan pula nilainya pula amat kecil dan hanya cukup buat membeli beras jika dibandingkan dengan kayu yang berharga dan tanah milik mereka itu.

Najib lawat kilang kereta perisai Turki pula..

ANKARA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Turki melawat FNSS Savunma Sistemleri AS, sebuah kilang membuat kereta tempur perisai di sini hari ini.

Semasa lawatan itu, Najib diberi taklimat mengenai syarikat itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besarnya, K Nail Kurt. Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beberapa Ahli Parlimen dan pegawai kanan kerajaan.

FNSS adalah rakan perindustrian Malaysia sejak 10 tahun lalu menerusi DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH).

Perdana Menteri turut menyaksikan demonstrasi keupayaan kereta perisai berkenaan.

Anak Bekas SU Agung UMNO kini SU Politik Guan Eng



Zairil Khir, Ketua Eksekutif RND Chocolate Labs Sdn Bhd, merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari yang telah menganggotai DAP hari ini telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng..

KM Pulau Pinang lantik setiausaha politik Melayu

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan setiausaha politik barunya Zairil Khir Johari berkuat kuasa hari ini.

Tuduhan Liwat : Dokumen saksi keenam tidak diberi kepada peguam

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memanggil saksi ke enam pendakwa, iaitu ahli kimia Nor Aidora Saidun.

Beliau adalah Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008 dan menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998.

Dalam sesi soal balas sehingga tengahari tadi, pihak peguam membantah dokumen yang dibacakan saksi berkenaan kerana ia merupakan laporan saintifik yang tidak diperoleh pihak peguam.

Mahkamah juga dijangka mengetahui identiti DNA ‘lelaki Y’ yang dianalisa ahli Kimia dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong hari ini.

Kempen Anti Taib diurus oleh Anak Sarawak (Clare Rewcastle Brown)

Sebelum itu.. perlu diketahui Clare Rewcastle Brown, 51 adalah adik ipar kepada mantan Perdana Menteri Btitish telah dilahirkan di Sarawak sebelum Sarawak merdeka, beliau telah tinggal di di Sarawak sehingga berusia lapan tahun.

Bersama Clare Rewcastle Brown dalam penyiaran Radio Free Sarawak adalah seorang warga Sarawak yang berbangsa Dayak iaitu Peter John Jaban.


Adik ipar bekas PM Britain urus kempen anti-Taib

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Siaran Radio Free Sarawak, stesen radio yang kritikal terhadap kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dikendalikan oleh adik ipar bekas perdana menteri Gordon Brown dan seorang warga keturunan Dayak dari London, demikian menurut laporan London Evening Standard.

500 Ahli PKR Pahang akan keluar parti?

PAHANG: KEADILAN Pahang mengesan kegiatan agen Umno-BN yang sedang aktif menghubungi anggota parti KEADILAN bagi tujuan memujuk mereka keluar parti, menjelang Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Ahmad Nizam Hamid berkata, agen tersebut dikenalpasti telah menghubungi anggota-anggota KEADILAN di Temerloh dan Kuala Krau, selain mensasarkan anggota parti di cabang-cabang lain seperti Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.

Ahmad Nizam berkata, dari maklumat yang diperolehi pihaknya, sekitar 500 individu yang dikatakan anggota KEADILAN akan mengiystihar keluar dari parti itu secara beramai-ramai.

Gaddafi berdegil (Video Inside)

Tentera Libya diberitakan telah menyerang dan mengebom banyak lokasi kelmarin dan Muamar Gaddafi pula telah menafikan laporan itu..

Terus terang aku katakan.. aku ada sedikit kemuskilan dalam isu Revolusi di Libya ini, berbeza dengan apa yang berlaku di Mesir, biarpun kemudahan internet telah disekat oleh kerajaan Mesir pada masa itu tapi banyak Video dari tempat kejadian telah di 'upload' ke You Tube.. tapi di Libya ni banyak berita tapi tak nampak satu videopun yang menunjukkan serangan itu..

Adakah ini satu propaganda barat semata-mata?


Gaddafi berdegil, dakwa demonstrasi mahu tukar Libya negara Islam

TRIPOLI, 23 Feb
— Pemimpin Libya Muammar Gaddafi menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun berhadapan dengan kebangkitan rakyat, secara besar-besaran yang tidak pernah disaksikan sebelum ini, terhadap kepimpinan beliau.

Eh!! Depa tiru kita la....

Sebelum ini Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Pulau Pinang telah bersetuju untuk menanggung kos penghantaran semula pelajar ke Mesir.. walaupun ada pihak mengatakan usaha tersebut hanyalah sekadar mencari publisiti murahan.

Namun semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meniru idea itu dengan meminta Kerajaan-kerajaan negeri di minta menanggung kos perbelanjaan penghantaran semula pelajar ke Mesir.


Kerajaan negeri tanggung kos

KUALA LUMPUR – Kerajaan-kerajaan negeri di minta menanggung kos perbelanjaan penghantaran semula pelajar ke Mesir.

Negara akan sengsara tanpa Tol - Mahathir

KUALA LUMPUR - Gagasan menjadikan lebuh raya milik negara bukan sahaja merupakan keputusan perniagaan yang tidak bijak malah akan menjadi beban kewangan kepada kerajaan, yang boleh mengakibatkan negara menjadi lebih miskin dan kurang maju.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu bukan sahaja melibatkan kos mengambil alih lebuh raya dibiayai melalui wang rakyat, Malah perbelanjaan untuk menyenggara lebuh raya akan juga dibiayai melalui dana disatukan.

“Oleh kerana tiada tol akan dikenakan, kerajaan tidak akan mendapat wang daripadanya dan juga tiada cukai dipungut daripada syarikat swasta yang mengendalikan operasi jalan raya kerana mereka tidak akan ada sumber pendapatan.

Mengapa Malaysia perlu diselamatkan dari UMNO?

Ini secebis dari sebab mengapa PAS/PR mesti mengambil peranan menjelaskan kepada rakyat mengapa orang Melayu khususnya bahkan negara akan terus ketinggalan, andainya PAS/Pakatan Rakyat tidak dedahkan lantas segera menyelamatkan negara.

Kerana pengabaian dan pengkhianatan terhadap Melayulah maka PAS/PR terpaksa mendepani kebejatan pengurusan kewangan pembangunan tempang ini. Umno mendodoikan Melayu dengan Ketuanan Melayu-Umno tetapi sebenarnya memperkayakan segelintir kroni dan memangsakan rakyat teramai khususnya orang Melayu.

Menurut Prof Dr Mohammed Arif, bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), selepas 3 dekad perlaksanaan DEB dan penyelewangannya, 75% daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah paras RM2,000 sebulan ialah kaum bumiputera. Sementara itu terdapat 40% dari rakyat Malaysia yang mendapat pendapatan isi-rumah kurang dari RM1500 sebulan. Tegasnya, Melayu kaum yang menjuarai kelompok berpendapatan rendah.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails