Monday, January 31, 2011

Revolusi Mesir : Selamatkan Ezam segera!!

Korang baca betul-betul petikan berita-berita dibawah, aku yakin ramai yang terlepas pandang bahawa ada seorang Senator yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bersumpah telah terperangkap di Mesir..


Semalam 30 Jan - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk membawa balik kesemua pelajar terbabit ke tanah air kerana situasi kesemua pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas berlakunya demonstrasi bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan sejak 25 Januari lalu.

Harga Petrol dinaikkan lagi kerana BN telah menang di Tenang!

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Egypt Revolution the Video


Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu.

Video : Ulasan Guan Eng tentang PRK DUN Tenang

PAS dan PR hanyut dalam PRK Tenang..



Banjir yang melanda Johor ketika ini, bukan sahaja menengelamkan kediaman penduduk di beberapa daerah negeri ini, malah turut menghanyutkan sokongan terhadap PAS, jelas dari keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berakhir semalam.

Keputusan rasmi yang diumumkan kira-kira jam 10.15 malam tadi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berjaya mengekalkan kerusi Barisan Nasional (BN) di DUN tersebut apabila menewaskan calon PAS, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.

Kenapa BN menang di Tenang?



LABIS, 31 Jan: Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Pada jam 11 pagi ketika para pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak di jalan menuju ke kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas kecemasan kerajaan bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk membawa bot ke sana.

Bina sendiri, jangan ambil hak orang lain?

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, Kerajaan Negeri sepatutnya membina sendiri kemudahan untuk rakyat seperti dewan atau pusat komuniti kerana mempunyai lebihan perolehan yang besar setiap tahun.

“Memang tanah milik Kerajaan Negeri tetapi peruntukan membinanya disediakan Kerajaan Pusat. Janganlah suka merampas hak orang lain kerana ia juga untuk kepentingan rakyat tambahnya.

Hmm.. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO.. bukan mengakui hak kerajaan itu hak mereka.

Sunday, January 30, 2011

Tenang : Dah tenggelampun masih sokong??.. Aku tak faham...

Biarpun ketika proses mengundi sedang berlangsung ada kawasan yang ditenggelami air sehingga keparas pinggang namun ketidak cekapan kerajaan negeri Johor itu masih dihargai oleh pengundi di Tenang..

Aku betul-betul tak faham dengan Melayu Felda di Johor ni..


Meskipun Barisan Nasional akhirnya berjaya untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang-nya, namun kemenangan ini pada hakikatnya memberi tamparan sengit kepada slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", tebu yang ditanam di bibir Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak.

Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar.

Pengundi akan hukum Gobalakrishnan - Ustaz Azizan

Sebelum korang baca apa komen Ustaz Azizan pasal Gobala.. baca yang ni dulu..

Berbincang mengenai surat aduan yang baru diterima.

Sebenarnya sepanjang hari ini aku telah bergerak bersama TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dalam program Ziarah dan juga program gotong royong di sekitar Penanti.

Pada sebelah petangnya kami telah bertolak ke Kuala Muda bersama TKM1 yang akan merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Warisan Anak Laut Bersatu (PERWIRA) dikawasan Penaga.

Sebuah kereta rasmi TKM1 dan lagi dua buah kenderaan pengiring, malangnya kami telah terlajak hingga ke Kuala Muda Kedah.. kawasan Ustaz Azizan tu..

Tenang : PAS lost but the biggest loser is Chua Soi Lek!

ANALYSIS, Jan 30 — It was not quite the 5,000-vote majority the Barisan Nasional (BN) and Datuk Seri Najib Razak craved, but the margin of victory was still convincing.

Here are some of the winners and losers from today’s results:

LOSERS

Pakatan Rakyat (PR)

PR were still unable to make significant inroads into Barisan Nasional’s (BN) Johor fortress.

Its candidate was on the defensive throughout the campaign, and failed to set the tone of the contest.

There also appeared to be no unified message for voters except to appeal to their sense of outrage at any perceived unhappiness with BN.

PRK Tenang : Status Quo..

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

PRK Tenang : Berhati-hatilah wahai para sahabat...

Kajian yang dijalankan oleh Ilham Centre yang telah dikeluarkan hari ini menunjukkan Barisan Nasional akan mengalahkan PAS dengan majority 3000 undi.

Dan jumlah tersebut adalah kurang dari apa yang diharapkan oleh Muhyiddin Yassin iaitu sebanyak 5000 undi, bagaimanapun ianya adalah sedikit peningkatan majority buat Barisan Nasional jika dibandingkan dengan apa yang telah dicapai oleh mereka pada PRU 2008 yang lalu.

Kajiselidik yang melibatkan 549 responden itu telah dijalankan antara 26 Januari lalu hingga kelmarin juga menunjukkan PAS gagal dalam mendapatkan peningkatan dalam undi dari kaum Cina.

Barisan Nasional dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 73.1% undi dari Melayu, 48.6% undi Cina dan 50% undi dari kaum India.

Bagaimanapun itu hanyalah satu kajiselidik yang telah dilakukan oleh Ilham Centre yang terbukti selama ini hasilnya tidak pernah tepat dan lebih memihak kepada Barisan Nasional, namun begitu ianya wajar juga diberikan perhatian oleh Pakatan Rakyat.

Chinese swing to PAS may spell doom for MCA


LABIS: The Tenang Malay and Indian votes are considered “in the bag” for the Barisan Nasional (BN), but the 5,766 Chinese voters here – who make up 39% of the electorate – may still prove a headache to the BN.

And BN, especially the MCA, has much to worry about – and not just in Tenang.Opposition sources are predicting that at least 70% of the Chinese will vote for PAS candidate Normala Sudirman on polling day tomorrow.

PRK Tenang : Ubah Sekarang!!!

Hari paling sibuk dalam pilihanraya biasanya adalah hari-hari akhir menjelang pengundian. Di sinilah "senjata akhir" akan digunakan oleh parti-parti yang bertanding. Hari terakhir berkempen bermakna hari kritikal bagi kedua-dua pihak. Hari "panas" untuk mengambil seberapa banyak peluang berkempen!

Bagi pengundi, ini mungkin hari terakhir mereka mendapat sebarang bentuk hadiah dari langit. Tangan-tangan yang memangkah dalam pilihanraya merupakan tangan yang amat berkuasa menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Dalam konteks Tenang; rakyat diberi pilihan samada memilih PAS ataupun BN. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Saturday, January 29, 2011

PRK Tenang : Di kubu kuatpun BN gelagah..

Hari paling sibuk dalam pilihanraya biasanya adalah hari-hari akhir menjelang pengundian. Di sinilah "senjata akhir" akan digunakan oleh parti-parti yang bertanding.

Hari terakhir berkempen bermakna hari kritikal bagi kedua-dua pihak. Hari "panas" untuk mengambil seberapa banyak peluang berkempen! Bagi pengundi, ini mungkin hari terakhir mereka mendapat sebarang bentuk hadiah dari langit. Tangan-tangan yang memangkah dalam pilihanraya merupakan tangan yang amat berkuasa menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

Dalam konteks Tenang; rakyat diberi pilihan samada memilih PAS ataupun BN. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Tiada Penari Bogel.. tapi Dewan Tetap Penuh.. (Gambar)

Berikut adalah sedikit gambar untuk dikongsi..


Tiada penari bogel atau tiada artis yang berpakaian seksi ataupun pemuzik-pemuzik mengiringi majlis seperti yang diperlukan oleh Zahid Hamidi bagi memenuhkan dewan Majlis Makan Malam buat masyarakat Cina.

Dengan berdirinya sesusuk tubuh berjubah labuh dan beberapa susuk tubuh lagi pemimpin Pakatan Rakyat cukup untuk memenuhkan Dewan dimana Majlis Makan Malam Tahun Baru di Labis ini..

PRK Tenang : Ceramah DAP meriah, Jamuan makan malam MCA tak laku..

Meskipun PRK Tenang menyaksikan pertarungan antara UMNO-Barisan Nasional dengan PAS-Pakatan Rakyat, namun kelihatan rakan partinya lebih bersungguh-sungguh sepanjang tempoh kempen.

Antaranya, MCA menurunkan tujuh orang Timbalan Menteri untuk mengetuai pasukan kempennya, malah Presidennya Chua Soi Lek dan anaknya, Chua Tee Yong, juga penyandang kerusi parlimen Labis, melawat ke semua tokong Cina dan pasar malam di situ.

Sementara itu, DAP pula mencurahkan sokongan sepenuhnya kepada PAS untuk menangkis serangan isu Negara Islam yang memanah Pakatan Rakyat. Selain strategi kreatifnya yang bertemakan "TUKAR" sempena Tahun Baru Cina, kenyataan demi kenyataan media dikeluarkan untuk menyanggah setiap tuduhan yang dilemparkan MCA, malah mencabar agar Chua Soi Lek tampil berdebat.

PRK Tenang : BN Yakin Menang di Tenang

Kurang 24 jam, kempen pililhan raya DUN Tenang alam melabuhkan tirainya, namun bagi BN, mereka tetap yakin kerusi akan tetap miliknya. Malah, ramai juga yang menganggarkan BN akan mencatatkan pertambahan majoriti melebihi seperti yang diraih pada pilihan raya umum 2004.

Ini berdasarkan faktor, BN berjaya mengenal pasti faktor utama mengapa pengundi tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008. Parti itu juga dikatakan telah menyelesaikan isu dan masalah berbangkit di kalangan pengundi.

"Pergerakan kita di sini seperti pokok, kita tak menilai pokok itu kita berbuah tetapi kita menilai pokok itu (pada) kali pertama kita menanam benih pokok tersebut. Dengan bajanya, dengan kualiti benihnya, kerana jangkauan kita adalah buah tersebut.

Ribuan sertai ceramah perdana terakhir

Memang ramai yang hadir.. apa yang diharapkan disini ialah semoga majoriti yang hadir pada ceramah ini adalah pengundi dari Tenang sendiri...


LABIS, 29 Jan: Ribuan penyokong menyertai ceramah perdana yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala sempena ceramah penutup kempen utama mereka di Tenang malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng menyertai majlis itu yang turut disertai oleh para pemimpin kanan dari parti dalam komponen Pakatan Rakyat.

Antara Cikgu Mala dan Tok Ai.. Anda nilaikanlah..


Ini adalah wawancara yang telah dilakukan oleh mStar dengan kedua-dua Calon yang bertanding dalam PRK Tenang, semua soalan yang sama telah diajukan terhadap calon-calon itu tetapi dimasa dan tempat yang berbeza bagaimanapun telah dijadikan satu artikel oleh Anak Sungai Derhaka.

Jawapan yang diberikan jelas mencerminkan keperibadian calon yang sebenar.. jawapan mereka menunjukkan kepada kita siapa yang dekat dengan masyarakat dan siapa yang lebih suka bergaul dengan golongan elit, siapa yang dekat dengan Islam dan siapa pula tidak..

PRK Merlimau: 6 Mac undi, 26 Feb penamaan calon

Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Melaka ditetapkan pada 6 Mac depan.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Februari.

Perkara itu diumumkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Labis lewat malam ini.

Abdul Aziz juga berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lepas berhubung kekosongan kerusi DUN itu pada hari sebelumnya, lapor Bernama.

Friday, January 28, 2011

Contoh Serbuan MEMBABI BUTA.

Ini adalah contoh apa yang dikatakan serbuan membabi buta.. Serbuan secara membabi Buta ini telah dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein terhadap DS Anwar Ibrahim..

Hishamuddin kata beliau telah mengarahkan pihak Polis menyoal siasat DS Anwar Ibrahim kerana Dakwanya laporan CNN telah mengaitkan Anwar tetapi Hishamuddin mengakui beliau belum membaca laporan tersebut.

Sedangkan kalau dibaca laporan oleh CNN ini (sila baca di SINI) ianya mengatakan, laporan risikan Arab Saudi sebelum ini mendapati tiada bukti mana-mana pegawai negara itu membiayai Anwar berdasarkan siasatan sulit yang dibuat kerajaan itu dan tidak ada kena mengena dengan pengganas pun.

PRK Tenang : Cikgu Mala menjawab isu MC suaminya (Video)

Dalam minit yang ke 2:50 Videoclip diakhir entry ini anda akan mendengar satu soalan perangkap yang bunyi soalannya begitu bodoh sekali..

Soalannya " Kenapa mengambil MC pada hari Khamis dan Jumaat? sedangkan pada hari Sabtu dan Ahad tidak?" begitu lebih kurang bunyinya..

Nasib baik wartawan tu bertanya kepada Cikgu Mala..

Kalau dia tanya kat aku ini jawabnya “Awat hang bodo sangat!!! Hari Sabtu dan Ahad dah memang cuti.. nak ambik MC buat apa lagi??”

Dan ini pula adalah jawapan Cikgu Mala mengenai Isu MC yang dibangkitkan oleh blog-blog Pro-UMNO dan juga Media tunggangan UMNO...

Beliau mengatakan beliau tidak merasa tertekan dengan isu MC yang ditimbulkan oleh Media Tunggangan UMNO kerana beliau yakin dengan integriti yang dikeluarkan oleh pihak Hospital dan beliau percaya bahawa apapun tohmahan atau fitnah itu sekiranya terbukti sebagai fitnah, penganiayaan itu akan berbalik kepada sipembawa fitnah itu..

Isu FLOM : Seluruh Ahli Parlimen ditipu Najib di Dewan Rakyat.



Kewujudan Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) di Pejabat Perdana Menteri membuktikan bahawa Najib Tun Razak telah berbohong kepada Dewan Rakyat bila beliau dikatakan pernah berkata isterinya Rosmah Mansor tidak mempunyai kakitangan sendiri menurut Teresa Kok.

"Perdana Menteri berbohong kepada Dewan Rakyat pada November 2010 ketika dalam meberi jawapan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera (Liew Chin Ton), dia mengatakan bahawa tidak ada kakitangan sepenuh masa atau kakitangan kontrak khusus ditugaskan kepada isterinya, Rosmah Mansor.

Laporan CNN bukti Najib sudah takut.



KUALA LUMPUR: Ketakutan Datuk Seri Najib Razak semakin menjadi-jadi apabila Perdana Menteri itu dalam laporan Cable News Network (CNN), menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap kerajaan Arab Saudi yang kerabatnya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, laporan CNN yang disiarkan beberapa jam lalu menjelaskan sikap Najib lantaran dua putera pimpinan kerajaan Arab Saudi menyokong dan membiayai Anwar untuk pilihan raya umum yang akan datang.

Kesian.. tak dapat Calon, suami Calonpun jadilah..

Kesiannn... nak serang Calon, tak ada isu nak dibawa cuma fitnah saja yang ada jadi tak boleh nak serang Calon suami Calon pula yang menjadi mangsa..

Tapi.. takkan pasal sakit pun nak cuba dijadikan isu kot??


Suami Normala sakit kritikal?



KUALA LUMPUR 27 Jan. - Status kesihatan Maarof Abd. Mutalib, suami kepada Normala Sudirman calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, menjadi persoalan kerana beliau dilaporkan mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Apa cerita Makkal Sakti ni?.. kata sokong tapi report Polis

Apa cerita Makal Sakti ni.. satu puak kata sokong Pakatan Rakyat di Tenang.. tapi hari ni pula.. satu puak lagi membuat laporan polis kerana mendakwa ada individu menyamar sebagai presiden parti itu dan menyokong serta berkempen bagi pihak pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

20 Januari lalu.. LABIS- Parti Makkal Sakti yang kini diterajui oleh Kannan Ramasamy selepas perlantikannya di Mesyuarat Agung Tahunan September 2010 menyatakan sokongan penuh kepada calon PAS, Normala Sudirman bagi PRK Tenang kali ini.

Dana Pilihanraya UMNO datang dari 'Sports TOTO'?

Artikel ini telah diterima melalui e-mail dari seorang sahabat,penulisnya mungkin terdiri dari seorang bukan Islam kerana orang Islam adalah diharamkan dari membeli nombor ekor atau 4D.

Penulis juga telah melahirkan rasa curiga tentang beberapa ‘Special Draw’ yang sering diadakan oleh Sports Toto dan beiau juga menggesa semua kaki nombor agar memboikot perjudian yang dijalankan oleh Berjaya Sports Toto itu hingga Suruhanjaya Bebas ditubuhkan bagi menyiasat aktiviti Berjaya Sports Toto itu.

Kecurigaan beliau bermula dengan kemenangan oleh seseorang yang tidak tahu siapa gerangannya kerana ianya tidak pernah diumumkan dalam cabutan Toto Mega 6/52 yang jumlahnya bernilai RM20 Juta.

Begitu juga dengan jumlah yang terkumpul sehingga RM17 Juta dalam cabutan yang seterusnya telah dimenangi oleh seseorang yang tidak diumumkan siapakah gerangannya dan dalam masa yang sama hadiah untuk cabutan Super 6/49 yang bernilai RM13 Juta juga telah dimenangi oleh gerangan yang tidak diketahui siapa.

Thursday, January 27, 2011

Aku Bukan Nyamuk - Ummi Hafilda

Ummi turut mahu membuat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger pembangkang yang memfitnah dirinya.Blogger itu termasuk ‘Tukar tiub’, ‘Tranungkite’, ‘Ruang bicara pria malaya’, dan akhbar Media Rakyat yang berniat jahat menyiarkan gambarnya dimuka depan akhbar bertajuk ‘Kisah dalam kain diselak’.

Anwar, jangan anggap saya ‘nyamuk’: Ummi



KUALA LUMPUR: Saksi kes Liwat I membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Ummi Hafilda Ali memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak meganggap dirinya sebagai ‘nyamuk’.

Malah Ummi berkata dirinya mungkin akan menjadi salah satu penyumbang utama kepada kejatuhan karier politik Anwar.

Alah bohong, bohonglah lagi

Ahmad Tajdid

BOHONG sememangnya perangai keji. Ia dilarang agama. Mereka yang berbohong juga memiliki salah satu daripada sifat munafik. Tapi nampaknya berbohong kini sudah menjadi resam orang politik. Tak kiralah mereka yang sudah lama berpolitik, baru menceburi alam politik ataupun sedang cuba-cuba menjadi orang politik.

Dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang yang sedang berjalan kini, pembohongan juga sudah menjadi 'komoditi politik' paling laku di pasaran. Pihak yang pandai berbohong pula mempunyai kemahiran menuduh lawannya yang bercakap benar sebagai berbohong.

Salah satu contoh pembohongan dilakukan anak Presiden MCA sendiri yang kini mewarisi kerusi Parlimen bapanya, Dr Chua Soi Lek yang anti-Islam dan mempunyai masalah moral.

Ahli Parlimen Labis itu, Chua Tee Yong @ Chua Jr menuduh calon PAS, Normala Sudirman mempersoalkan tindakan seorang pemilik kedai kopi berbangsa Cina kerana menjual arak. Tuduhan Chua Jr itu dilaporkan akhbar China Press.

PRK Tenang : Laporan polis dibuat terhadap calon BN

LABIS, 27 Jan: Seorang pengundi di Dun Tenang, Mohd Nasir Ahmad membuat laporan polis terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjawat Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Mohd Nasir merupakan kawan kepada pemilik tanah yang dilelong itu, Mansor Mohamad membuat laporan berkenaan di Balai Polis Labis, di sini, pada jam 11.50 pagi tadi.

Beliau di dalam laporan itu menyatakan tanah rakannya itu yang beralamat di HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Segamat telah dilelong pada 1 Disember 2003 lalu.

PRK Tenang : Wak Al-Banjari Cabar kedua-dua Calon berdebat.



Kumpulan Blogger-Blogger Independent (Independent Bloggers Group) atau ringkasnya dikenali dengan nama KUBID telah mengantar surat jemputan Debat kepada Calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Debat itu bertujuan untuk melihat amalan politik baru iaitu politik berpegetahuan, " knowledge political " subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara dimana dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus diantara calon yang bertanding sudah pasti akan memberikan maklumat dan penyelesaian mutlak demi kebaikan rakyat dan pengundi di DUN Tenang, dan bukan sekadar politik retorik.

PRK Tenang : Pilih yang selamat dunia, akhirat - TG Nik Aziz

Pengundi dan orang tempatan di Air Panas malam tadi ternanti-nanti untuk mendengar ceramah sulung Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena pilihan raya kecil DUN Tenang.

Cuaca lembab akibat hujan sepanjang hari semalam di daerah mengundi itu, tidak menghalang orang ramai hadir mendengar ceramah yang diadakan di Dataran Air Panas.

Dalam ceramahnya, menteri besar Kelantan itu meminta pengundi memberikan sokongan penuh kepada calon PAS Normala Sudirman ketika pilihan raya 30 Januari ini.

Mengakui tidak mengenali lebih dekat calon PAS itu, Nik Aziz bagaimanapun memberitahu, "kehebatan" bekas guru itu jelas kelihatan, antaranya melalui laporan temuramahnya dengan akhbar.

Jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang



Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menjemput semua rakyat yang berbilang kaum untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang pada 3 Februari 2010 (Khamis) jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang di Penang International Sports Arena (PISA), Relau, Pulau Pinang.

PRK Tenang : Majoriti 5000? Boleh ka..

Difahamkan Umno yang yakin untuk memenangi majoriti pengundi Melayu di kawasa itu mula menyalahkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana didakwa gagal mengawal momentum yang dibawa DAP dalam mendapatkan sokongan pengundi Cina sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.


Undi Cina dijangka kekang sasaran majoriti besar BN
Oleh Adib Zalkapli dan Syed Mu'az Syed Putra

LABIS, 27 Jan — Harapan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti besar — sekurang-sekurangnya 5,000 undi — agak mustahil ekoran kempen DAP yang mula mendapat sambutan luar biasa.

BN meletakkan sasaran untuk menggandakan majoriti berbanding tahun 2004.

Difahamkan Umno yang yakin untuk memenangi majoriti pengundi Melayu di kawasa itu mula menyalahkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana didakwa gagal mengawal momentum yang dibawa DAP dalam mendapatkan sokongan pengundi Cina sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.

Pemimpin MCA, sila hormati Islam - Nik Aziz

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menyentuh sensitiviti umat Islam berkaitan tindakan calon wanita Pas, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan orang ramai.

Nik Aziz berkata, pemimpin MCA itu sepatutnya menghormati Islam yang sememangnya melarang bukan muhrim bersentuhan.

“Saya nak tanya dia (Soi Lek) kenapa tidak mempersoalkan serban kaum Sikh? Kalau tak berani, baik tak payah cakap benda ni.

“Islam memang begitu. Main bola sepak pun kena ikut peraturan, inikan pula soal agama daripada Allah yang mencipta alam semesta,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Tenang penentu harga minyak RON95?

Oleh : Wong Chin Huat

Dua hari sebelum hari pengundian PRK Galas dan Batu Sapi, iaitu pada 2 November 2010, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen perliter, kepada RM2.15. Menaikkan harga barang menjadi sesuatu yang pantang sebelum pilihan raya.

Ironinya, keputusan pilihan raya memperlihatkan bahawa bukan sahaja pengundi tidak rasa tersinggung, malah BN memperolehi undi majoriti yang lebih banyak di kedua-dua kawasan, sebahagian besarnya mungkin disebabkan faktor tempatan. Ia memberi lampu hijau kepada kerajaan BN untuk mendakwa bahawa rakyat merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Selepas satu bulan, kerajaan BN yang mendapat galakan daripada rakyat menaikkan harga RON97 sebanyak 15 sen lagi, kemudian melanjutkan kenaikan harga kepada RON95, diesel, gas dan gula. Pada 5 Januari 2011, harga minyak RON97 dinaikkan kepada RM2.40, bersamaan kenaikan 30 sen perliter dalam tempoh dua bulan, atau kadar kenaikan 14%.

Refuting Chua Soi Lek's Blasphemy

In response to MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek's remarks "What's so great' about knowing Muslim values?" (read HERE), I would like to list here several greatest quotes from the world's greatest people in many fields.

As the President of the Malaysian Chinese Association, one of the three major political parties in the ruling Barisan Nasional coalition of the Federal Malaysian Government, its a shameful such ignorance of what can be considered as belittling the faith of the majority of citizens here in this country.

Napolean Bonaparte as Quoted in Christian Cherfils, 'Bonaparte et Islam,' Pedone Ed., Paris, France, 1914, pp. 105, 125.
Original References: "Correspondance de Napoléon Ier Tome V pièce n° 4287 du 17/07/1799; profession de foi, voir aussi pièce n° 3148. Also, Journal inédit de Ste Hélène, de 1815 à 1818" du Gal Baron Gourgaud -2 tomes- Ed. Flammarion.

Wednesday, January 26, 2011

Pusat juga tiada 2/3.. Jadi Muhyiddin tak nak letak jawatan ke?

Kali ini jelas kepada kita bahawa Muhyiddin @ Mat Sembab itu bercakap tanpa menggunakan otak, dan kata-katanya kali ini bolehlah diibaratkan meludah kelangit.. tapi mungkin juga beliau menyindir Najib.

Kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab “Seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan,

“Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN,” katanya semasa sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini malam tadi.

Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit. (sepenuhnya di SINI)

Aku pula kata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Perdana Menteri dan kabinetnya.

Video : Beruk-beruk berbaju Biru menggangu ceramah Guan Eng di Tenang

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan telah 'disambut' oleh sekumpulan beruk-beruk yang memakai baju-T BN yang membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Apa? Depa ingat Malaysia ni tanah mak bapak depa yang punya kot?

Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut.

Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ.

Kumpulan beruk-beruk tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda berkenaan yang mempunyai 1,217 pengundi.

Eh!! Macam Israel la...

Israel sering dberitakan merobohkan rumah-rumah milik penduduk Palestine kerana mahu membina penempatan bagi penduduk negara Yahudi itu.. mereka merobohkan tanpa mengenal belas kasihan biarpun pemilik rumah menangis hingga keluar airmata darah sekalipun..

Tapi kisah ini pula.. dikatakan hanya kerana Bilik Gerakan mereka terlindung, gerai yang menjadi punca rezeki seseorang diruntuhkan.. Betapa BONGKAKnya mereka..

Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa
Harakahdaily

LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini.



GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.

Anak bekas Setiausaha Agung UMNO tidak percaya UMNO

Anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari menyertai DAP baru-baru ini.

Anak bekas Setiausaha Agung UMNO sendiripun tidak mempercayai UMNO.. ada yang masih bodoh menyokong UMNO tu apa hal??


Anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari menyertai DAP baru-baru ini.

Zairil Khir, 26, Ketua Pegawai Eksekutif RND Chocolate Labs Sdn Bhd, berkata: “Parti ini mewakili pelbagai bangsa sepertimana yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.”

Bapanya, yang tleah meninggal dunia empat tahun lalu, telah berkhidmat di dalam kabinet di bawah tiga perdana menteri – Tunku, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

Guan Eng diganggu pemuda BN

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi 'disambut' oleh sekumpulan yang memakai baju-T BN yang berhimpun membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut.

Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ.

Negara Islam : Guan Eng bidas Soi Lek

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa MCA membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menghalang bukan Islam daripada mengenali Islam.

Beliau berkata tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” di kalangan bukan Melayu di Tenang terutamanya orang Cina.

“Dia (Dr Chua) tak mahu kita tahu antara satu sama lain, sebab itu tidak mahu kita kenali Islam.

“Memang itu yang mereka mahu, itu yang pemimpin MCA mahu.

"Apa yang HEBAT sangat dengan nilai Islam itu?" - Chua Soi Lek

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab telah menyokong kenyataan pelakon porno yang kini menjadi Presiden MCA Chua Soi Lek yang mempertikaikan kewajaran calon PAS/PR Cikgu Normala menggunakan sarung tangan ketika berjabat tangan.

Setelah menyedari tindakannya itu hanya mengundang kemarahan berbagai pihak kerana mempersetujui tindakan pelakon porno itu menghina Islam dan tersepit pula dalam isu Interlock Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab telah meminta MCA berhenti dari memainkan isu berjabat tangan itu.

Biarpun Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab telah meminta MCA agar berhenti dari memainkan isu berjabat tangan yang telah dimulakan oleh pelakon porno merangkap Presiden MCA, Chua Soi Lek namun begitu arahan dari Muhyiddin Yassin @ Mat Sembab itu langsung tidak dipedulikan oleh pelakon porno itu..

Tuesday, January 25, 2011

What The Fuck!! Bongkaknya pelakon Porno ini.

Nilailah sendiri apa yang tersirat dari kata-katanya ini.. tiada apa yang kelihatan hanya sikap bongkak dan angkuh!

"So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the religious values when I'm not practising that religion? I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands."

'What's so great' about knowing Muslim values? – Chua
Harakah Daily

MCA president Chua Soi Lek appears to be on a warpath, defending his criticism of Muslim women who chose not to shake hands with the opposite sex for religious reasons.

In an angry reaction to questions from reporters, Chua insisted that the norm practised by many Muslim women to avoid skin contact with the opposite sex during handshake was contrary to "basic culture and manners to shake hands".

Mustaffa Kamil Ayub bakal dipecat?

PETALING JAYA: Pengarah Biro Latihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustaffa Kamil Ayub diberi notis tunjuk sebab daripada PKR disebabkan tindakannya menghalang proses pemilihan parti peringkat Pusat di Cabang Pasir Salak pada 25 September tahun lalu.

Notis rasmi daripada Pejabat Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bertarikh 13 Januari lalu itu dikeluarkan berikutan terdapat satu aduan yang dipercayai dilaporkan daripada cabang itu sendiri bahawa Mustaffa melakukan tindakan sedemikian di Pejabat PKR Pasir Salak di Perak.

Calon BN, Jaga tanahpun cuai.. macam mana nak jaga orang?

Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.

Kalau tanah yang tak bergerak itu pun dah gagal dijaga.. macam manalah agaknya dia nak menjaga manusia yang hidup ni agaknya..

Dah tu.. semasa jadi ADO pun sudah berani melelong tanah milik orang lain, rasanya kalau sudah menjadi ADUN habis tanah-tanah penduduk Tenang tu dilelongnya..

Calon BN cuai sebagai ADO
Saidah Hairan



LABIS, 25 Jan: Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.

Kriteria Utama Calon BN, Ada Rekod Mahkamah ?

Dah tak ada calon sangatkah UMNO ini?? hinggakan manusia yang mempunyai kes di mahkamah dijadikan calon..

Atau adakah kriteria utama yang melayakkan diri sebagai calon dalam UMNO/BN ialah mempunyai sebarang kes dimahkamah?

Calon BN Ada Rekod Mahkamah

LABIS 25 JAN : PAS hari ini mendedahkan bukti calon Barisan Nasional (BN) terlibat dalam kes mahkamah berhubung lelongan tanah di Segamat pada tahun 2003.

Azahar Ibrahim sebelum ini telah disaman pada 2004 oleh pemilik tanah Mansor Mohamad di Mahkamah Tinggi Muar berikutan melelong tanah tanpa kebenaran pemilik ketika beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Bodohnya cabaran dia ni....

Pakatan Rakyat yang menimbulkan isu kenaikan harga barangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata isu kenaikan harga barangan itu hanya bagi meraih sokongan.

“Kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi supaya harga barang di empat negeri itu turun," katanya selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di Labis, hari ini.

RM100 dibayar untuk memakai 'T' Shirt 1Malaysia selama dua jam?

Menurut sumber dalaman BN, pelakon filem porno yang kini telah dilantik sebagai Presiden MCA Chua Soi Lek dilaporkan telah panik hingga ketahap gelabah biawak, ini berikutan isu berjabat tangan yang dibawanya tidak mendatangkan hasil malah telah menimbulkan kemarahan orang-orang Islam sendiri hingga Muhyiddin terpaksa meminta MCA berhenti menggunakan Isu ini.

Bagi menunjukkan bahawa beliau dan anaknya masih mendapat sokongan dari masyarakat Cina di Tenang kepada Muhyiddin dan beberapa lagi pemimpin UMNO/BN yang turut turun berkempen di Tenang, beliau dikatakan terpaksa membayar kepada masyarakat Cina untuk hadir ke majlis anjuran MCA.

Keluar PKR : Mereka BOHONG lagi...

24 Januari 2011



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tasek Gelugor pada hari ini terpanggil membuat sidang media untuk menjawab fitnah jahat yang tersiar di dalam Akhbar Sinar Harian (Bertarikh Isnin, 24 Januari 2011 / Bahagian Seberang Perai Utara, m/s: U26).

Artikel berita yang bertajuk “120 Ahli PKR Keluar Parti” itu jelas merupakan satu pembohongan besar yang direka-reka untuk memburuk-burukkan KEADILAN secara am, dan KEADILAN Tasek Gelugor secara khususnya.

Allah akan melindungi saya - Cikgu Mala (Video)

BN atau PR Guna taktik kotor kerana tertekan Muhyiddin?

Pembangkang menggunakan pelbagai taktik kotor seperti menyebarkan risalah berbentuk fitnah dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana ia semakin tertekan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tertekan? Apa yang menekan PAS/PR? Sedangkan PAS/PR bukannya mempertahankan kemenangan tetapi hanya berusaha untuk mengurangkan majority tapi kalau boleh menang itu lebih baik, rasanya tiada tekanan langsung disini.

UMNO/BN mungkin tertekan kerana mereka perlu pertahankan kemenangan lalu di Tenang ini dan yang kita lihat yang menggunakan taktik kotor ini hatta menyokong penghinaan terhadap ajaran Agama Islam sekalipun adalah UMNO yang mempermainkan Negara Islam itu adalah juga pemimpin UMNO dan yang menuduh penyokong Pakatan Rakyat membakar bendera BN juga pemimpin UMNO.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails